Oleh : Azanisham Samat
Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990 dan perkara
pertama yang dimansuhkan oleh Mahathir adalah pembukaan Rancangan Felda dan
pengambilan Peneroka Felda yang baru pada 1 Januari 1990...
Rumah Asal peneroka |
Tanah-tanah Felda yang belum diterokai diserahkan kepada
Felda Plantation untuk diuruskan sebagai sebuah estet besar - bukan lagi dibuka
untuk peneroka-peneroka Melayu yang tidak bertanah di kawasan pendalaman.
KAMI anak-anak peneroka Felda yang lahir sebelum 1985
masih ingat bagaimana jerihnya mak ayah kami ketika harga sawit merudum
sehinggakan baki pendapatan ayah kami hanya tinggal RM1 setelah tolak caruman,
bayaran semula, hutang kantin Felda (D'mart) dan lain-lain...
Chef Wan jangan lupa, dia sendiri pernah menyatakan (kat
majalah mana ntah) bahawa ayahnya menerima RM5 sebulan semasa era Mahathir
menjadi Perdana Menteri Ke4... - Hari ini dibawah orang yang sama sebagai PM ke
7 - sejarah berulang!
Ramai peneroka meninggalkan Rancangan Felda - balik ke
kampung menoreh getah - dan ramai yang berkerja sebagai Jaga (Security Guard)
di bandar-bandar...
Mak Ayah aku pun sama - terpaksa balik ke kampung
sementara pada tahun 1986 untuk menoreh getah sebab harga getah lebih
menguntungkan pada masa tu...
Pengurusan Felda tak benarkan peneroka menjalankan
aktiviti lain dalam kawasan ladang felda... Pernah berlaku, polisi pengurusan -
tak benarkan peneroka lepaskan lembu dalam ladang - sampaikan peneroka terpaksa
bawak balik lembu tambat kat rumah...
INGATLAH KITA ANAK-ANAK FELDA - umur berapa kita dah
masuk ladang sawit - kutip buah relai? - Umur berapa kita dah kena meracun
ladang, umur berapa kita jinjing baldi membaja setiap pokok menggunakan
tempurung?
Ingat tak lagi kita menimba sungai dalam ladang untuk
mencari ikan buat lauk hari itu? - lupakah kita akan pucuk-pucuk paku yang kita
kutip dalam ladang untuk digoreng oleh emak kita? Sudahkah kita lupa bahawa
baju raya kita tahun ini adalah baju raya abang kita tahun lepas? Sudah lupakah
kita betapa kusamnya baju sekolah kita ketika itu?
Ketahuilah bahawa Felda bukan ditubuhkan semata-mata
untuk memberikan tanah bagi membasmi kemiskinan orang-orang melayu sahaja...
Tetapi ada sebab lain yang tak ramai orang sedar...
Felda juga ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan
prasarana Pendidikan terbaik untuk orang-orang melayu! - Felda mana takder
sekolah? Dari sekolah tadika kemas, sekolah agama rakyat sampailah sekolah
menengah dibina di kawasan Felda - nikmat ini turut tempias kepada anak-anak di
kampung2 tradisi berhampiran.
Jarak dari rumah aku di Felda ke sekolah rendah cuma
sekitar 5 minit berjalan kaki - berbanding berjalan kaki 5km kalau aku
bersekolah di kampung ayah aku....
Sekolah Menengah di Felda aku cuma 15 minit berjalan kaki
- berbanding terpaksa menunggu keretapi subuh seawal 4 pagi di kampung ayah
aku.... Nak ke stesen keretapi pulak dekat 10km.
Sedarlah diri kita (terutamanya untuk Chef Wan) - tanpa
Felda, hari ini kita cuma mungkin seorang buruh kerja kampung atau penoreh
getah.... Potensi anak-anak melayu diangkat setinggi-tingginya oleh UMNO
menerusi Felda....
Semasa awal Kemerdekaan, paras kemiskinan orang Melayu
adalah 70% berbanding hanya tinggal 2.2% pada tahun 2012 dan Paras Kemiskinan
Tegar hanyalah 0.3%.. Sebelum DEB diperkenalkan hanya terdapat 225 orang profesional
Melayu berbanding 42.5% pada tahun 2008...
Apa yang diperlukan oleh BANGSA Melayu, semuanya sudah
ditunaikan oleh UMNO, dari sebangsat-bangsat manusia, kita kini sudah berdiri
sama tinggi dengan bangsa lain - Andai kata UMNO diharamkan - Jasa UMNO tak
mungkin haram dari ingatan!
UlasanRumah Peneroka Sekarang |
Tulisan ini telah mendapat 336 perkongsian di Facebook, mendapat pujian daripada pelayar laman sosial tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan