responsif teks foto

Sabtu, 31 Ogos 2019

Merdeka..Merdeka...Merdeka

Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Peringkat Daerah Lipis 2019 yang diadakan di Dataran Orang Kaya Haji...sungguh meriah penuh bersemangat dalam suasana yg penuh harmoni.



Aturcara Majlis 
Dato'  Hj Abdul Rahman Bin Hj Mohamad MP Lipis,  Ketua-Ketua  Jabatan dan Dif-Dif Kehormat

8 RAMD

RELA Daerah Lipis

BOMBA Daerah Lipis

KEMAS Daerah Lipis



Majlis Daerah Lipis

Kontinjin yang mengambil bahagian

Ketua Kontinjin Pebarisan

Veteren ATM cawangan Lipis 


Isnin, 26 Ogos 2019

Trump, Xi Jinping dan Narendra Modi

Antara Trump, Xi Jinping dan Narendra Modi: Siapa lebih layak didampingi Malaysia?

Benar ke Modi India adalah proxy Israel? 
Xi Jinping dan Narendra Modi
Trump dan Narendra Modi

Paul Kennedy dalam bukunya 'The Rise and Fall of Great Powers' (P Kennedy:1987) menyifatkan antara kuasa dan empayar yang masih belum melakukan genocide/attrocities/mass massacre (pembunuhan beramai-ramai) adalah kerajaan China.

Malahan Paul menyifatkan bahawa negara baratlah termasuk Israel yang paling banyak melakukan attrocities terhadap bangsa lain di dunia termasuk Shabra & Shatila camp Palestine (5 ribu nyawa)

Situasi serantau kini melihat negara bangsa India pimpinan Modi telah memulakan keganasan agama di Jammu-Kashmir. Modi sebelum menjadi Perdana Menteri dikatakan telah melakukan penghapusan penganut agama Islam di konstitusinya dengan mengapi-apikan penganut Hindu dan kini melarang orang Islam menyembelih lembu dan makan daging lembu di India sebagai taktiknya dalam penghapusan penganut Islam

Sejak 3 tahun pemerintahan Modi jenayah attrocities semakin meluas oleh terroris radikal Hindu dan sudah pasti mengancam rantau sebelah Selatan dan Timur Asia sekaligus mengancam Malaysia, yang juga bermestautinnya penganut Hindu dan juga Islam yang kebanyakanya berasal dari India. Sasaran Modi juga seorang pendakwah Islam Zakir Naik memungkinkan Modi akan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kancah domestik negara ini. Mentelah lagi dengan terdapatnya kepimpinan radikal Hindu tempatan yang senada/bersama dengan 'behavior' Modi dalam isu ZN

Dari sudut kacamata kita, tidak semua India dan cuma hanya sebilangan penganut Hindu di negara ini yang terpengaruh dengan situasi di India oleh Modi. Namun sejak kebelakangan ini nampaknya ancaman radikal pengganas Hindu sudah mula bertapak sejak tertubuhnya 'radical' Hindraf di negara ini. Insiden Adib di Seafield temple adalah antara 'tips of the Iceberg' yang telah berlaku dan dinaungi oleh WM. Bagaimana mungkin dalam suasana negara yang aman, tiba-tiba pasukan penyelamat boleh terbunuh atau dibunuh?

Di persada global pula kita diperlihatkan 'Trade War' antara US-PRC semakin hebat dan memungkinkan kesan kepada ekonomi dunia. Trump sibuk dengan super-egonya merancang menyerang memusnahkan Iran menekala Modi kini mendekati Israel sedang sibuk menyekat perkembangan Islam di India dengan memusnahkan struktur sosial dan ekonomi mereka dengan memperkukuhkan struktur Hindu ala 'ethnic cleansing' perloporan Israel terhadap Palestin. Lawatan pemimpin radikal Hindu Malaysia ke India juga menjadi suatu fenonena dan mungkin bakal mengancam keselamatan negara ini.

Justeru, jelas kita perlu menjauhkan diri dari Modi dan Donald Trump (mereka US dan India tidak sesuai didampingi) bagi memastikan negara tidak diancam dengan keganasan mereka.

Sebaliknya di PRC Xi Jinping sibuk membina OBOR/RBI dan struktur ekonomi bagi kesejahteraan (rahmatan lilalamin) Asia dan dunia. Maka jika benar Nabi Muhamad SAW menggalak umat Islam belajar sehingga ke negeri China, maka inilah negara yang patut kita dampingi, walaupon suatu ketika dahulu mereka pernah melindungi Chin Peng, (mungkin fokus Xi Jinping) kini sudah berubah kepada yang lebih baik selari mengikut sudut pandangan Islam Rahmatan Lilalamin.

VPN melihat dari sudut keselamatan Global, 'regional'/serantau dan domestik, negara perlu melaksanakan suatu perubahan polisi luar dan domestik yang mampu menstabilkan negara dari pengaruh dan ancaman luar yang sangat 'fragile' ini. Sekatan dan pengawasan terhadap hubungan pimpinan radikal Hindu dalam negara ke India perlu dilakukan bagi mengelakan aktiviti subversion, espionage dan sabotage menjadi suatu ancaman terhadap kerajaan baru PH.

VPN juga mencadangkan agar negara mendekati/berdamping dengan Xi Jinping dengan asas PRC kini lebih banyak menganjurkan kebaikan. VPN berpandangan pemimpin Cina tempatan juga lebih berdisiplin dan kuat kerja dan kesetiaan mereka tidak perlu dipersoalkan. Namun harus juga berhati-hati. Malaysia juga boleh mengangkat semula 'ping pong diplomacy' yang dipelopori Tun Abd Razak. Sekian. Selamatkan Negara.

"Selangkah menuju kepada sebuah Negara Maju"

Sani Royan

Ahad, 25 Ogos 2019

Andalusia dalam kenangan

Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dgn hati yang pilu dadanya sesak.  
Istana Al Hambra

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata.

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1  Cinta dunia

2. Meninggalkan dakwah dan jihad

3  Bergelumang dengan perkara-perkara dosa

4  Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya

5  Jahil agama 

Andalusia

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis ... dan ibu-ibu  mereka berkata, "Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.

Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, fb yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna

Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda,

Jika kamu tidak dapat menjadi garam yg dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya. Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat ( penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya )

Shafiee Khatib Jali

Sabtu, 24 Ogos 2019

Kebenaran Zakir Naik.. "

Mujahid.. Tak faham maksud menghina agama lain.
Dr. Zakir Naik

Bukan menghina agama lain sebenarnya, tetapi sikafir yang sesat itu takut DZN mendedahkan kebenaran yang ada dalam kitab agama mereka sendiri. Selama ini mereka jahil terhadap isi kitab sendiri. Jahil itulah yang hina, bukan orang yang membongkar kejahilan.

Selama saya mengikuti klip kip video ceramah beliau.. Saya dapati setiap kali beliau mengutip ajaran dan menerangkan maksud sebenarnya dalam agama berbeza, ternyata amat jauh antara amalan, kefahaman dan praktik oleh penganut semua agama.

Rupa rupanya apa yang mereka praktikkan dalam upacara keagamaan itu langsung tidak bersangkut paut dengan kehendak asal agama mereka. Kesemuanya adalah reka cipta pemuka pemuka agama, rahib, sami atau rabai yang seumpamanya.

Entah kerana malas, entah kerana dihalang membaca dan mengkaji kitab.. mereka mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh pembesar agama. Akhirnya, agama mereka secara perlahan lahan menjadi agama paganisma keberhalaan menurut hawa nafsu semata mata.

Kerana itulah DZN sering melaungkan kata katanya yang sangat menggerunkan; bahawa dia lebih hindu dari hindu atau lebih kristian dari kristian!. Beliau sangat berjaya dalam membuktikan adanya percanggahan yang amat serius antara ajaran kitab mereka dengan ritual yang mereka kerjakan.

Seringkali beliau menyatakan, apa yang mereka ikuti itu adalah ajaran gereja, bukan bible. Atau ajaran sami, bukannya ajaran veda dsbnya. Manakala kitab mereka sebenar sentiasa menunjuk kepada jalan kebenaran yang sepatutnya berakhir dengan beriman kepada Nabi Muhammad saw.

Oleh kerana terang benderangnya maksud yang dijelaskan oleh DZN itu, tidak ada sesiapapun yang berani menentang hujahan beliau. Jadinya DNZ hanya mengungkapkan kebenaran yang sedia ada di depan mata mereka. Beliau membongkar kepalsuan pemuka agama yang menipu penganut untuk kepentingan diri mereka. Inilah yang tak digemari.

Orang-orang yang mula sedar akan hakikat penipuan ini, akhirnya kembali kepada agama fitrah. Betapa mereka selama ini telah dihina dan diperbodohkan. Yang tetap nak tinggal terus menuruti jalan yang salah.. Itu bukanlah salah DZN, tetapi salah diri mereka sendiri yang lebih cenderung memilih kesesatan dari kebenaran.

Al Quran banyak sekali mendedahkan bentuk bentuk penipuan golongan pemuka agama ini serta penyelewengan mereka. DZN hanya mengambil inspirasi darinya dengan mengajak manusia supaya berlaku jujur kepada diri mereka sendiri.

Hakikatnya, DZN tak perlu menggunakan al Quran dan Hadith pun untuk membuktikan bahawa anutan mereka itu salah. Cukup dengan kitab agama mereka serta berbekalkan lojik akal buat yang mendewakan akal.

DZN tolong mengangkat kembali sisi sisi mulia agama berdasarkan apa yang tertulis di dalam kitab mereka. Dalam masa sama membersihkannya dari fahaman fahaman salah yang dianuti sehingga mencemarkan kesucian agama. Apakah mengangkat dan membersihkan ini kerja menghina?..

Beliau mengharmonikan antara agama melalui titik persamaan antara agama. Andai maksud ini tercapai.. Manusia akan mengenal damai dan tidak lagi bermusuhan antara agama dan pengikutnya.

Mendamaikan antara agama dan penganutnya.. adalah kerja mulia yang sangat diperlukan oleh dunia yang semakin sarat dengan sengketa. Apakah ini kerja hina?. Kehinaan sesungguhnya bukanlah terbit dari mana atau dari individu tertentu.. tetapi terbit dari diri sendiri yang menolak kebenaran.

Agama seringkali dirujuk sebagai sumber persengketaan, walhal agama itu hakikatnya adalah bertujuan mendamaikan. Apabila manusia tidak merasa damai kerana agama.. itu adalah kerana dua sebab. Pertama..
. Kerana salahnya cara agama itu diajar.  Kedua.. Kerana manusia itu salah memilih jalan yang bukan dari ajaran agama.

Bagi saya.. penghina agama yang sebenarnya adalah..

☺️ Yang menutup kebenaran agamanya sendiri dari pengetahuan umum.
☺️ Yang menghalang agama dari dipelajari dan diketahui maksudnya yang sebenarnya.
☺️ Yang menghalang agama mereka dari diamalkan sebagaimana yang sepatutnya.
☺️ Yang meninggalkan ajaran kitabnya dan mereka cipta ajaran sendiri, tetapi disandarkan kepada agama.
😚 Yang mencampur adukkan agama dengan ritual paganisma sehingga menghilangkan ruh agamanya yang asal.

Adakah ini yang dilakukan oleh DZN sehingga menyebabkan beliau dituduh menghina agama lain?.

Selasa, 20 Ogos 2019

Pelepasan Anak Ikan

Disember 2017 paparan berita TV 3 menunjukan air Sungai Telang tercemar teruk hingga berbau disebabkan oleh aktiviti perlombongan di Hutan Simpan Tersang. Dengan tindakan berkesan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang aktiviti tersebut berjaya dibenteras. Air sungai pun sudah menampakan kejernihan walaupun tidak seratus peratus.


Pada hari ini dengan dengan daya usaha pihak Perikanan Negeri Pahang bersama Pejabat Penghulu dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung Lubuk Kulit telah melepaskan anak ikan berbagai spesies ikan darat.  Pihak Jabatan berharap penduduk kampung sama-sama menjaga ikan tersebut dengan melarang aktiviti memancing sepanjang sungai dan meletakan papan tanda ‘Dilarang Memancing’. Tujuannya adalah untuk mendapat keuntungan jangka panjang bagi penduduk kampung.

Majlis hari ini merupakan program kali kedua, oleh kerana ada keberkesanan program pertama dulu maka sekali lagi pihak jabatan memberi peruntukan 400 benih anak ikan disamping memberi sedikit peruntukan anak ikan kepada penternak kolam pesendirian. 



Ahad, 18 Ogos 2019

Isu Zakir Naik

Dr. Zakir Naik
Mengapa menteri yang dilantik Tun M bepaling tadah terutama Kular? Mereka tidak mengerti Tun boleh berfikir dan analisa 10 kali kehadapan

Isu Zakir Naik sudah lama : Ini semua adalah suatu landscape yang di cerna oleh Kristian dan Hindu untuk menyekat kebenaran Islam yang telah di hijack oleh (kristian, pada mulanya Hindu tidak terlibat) mereka bermula dari kejadian 911 (2001) bagi menggantikan common enemy mereka dari communist (USSR communist demise 1990s after glasnost and perestroika) kepada Islamophobia untuk memastikan  kehadiran tentera barat masih releven.

Rancangan ini di landscapekan oleh Raju GC Thomas Wisconsin U 1995

Mereka silap memilih Islam sebagai musuh baru kerana Islam "preached universal values" akhirnya makan diri dengan perkembangan Islam 'overwhelming' di barat. Ini telah memberi tamparan kepada mubaligh Kristian. Perkembangan Islam bukan sahaja di barat malah telah melimpah ke timur dan selatan Asia ke benua Hindustan. Kemunculan Zakir Naik dan pendakwah Islam di India telah nerisaukan pundits Hindu kerana telah banyak mengIslamkan ramai orang Hindu di India dan mereka telah banyak kali kalah dalam berdebat dengan pendakwah Islam ini. Kerisauan ini telah menyebabkan mereka memfitnah Zakir ketika 'Mumbai bombing' dan terroris di Bangladesh, namun mereka gagal.

Seorang Juruhebah muslim digunakan untuk nelakukan kempen memburukkan Zakir penyiaran arus perdana di India dan usaha ini telah menbuahkan sedikit hasil sehingga Zakir dilarang ke London untuk suatu ceramahnya. Usaha membunuh karektor Zakir berterusan oleh golongan Hindu da Kristian di India dan Barat

Di India Zakhir difitnah oleh Hindu Kristian dan individu Islam , Percaya kah kita Hindu dan Kristian di negara ini juga mencemburui Zakir Naik? Dilihat ada pertemuan menteri kita dengan fanatik/radikal Hindu di India yang sekarang dikatakan menindas dan membuli rakyat Islam di Kashmir

Mereka gagal dalam dunia debat menggunakan fitnah untuk jatuhkan Zakir.

Kini di barat preacher seperti Dr David Wood Athies Agnostic Appologist Kristian yang juga kerap keji Zakir Naik dan Nabi Muhammad SAW dengan gunakan hadith palsu . Perkara ini sudah lama berlaku . Kita di sini baru mula dirasuki oleh mereka. Baru2 ini Dr David Wood tewas debat dengan Mohammad Hijab (London) namun kini dia mencabar untuk berdebat dengan Zakir Naik. David wood pasti akan jadi dead wood kerana dia selalu menipu dalam rujukan kepada Quran dan Hadith. Dia tiada tertanding dengan Sh Zakir Naik yang sangat tepat dalam rujukanya kepada Old Testamen, New Testament ,dan Last Testament, malah Zakir lebih pakar dari kebanyakan Hindu scholar dalam rujukan Wedha, Upanishad, Rigvedha Yajurvedha, dan banyak lagi scripture Hindu. Zakir jelaskan dengan jujur tepat rujukannya tidak seperti David wood.

Malah Ravi Ravi Shankar juga terduduk bila berdepan dengan Zakir

Mereka yang menyerang Dr Zakir adalah mereka yang tidak professional dan takut pengikut mereka akan tinggalkan mereka.

Jika mereka benar benar berani sila berdebat dengan Dr Zakir Naik sudah pasti mereka akan menikus Selesaikan isu ini secara dialog dan aman

Veteran Pejuang Negara mengajak seluruh umat Islam tidak kira bangsa warna kulit asal keturunan dan bukan Islam yang cintakan kebenaran/The real Truth dalam hidup ini mari/Jom beramai ramai bersama Tun Dr M mempertahankan kesucian Islam dan kebenaran kehidupan dunia dan akhirat . Kita sokong Sh Zakir Naik terus menetap di negara ini. 

Sany Royan.

Peranan Malaysiakini 



Tak mampu buat baik, jangan halang org buat baik


Jumaat, 16 Ogos 2019

Hina ATM

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Pahang Cawangan Lipis memohon kerakyatan ahli perniagaan, Koon Yew Yin dibatalkan berikutan kenyataannya memperlekehkan pengorbanan anggota tentera di negara ini dengan berkata, ramai anggota tentera hanya makan dan tidur, tidak pernah menembak dan mencadangkan supaya dihantar bertugas di ladang FELDA.

Buat Laporan Polis lebih kurang pada 161630H Ogos 2019
Ketuanya Mejar (B) Dasimi berkata, walaupun Koon sudah meminta maaf, pihaknya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang pada masa akan datang.

Di tempat lain

Khamis, 15 Ogos 2019

Transformasi Dusun Durian

Durian yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Durio zibethinus merupakan raja segala buah. Ia antara tanaman buah-buahan yang semakin terserlah nilai komersial kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penggemar durian dari dalam dan luar negara.

Sehingga kini, sebanyak 204 varieti durian telah didaftarkan di bawah Jabatan Pertanian. Antara varieti durian yang popular ialah varieti Durian Raja Kunyit (D197) atau lebih dikenali dengan nama Musang King, D24, varieti Hjh. Hasmah atau IOI (D168), Udang Merah (D175) dan varieti Duri Hitam (D200).

Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan beberapa projek untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan negara seperti Projek Pembangunan Kluster Durian dan Projek Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih.

Dengan permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan eksport, kualiti dan varieti durian yang baik serta penjenamaan Malaysia sebagai pengeluar durian terbaik di dunia, industri ini dilihat boleh memberi pendapatan yang besar kepada usahawan tempatan. Ia dilihat berpotensi menjadi sumber kekayaan baharu yang memberi manfaat besar kepada sosioekonomi petani.

Kilang Pemprosesaan Durian Sejuk Beku

Sudah wujud kilang memproses durian sejuk beku untuk di eksport keluar negara di Jalan Sungai Chalit Sungai Ruan Raub Pahang.



Rider sorang-sorang di Jalan Sungai Chalit seronok tengok peraih
durian yang begitu banyak

Zamri Argo Farm Ulu Dong



Jumaat, 9 Ogos 2019

PERINGATAN : PENGUNA JALAN RAYA CSR KECHAU - GUA MUSANG

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA YANG AKAN MELALUI JALAN RAYA CSR KECHAU - GUA MUSANG TERUTAMA PADA CUTI HARI RAYA AIDILADHA DAN CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN (9 - 18 OGOS 2019)

1) Pihak Majlis Daerah Lipis tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan di kawasan ini terutama di simpang masuk berhampiran Ladang Selborne.

Sebelah Ladang Selborne.
2. Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di bahu jalan daripada persimpangan masuk CSR sehingga jarak lebih kurang 1.5km. "Concrete & water barrier" telah dipasang.

3. Pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tempat untuk berhenti berehat seperti di Hentian RNR Benta atau masuk ke Bandar Kuala Lipis/ Pekan Padang Tengku untuk mencari tempat berehat/makan.

4. Pihak Majlis menasihatkan pengguna jalan
ini agar tidak membuang sampah di bahu jalan. Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Simpan sampah anda, dan buang lah di kawasan yang mempunyai tong sampah.

5. Pembinaan Hentian RNR yang sesuai dikawasan CSR telah dimasukkan ke dalam skop projek CSR Pakej 4 berhampiran Kg. Relong

Ahad, 4 Ogos 2019

HARTA PENEROKA

SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA 

Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami akan berikan kepada ibu. Pada suatu hari, ibu menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi....dan sekarang ibu telah meninggal dunia....bapa tiri pula kata itu duit dia....Macamana dengan hasil bulanan sawit arwah ayah saya tu? Memang betul ke itu harta bapa tiri saya?
****************************************************************************************************
Baik....banyak salah faham masyarakat Felda berkenaan pewarisan harta peneroka ini. Apabila meninggal si ayah, automatik anak anak akan memberi duit sawit pada ibu out of respect sehingga menjadi satu tradisi di Felda seolah olah itu adalah hukum.

Sebenarnya, apabila meninggal bapa tadi, isteri dan anak anak serta waris lain berhak mengambil hasil sawit tersebut mengikut bahagian faraid masing masing. Jika semua sepakat utk beri semuanya kepada ibu, tiada masalah dengan syarat mendapat persetujuan WARIS LELAKI.

Jika ada WARIS LELAKI yg tidak bersetuju bahagi semuanya pada ibu, jangan dimarahi waris lelaki tersebut kerana itu hak beliau yang telah ditetapkan dalam islam.

Waris yg lain perlu memberikan hak waris lelaki yg tidak setuju tadi bahagian dia dan duit pewarisan selebihnya serahkan pada ibu.

Jika ini di amalkan dari mula lagi kematian bapa, tidak akan timbul isu bapa tiri menuntut harta Felda. Bapa tiri tadi hanya terhad mewarisi bahagian kecil dari bahagian pesaka arwah ibu.


Q2: Mana adil tuan, kalau ikut mcm tu, mak saya nak makan apa di kg....dahlah adik beradik di KL tu kaya raya.
***************************************************************************************************
Baik, sebab itu islam memberi bahagian faraidh kepada anak lelaki lebih banyak dari anak perempuan dan ibu. Tujuannya supaya anak lelaki tadi membantu ibu dan waris waris lain.


Q3: Ada cara lain tak nak bantu ibu, takut kalau kita ikut faraid dengan harapan adik beradik akan bantu ibu tapi akhirnya semua tak bantu?
****************************************************************************************************
ADA...ibu yang masih hidup boleh memohon hak HARTA SEPENCARIAN. Permohonan boleh di buat di mahkamah menuntut bahagian ibu sebanyak 50% daripada hasil bulanan sawit setiap bulan. Sekiranya Mahkamah Syariah benarkan, maka hasil sawit setiap bulan perlu dibahagi dua, satu untuk waris si mati termasuk ibu dan satu lagi khas untuk ibu.

Bahagian waris si mati ini kemudiannya boleh dibahagikan mengikut faraid atau apa-apa cara lain yg dipersetujui oleh waris-waris.

Dengan ini, hak ibu tadi terjaga yang mana ia akan dapat sebahagian dari hasil bulanan ditambah dengan bahagian pesaka arwah suaminya.

Q4: Ibu saya telah meninggal dunia, baru-baru ini ayah berkahwin semula dengan anak dara sweet seventeen. Saya yang duda umur 40 an ni pun tak jumpa-jumpa calon isteri...tapi ayah saya boleh dapat anak dara. Masalah saya sekarang, ayah saya ni takut lepas kematian dia nanti, kami adik beradik halau isteri muda dia. Jadi dia dah tukarkan nama di geran Felda kepada nama bini muda dia. Boleh ke saya dapat pewarisan harta Felda ni nanti kalau ayah saya dah meninggal dunia?
*****************************************************************************************************

Section 340 Kanun Tanah Negara 1965 menyatakan tentang "Indefeasibility of Title" yang mana sekiranya nama seseorang tersebut telah didaftarkan di atas geran, maka tanah itu adalah miliknya.

Dalam satu kes Mahkamah Persekutuan Tan Ying Hong v Tan Sian San
& Ors (2010) 2 MLJ 1, Mahkamah telah membetulkan kekhilafan yang telah dilakukan dalam kes Adorna Properties v. Boonsom Bunyanit di mana hakim menyatakan;

"the position has now been determined in that the Torrens system in
Malaysia recognises deferred indefeasibility and not immediate indefeasibility"

Tuan boleh membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Syariah terlebih dahulu memohon supaya Harta Sepencarian diperintahkan ke atas arwah ibu dan kemudiannya mencabar keputusan ayah mendaftarkan nama isteri muda di dalam geran di Mahkamah Tinggi Sivil.

Tetapi perkara ini agak rumit prosesnya dan memerlukan kesabaran yang tinggi di kalangan waris-waris.

Q5: Saya sebelum ini ada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur, memandangkan mak tinggal seorang di Felda tiada siapa jaga, adik beradik semua tak nak jaga mak....jadi saya telah ajak suami balik dan tinggal di Felda. Kami telah hilang sumber pendapatan keluarga apabila berpindah ke kampung dan suami terpaksa mencari kerja-kerja kampungu ntuk menyara hidup. Mujurlah mak ada beri wang saku untuk kami sebab menghargai pengorbanan kami pulang menjaganya di kampung. Masalah saya sekarang, mak telah meninggal dunia dan adik beradik saya tak bersetuju saya dan keluarga saya tinggal di rumah tersebut sedangkan kami telah lama tinggal di sini dan tidak punya rumah lain lagi. Apa yang patut saya buat?
*****************************************************************************************************

Ini adalah isu ihsan adik beradik, perbincangan telus perlu dilakukan pada semua waris. Sekiranya ada waris yang tidak bersetuju puan dan suami duduk di rumah pusaka itu, nasihat saya puan dan suami elok berpindah dan mencari rumah yang lain.

Jangan disalahkan adik beradik kerana tidak bagi puan duduk di situ kerana puan masih mempunyai suami. Berkenaan pengorbanan puan pulang ke kampung menjaga mak, itu adalah khidmat puan sebagai anak kepada maknya. Jika ada adik beradik tidak sanggup menjaga itu adalah masalah lain.

Puan sepatutnya berbangga kerana terpilih menjaga mak puan berbanding adik beradik lain. Jangan putuskan hubungan dengan adik beradik sebab isu ini. Puan dan suami masih boleh berusaha membina penempatan baru di tempat lain.

Pentadbir Harta pula perlu menjalankan tugas memberikan hasil sawit setiap bulan kepada setiap waris untuk kelangsungan hidup mereka.


Q6: Atuk saya peneroka Felda, mak saya adalah anak sulung atuk saya. Sekarang Atuk dan Nenek saya telah meninggal dunia. Setelah kematian atuk dan nenek, Pentadbir Harta atuk saya iaitu pakcik saya ada memberikan hasil sawit setiap bulan kepada mak saya. Walaubagaimanapun, setelah mak saya meninggal dunia, pakcik saya tidak pernah memberikan lagi hasil sawit tersebut kepada kami adik beradik atas alasan itu adalah harta atuk dan nenek. Betul ke tindakan pakcik saya tu?
*****************************************************************************************************

SALAH. Pakcik awak sebagai Pentadbir Harta perlu memberikan bahagian mak awak seperti biasa (SEOLAH-OLAH MAK AWAK MASIH HIDUP) kepada Pentadbir Harta mak awak. Pentadbir Harta mak awak pula kena membahagikan duit tersebut di kalangan waris mak awak seperti ayah awak dan adik beradik lain.


SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA (2)
Q1: Arwah ayah saya sebelum memasuki rancangan FELDA pernah berkahwin lain, kemudian isterinya meninggal dunia dan ada 3 anak. Kemudian beliau berkahwin dgn emak saya dan meneroka tanah rancangan FELDA bersama sama. Soalan saya, pada tarikh bicara kuasa di Pejabat Tanah, ketiga tiga anak ayah saya dalam perkahwinan terdahulu bersetuju melantik mak saya menjadi pentadbir harta dan semua duit sawit setiap bulan mak saya ambil. Sekarang mak saya saya telah meninggal dunia dan saya sekarang menjadi pentadbir harta. Perlu ke saya bahagi hasil sawit setiap bulan kepada 3 orang kakak dan abg tiri saya tersebut. Hubungan kami tidak rapat sebab jarak umur yg jauh dan mereka pun jarang ziarah arwah ayah masa hidup?

J: KENA BAHAGI dengan 3 orang adik beradik lain mak tersebut bahagian mereka ( melainkan jelas mereka menolak) kerana mereka adalah anak kandung ayah tuan. Isu mereka tidak ziarah ayah semasa hidup adalah antara mereka dengan ayah dan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menafikan hak pewarisan mereka.

******************************************************


Q2: Mak ayah saya dah meninggal dunia. Saya adalah Pentadbir Harta dan mempunyai 5 adik beradik. Salah seorang abang saya tidak mahu ambil tahu langsung tentang hal ehwal tanah felda ini dan mahu menjual bahagiannya kepada adik beradik lain. Boleh ke dia jual bahagiannya?

J: Baik, mengikut Torrens System iaitu undang undang tanah di Malaysia, apabila nama telah di daftarkan di dalam geran, barulah kita boleh mengaku sebagai pemilik.

Walaubagaimanapun, disebabkan ini tanah Felda dan tertakluk di bawah Group Settlement Act 1970, untuk mendaftarkan kesemua nama waris di dalam geran adalah mustahil. Ia berbeza dengan geran tanah yg biasa kita tengok.

Jadi, perlu dibuat satu perjanjian di kalangan waris waris bahawa abang tadi bersetuju melepaskan hak nya dengan satu bayaran yang dipersetujui oleh abang dan sesiapa yg sudi membeli " share" abang tadi. Sebaiknya berjumpa dengan mereka yang pakar dan arif tentang perjanjian dan undang undang hartanah untuk proses ini.

Selepas perjanjian ditandatangani dan bayaran diterima oleh si abang, maka bahagian si abang tadi akan dimiliki oleh waris yg membeli.

*********************************************************


S3: Saya Pentadbir Tanah Felda bagi pihak adik beradik. Sekarang saya tinggal di rumah pusaka dan saya telah tinggal di rumah ini sejak dahulu lagi kerana saya yg menjaga arwah ayah setelah kematian ibu. Soalan saya, setiap bulan saya akan ambil dari duit sawit tadi RM500 sebagai upah saya menjaga rumah pusaka ini....selebihnya saya bahagikan kepada adik beradik saya yang lain secara sama rata. Baru baru ini, adik bongsu saya yg duduk di Kuala Lumpur berbunyi tidak puas hati dengan RM500 yang saya ambil tersebut kerana katanya saya tidak patut ambil duit tersebut sedangkan saya telah ada bahagian saya sendiri. Pada saya, adik saya ini telah melampau, kalau bukan saya sanggup duduk di sini, rumah ini akan kosong ditinggalkan, jadi adillah saya caj upah saya duduk di sini untuk jaga rumah ini. Betul ke apa yang saya rasa ni?

J: TAK BETUL. Tuan perlu ingat bahawa apabila mati seorang anak adam itu, apa sahaja barang dan harta miliknya yang tinggal akan menjadi faraid dan waris warisnya akan berhak memilikinya.

Ramai orang salah faham ttg apa dia barang yg boleh difaraidkan. Contoh paling mudah adalah handphone, duit, harta mudah alih seperti saham, emas kereta, motor, tv, peti ais, ipad dan harta tidak alih seperti rumah, tanah dll.

Jadi, bila si mati meninggal, tuan adik beradik masing masing ada bahagian masing masing dalam harta tersebut. Tidak boleh hukumkan sebab tuan sanggup duduk di kg maka tuan patut dapat lebih atau caj upah duduk di kampung. Mungkin ada adik beradik lain juga ingin duduk di kampung selain tuan. Persetujuan semua waris adalah perlu. Sekiranya ada seorang sahaja pun yg tidak bersetuju, maka tuan tidak boleh kenakan apa apa caj....duit tersebut perlu dibahagikan samada mengikut faraid atau persetujuan bersama di kalangan waris.

********************************************************

S4: Adik beradik saya semuanya perempuan. Mak saya juga adik beradiknya semua perempuan cuma arwah ayah ada adik beradik lelaki tapi hubungan kami adik beradik tidak rapat dengan adik beradik ayah kerana ayah dahulunya keluar dari kampung dan bawa diri ke FELDA kerana merajuk dengan adik beradiknya. Persoalan saya sekarang, betul ke kalau mak saya meninggal dunia, adik beradik lelaki ayah saya berhak terhadap duit felda ini?

J: YA BETUL. Ini kerana arwah ayah tiada anak lelaki, disebabkan itu adik beradik lelaki ayah berhak mewarisi hasil Felda bersama sama dengan puan dan adik beradik perempuan yang lain. Sebenarnya, adik beradik lelaki ini sudah berhak terhadap pewarisan tersebut tanpa menunggu ibu puan meninggal dunia.

*********************************************************

S5: Kalau macam tu mana adil, dahlah dorang tak pernah ambil tahu hal kami pun selama ini....takkan tiba tiba bab duit terus nak ambil.....mana adil macam ni?

J: Inilah dilema ramai orang yg tiada anak lelaki. Realiti masyarakat kita terlupa tanggungjawab mereka terhadap adik beradik sendiri. Masing masing sibuk bina keluarga sendiri.

Tujuan Islam letakkan pembahagian sebegitu untuk menunjukkan bahawa pakcik pakcik puan ini bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarga adik mereka yg telah meninggal dunia. Mereka perlu bertanggungjawab menjaga kebajikan anak anak saudara mereka.

Bahagian yang diperuntukkan oleh islam kepada pakcik pakcik ini adalah untuk membantu keluarga si mati dan bukannya untuk berjoli atau kepentingan peribadi. Ia merupakan pembahagian beserta dengan tanggungjawab.

Sekiranya mereka tidak mampu menjaga keluarga adik mereka ini, janganlah ambil bahagian mereka itu.

Serahkanlah kembali kepada anak anak si mati untuk kelangsungan hidup mereka. Jangan jadi tamak dan cuba ambil keuntungan mudah tetapi tidak sanggup memegang amanah menjaga keluarga si mati.

********************************************************


S6: Mak saya dah umur 70 tahun. Selepas kematian ayah yang merupakan pemilik tanah Felda, kami adik beradik sepakat lantik mak sebagai Pentadbir Harta. Semua duit sawit setiap bulan diserahkan kepada mak. Baru baru ini, abang saya meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri dan anak anak. Kehidupan kakak ipar kami jadi susah sebab hilang tempat bergantung. Kakak ipar ada berjumpa dengan emak untuk meminta bahagian faraid arwah abang tetapi emak menafikannya. Menurut emak itu adalah duitnya dan beliau berhak dapat duit itu selagi hidup sebab mak dan ayah telah bersusah payah hidup di tanah rancangan bersama arwah ayah selama ini. Lagipun, menurut emak masa arwah ayah hidup dulu, dia tak pernah merasa pegang duit sawit....semua arwah ayah pegang....sekarang bagilah peluang dia pegang duit titik peluh dia. Betul ke tindakan mak itu?

J: SALAH. Emak kena ingat bahawa duit sawit itu dipersetujui oleh anak anak untuk diberikan kepada emak sebagai tanda hormat seorang anak kepada ibu mereka tetapi ianya bukanlah satu kewajipan untuk setiap anak bersetuju. Apabila ada waris yang menuntut, maka bermakna sudah tiada persetujuan mereka untuk beri kepada mak.

Seorang isteri yg mati suaminya dan mempunyai anak anak hanya berhak setakat 1/8 sahaja dari jumlah harta peninggalan suami. Untuk tanah Felda ini, isteri tadi boleh memohon harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah memohon sebahagian dari hasil Felda diserahkan kepadanya sebagai harta sepencarian.

Jika emak dapat perintah ini dari mahkamah ( atau persetujuan waris waris untuk serahkan sebahagian duit tersebut kepada mak) maka mak memperolehi separuh dari duit sawit setiap bulan cth RM4K sebulan bahagi 2 = RM2K. Jumlah ini ditambah pula 1/8 dari baki yg tinggal (RM2K) = RM250. Bermakna setiap bulan bahagian untuk emak adalah RM2,250.

Selebihnya RM1,750 perlu dibahagikan mengikut kadar faraid waris waris.

Nasihatkan emak tentang hukum faraid ini selembut yg mungkin atau dapatkan bantuan pihak ketiga bg memberi kefahaman kepada emak. Ini kerana kesilapan memahami keperluan dan pentingnya memberikan hak terutama hak anak yatim adalah besar dosanya....

Generasi Kedua Felda
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA (SIRI 3) 

Q1: Berapa orang Pentadbir Harta (Land Administrator) boleh dilantik selepas kematian peneroka felda (ayah) ?
A: Bagi tanah FELDA, hanya maksimum 2 orang pentadbir sahaja boleh dilantik untuk menguruskan harta tinggalan si mati.


Q2: Apa sebenarnya tugas dan fungsi Pentadbir ni?

A: Pentadbir bertanggungjawab sebagai pengurus harta dan pemegang amanah. Beliau bertanggungjawab menguruskan harta tinggalan si mati untuk diserahkan kepada waris waris yang sah. Pentadbir bukan "PEMILIK" harta tetapi hanyalah pengurus harta dan wakil waris2 si mati sahaja.


Q3: Siapa yang boleh dilantik menjadi pentadbir harta ni?

A: Semua orang boleh menjadi Pentadbir Harta/ pemegang amanah ini dengan syarat kesemua waris bersetuju melantik beliau menjadi pentadbir harta / pemegang amanah.


Q4: Boleh ke waris2 melucutkan "Pentadbir Harta / Pemegang Amanah" kalau mereka tak mahu pentadbir itu menguruskan harta mereka lagi?

A: BOLEH, kerana beliau dilantik sebagai pentadbir/ pemegang amanah atas sokongan dan kebenaran dari waris2. Beliau dilantik untuk memegang amanah waris2 bukan amanah si mati.


Q5: Boleh ke pentadbir membuat peraturannya sendiri dalam mentadbir harta pusaka si mati.

A: Pentadbir boleh membuat peraturannya sendiri dengan syarat kesemua waris bersetuju dengan peraturan tersebut. Ini kerana pentadbir hanyalah pengurus bukan pemilik. Kuasa pentadbir diperolehi dari amanah dan persetujuan waris2.


Q6: Untuk tanah FELDA ni, apa sebenarnya fungsi pentadbir?

A: Fungsinya adalah untuk memastikan setiap bahagian faraid waris diterima oleh setiap waris setiap bulan. Hasil bulanan Felda perlu dibahagikan kepada setiap waris lebih lebih lagi sekiranya Perintah Pesaka Kecil yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah telah meletakkan secara spesifik bahagian setiap waris.


Q7: Boleh ke saya sebagai Pentadbir, tak ikut perintah pesaka kecil tu dan saya buat pembahagian saya sendiri?

A: TAK BOLEH. Bahagian setiap waris perlu diberikan setiap bulan seperti di dalam Perintah Pesaka Kecil (jika dinyatakan secara spesifik) atau jika tiada, samada mengikut faraid atau persetujuan bersama semua waris.

Q8: Adik beradik saya pelik sikit, duit hasil Felda setiap bulan tu tak dibahagikan, tetapi dikumpul sehingga cukup setahun kemudian baru dibahagikan. Masalah saya adalah saya perlukan bahagian saya tu untuk tampung kehidupan saya seharian. Boleh ke adik beradik saya kumpulkan duit Felda tu? Saya nak minta segan...

A: Sebagai pentadbir, anda perlu peka dengan kehidupan adik beradik yg lain. Duit hasil bulanan jangan dikumpulkan sekiranya ada waris tidak bersetuju. Sebaiknya bahagikan terus setiap bulan. Tuan sewajarnya menuntut hak tuan dan pentabir tidak boleh persoalkan hak tuan tersebut.


Q9: Adik beradik saya sekarang bertelagah. Mereka nak bahagikan geran tanah ladang dan geran tapak rumah felda sesama mereka. Boleh ke macam tu tuan?

A: TAK BOLEH. Setiap peneroka Felda akan menerima 2 keping geran tanah. Satu untuk tanah ladang seluar 10 atau 14 ekar mengikut rancangan dan satu lagi tanah tapak rumah suku ekar. Kedua dua geran ini mesti mempunyai nama pemilik yg sama. Sekiranya ALI dilantik menjadi Pentadbir Harta, pejabat tanah akan memasukkan nama ALI sebagai pentadbir harta untuk 2 geran tersebut di atas. Tidak boleh 2 geran ini mempunyai nama pemilik yg berbeza. Ia mesti sama.


Q10: Adik beradik saya jenis bermasalah, semasa mak ayah hidup lagi mereka selalu menyusahkan mak ayah. Jadi sebagai Pentadbir, saya kena pastikan harta benda mak ayah saya tidak disalahguna. Saya kawal semua duit duit felda dengan tujuan untuk kebaikan mereka dan berikan sedikit sahaja kepada waris, selebihnya saya simpan utk kebaikan mereka di masa hadapan ... Boleh ke saya buat macam tu...?

A: Niat Puan memang bagus, puan sayangkan adik beradik puan. Walaubagaimanapun, apabila meninggal mak ayah puan, harta benda dan duit hasil sawit setiap bulan itu adalah menjadi milik bersama anak anak si mati dan adik beradik puan ada hak terhadap semua duit dan pusaka si mati.

Sebaiknya dan seharusnya, dibahagikan semua duit hasil felda tersebut samada mengikut faraid atau sama rata (tertakluk persetujuan dari waris lelaki). Tentang bagaimana mereka nak gunakan bahagian mereka, itu terpulang pada mereka... Doakan yang terbaik sahaja untuk mereka.


Q11: Rumah pusaka felda tu sekarang tinggal kosong, jadi abang saya yang sulung dah berpindah masuk ke rumah tersebut dgn keluarganya, dah jadi macam rumah dia, saya jadi tak seronok bila nak balik ke kg sebab rasa tak selesa. Dalam hal sebegini, saya rasa saya pun ada bahagian saya ke atas rumah tersebut, tapi saya tak tahu nak buat macamana?

A: Sebaiknya dalam kes sebegini, pihak yg tinggal di rumah pusaka itu memohon kebenaran dari semua waris terlebih dahulu sebelum berpindah masuk kerana semua waris mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Sekiranya abg yg sulung tadi tiada pilihan selain terpaksa duduk di rumah pusaka tersebut, sebaiknya dibayar sewa. Bincang harga sewa paling minima antara adik beradik. Duit sewa tersebut dibahagikan kepada semua waris, termasuk abang tu sendiri akan dapat bahagiannya dari duit sewa. Jangan take for granted sahaja bila duduk rumah pusaka.


Q12: Saya adalah Pentadbir sejak kematian ibu bapa saya 2 tahun lepas. Baru baru ini adik perempuan saya bagitau dia nak masukkan nama seorang lagi adik saya sebagai pentadbir bersama harta felda ni, boleh ke diorang buat macam tu? Saya rasa kecil hati lah dengan adik beradik saya ni...

A: Boleh. Untuk harta felda, pentadbir boleh dilantik sehingga maksimum dua orang. Puan jangan kecil hati. Perlantikan puan sebelum ini pun dibuat atas persetujuan dari semua adik beradik. Kalau mereka tak mahu puan menjadi pentadbir lagi, mereka boleh remove puan. Mungkin mereka letakkan adik tadi jadi pentadbir bersama untuk membantu puan menguruskan harta arwah mak ayah puan. Fikir positif... Adik beradik, mak ayah tiada gantinya... Kekalkan hubungan baik sesama adik beradik... jangan berpecah belah dan bergaduh disebabkan harta.


Q13: Sebagai pentadbir, apa yang saya kena buat sebenarnya kalau saya tgk ada yg tak kena dalam kalangan adik beradik saya. Contoh, mereka ada tendency untuk jual tanah felda ini?

A: Sebagai Pentadbir, tugas tuan adalah untuk mengurus, apa sahaja berkenaan tanah felda, tuan adalah wakil yg dilantik untuk berurusan dan membahagikan hasil dari tanah felda. Sekiranya tuan tidak bahagikan hasil, maknanya tuan gagal menjadi pentadbir yang baik. Berhubung penjualan tanah felda tadi, takde mana2 waris boleh jual tanah felda ni, tuan sendiri sebagai pentadbir tak boleh menjual tanah ini apakan lagi waris yg bukan pentadbir. Lagipun terdapat halangan diletakkan Felda untuk menghalang penjualan tanah kerana tanah ini diletakkan dibawah Group Settlement Act.

Jadi tuan concentrate terhadap tugas tuan mentadbir harta tersebut bagi pihak adik beradik dan sentiasalah bermesyuarat sesama adik beradik untuk sebarang hal berkenaan tanah felda ini.


Q14: Saya ada satu masalah, saya adalah Pentadbir, dan saya baru tahu arwah ayah pernah kahwin dua. Jadi sekarang, isteri kedua ayah saya dan adik beradik lain mak ini telah failkan permohonan harta sepencarian di Mahkamah Syariah dan kes belum diputuskan. Masalah saya sekarang, peguam syarie keluarga isteri kedua ini ada hantar satu salinan permohonan tersebut kepada pihak Felda dan Felda dah tahan hasil sawit setiap bulan tu dari diberikan kepada saya atas alasan nak jaga perintah mahkamah. Saya kena tunggu sampai kes selesai baru felda serahkan kembali. Betul ke macam tu tuan?

A: Tindakan felda itu adalah salah di sisi undang2. Selagi tiada sebarang perintah mahkamah yang menghalang puan dari mengambil hasil sawit, puan berhak mengambilnya. Permohonan yg diserahkan kepada pihak felda itu tidak memberi sebarang makna, ia hanya permohonan dan belum diputuskan. Seharusnya felda bertindak seperti biasa dan memberikan hasil kepada puan selagi tidak wujud satu perintah injuksi ke atas felda dan puan menghalang puan dari mengambil hasil sawit dan menghalang felda dari menyerahkan hasil sawit kepada puan.

Semoga bermanfaat.

Zahari Affendi Abdul Kadir

MESSRS ZAHARI AFFENDI & PARTNERS

AddToAny