responsif teks foto

Isnin, 28 November 2022

Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15

 

Dato' Seri Wan Rosdy bin Wan Ismail

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas limpah perkenan melantik patik sebagai Menteri Besar Pahang bagi Penggal Ke-15 pada hari ini.

Insha-Allah, patik akan sedaya upaya menggalas amanah, tanggungjawab serta kepercayaan besar ini dengan sepenuh jiwa raga dan hati nurani demi kepentingan rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur.
Patik menjunjung titah KDYMM Pemangku Raja Pahang agar kerajaan yang baru dibentuk ini akan memberi fokus kepada iltizam-iltizam berikut :

1. Mengenepikan ideologi dan sentimen politik kepartian.
2. Meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan dalam segala hal.
3. Menumpukan sepenuh masa untuk berbakti kepada rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.

Buat rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang saya kasihi, di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh rakyat Pahang yang telah mengikuti perkembangan pembentukan Kerajaan Negeri dalam keadaan sabar dan aman.
 
Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar 5 tahun akan datang menjadi satu penggal yang menyaksikan kebangkitan Pahang menjadi negeri yang stabil, progresif, makmur dan harmoni, insha-Allah.

Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

kredit FB Wan Rosdy bin Wan Ismail


Sidang media penjelasan PN menjadi pembangkang di Pahang

 

Tuan Ibrahim Dedah BN Pahang Hanya Tawar Satu Jawatan Exco Jika Bergabung



Tiada ulasan:

AddToAny