responsif teks foto

Ahad, 11 Disember 2022

Permohonan keahlian 'Muafakat Nasional' dibuka lebih awal.

 

Presiden Muafakat Nasional 
Tan Sri Annuar Musa

Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula dibuka sejak Sabtu.
Perkara itu dikongsikan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebooknya.
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN 

di https://muafakatnasional.org.my/


Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berperanan sebagai platform untuk melaksanakan program dan aktiviti kearah memupuk nilai muafakat, mewujudkan keterangkuman tanpa bersifat perkauman, mempromosikan perpaduan ummah dan menjunjung keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

MN berpegang kepada 5 matlamat yang telah digariskan dibawah:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.






Tiada ulasan:

AddToAny