responsif teks foto

Khamis, 22 Februari 2024

KERETA TERBABAS DI TEBING SUNGAI KOYAN, SEORANG WANITA MAUT

 


21.2.2024: Pada jam 3.49 petang, JBPM Negeri Pahang menerima panggilan tentang kejadian sebuah kereta telah terbabas yang berlaku dekat Jambatan Perumahan Generasi Ke 2, Sungai Koyan, Pahang.

Pasukan Bomba daripada BBP Sg Koyan telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK II Muhammad Azha bin Mohamad Aris, sebuah kereta telah terbabas dan terbalik di tebing sungai.

Terdapat 2 orang mangsa yang menaiki kenderaan tersebut iaitu seorang lelaki dewasa telah mengalami kecederaan dan seorang lagi mangsa, wanita dewasa telah tersepit di dalam kereta itu.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Namun, setelah mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada KKM. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas daripada KKM.

#BombaSungaiKoyan
Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Tiada ulasan:

AddToAny