responsif teks foto

Isnin, 9 Mei 2011

Tip Pengunaan Internet Untuk Kanak-Kanak.


Kemunculan Internet alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tidak ada sesiapa dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, maka berjuta-juta laman web telah diwujudkan.  Bermacam-macam maklumat(sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga bahan lucah disebarkan melalui internet.

Apakah kesannya apabila kanak-kanak mula berjinak-jinak dengan internet tanpa pengetahuan anda? Adakah anda boleh ketahui lawan web yang mana anak anda layari? Apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan yang anak anda selamat ketika melayari internet? Anda harus mempelajari selok belok dunia computer agar anda dapat menyekat bahan yang tidak disenangi. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh berkonsi dengan anak anda:


1.         Letak komputer di tempat yang umum dan bukan dalam bilik agar dapat mengawasi anak anda.

2.         Tandakan (Bookmark) laman kegemaran anak anda agar senang untuk anda melayari laman tersebut.

3.         Kongsi akaun e-mel dengan anak anda agar anda dapat mengawasi mesej yang diterima.

4.         Luangkan masa untuk melayari internet bersama anak anda untuk mengajarnya tabiat ‘online’ yang betul.

5.         Jangan sesekali membenarkan anak anda memasuki ruangan sembang peribadi (private chat rooms); sekat dengan cirri-ciri keselamatan internet (internet service provider) atau guna perisian penapis filtering software).

6.         Selalu mengawasi kad kredit dan bil telefon anda untuk menyemak bayaran akaun yang luar biasa.

7.         Jangan buat endah jika anak anda memberitahu anda pertukaran’online’ yang tidak menyenangkan.

8.      Panjangkan salinan mesej yang mengandungi unsur lucah ugutan kepada penyelia.perkhidmatan internet.

9.        Kebanyakan laman web mengunakan ‘cookies’ iaitu sejenis alat khas untuk mengesan informasi khusus berhubung dengan penguna seperti nama, e-mel dan alamat. ‘cookies’ boleh diberhentikan (disabled). Hubungi penyelia perkhidmatan internet(internet service provider) anda untuk maklumat lanjut.  
 
Sumber

Sabtu, 7 Mei 2011

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011




Ekspedisi Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang akan dirasmikan  KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Bilah  pada 9 Mei 2011 bermula dari Kuala Lipis dan berakhir pada 14 Mei 2011 di Kg. Kuala Triang mengambil masa 7 hari 6 malam.
Jarak perjalanan ekspedisi ini ialah lebih kurang 243 km merentasi 4 daerah utama negeri Pahang. Sebanyak 6 buah kampung telah dikenal pasti dan dipilih sebagai tempat hentian iaitu Kuala Lipis, Kg. Jeram Landak, Kg. Pulau Tawar, Kuala Krau, Kg. Sanggang dan Kg. Kuala Triang. Para peserta digalakkan mengambil bahagian di dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kampung di setiap hentian yang akan disinggahi.

Di jangka sebanyak 55 buah rakit melibatkan 700 orang peserta akan menyertai ekspedisi ini.

Tarikh              : 08 Mei  2011(Ahad)

Perasmian        : 09 Mei 20011(Isnin)

Masa               : 0830 pagi

Tempat Mula    : Kawasan Tebing Sungai   Jelai,Jalan Jelai,Bandar Lipis

Anjuran            :Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang

Peserta              :i) Luar Negara / Swasta ii) Jabatan Kerajaan/ NGO/AJK
                        
                         iii) IPTA /IPTS / Pelajar

Pengurus MID Kg. Sanggang
Siti Norazlina binti Sulaiman
017-6644437 / 092846141
Rujukan Maklumat

Rabu, 4 Mei 2011

BLOOD TEST PROMOTION

Lipid Profile

Total Cholesterol
HDL Cholesterol
LDL Cholesterol
Triglycerides
Total/HDL – Chol Ratio

Diabetes Screen

Glucose

Joint

Uric Acid

RM 25 only

Date : 13 Mei 2011

Day : Jumaat

Time :  9.00am  – 11.30 am

Location Test : Pahang Pharmacy SDN BHD 121 Kedai LKNP Bandar Baru Kuala Lipis

Participant should be fasting 8-10 hrs

Ahad, 1 Mei 2011

RM6 juta naik taraf jalan raya ke Pos Lenjang


Lawatan ke Pos Betau
Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menaik taraf jalan raya sepanjang 15 kilometer ke perkampungan Orang Asli Pos Lenjang dekat sini tahun ini. Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek bermula dari Simpang Pos Betau ke Pos Lenjang itu diyakini memberi keselesaan kira-kira 1,000 Orang Asli di Pos Lenjang.
Menurutnya, peruntukan projek itu diluluskan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli Pahang di Pos Betau pada Julai tahun lalu.

''Kerajaan negeri komited melaksanakan agenda yang telah dirancang bagi memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman Lenjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Penduduk sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pos Lenjang, Hulu Jelai dekat sini kelmarin.

Khamis, 28 April 2011

Tanah merupakan maruah.

contoh geran tanah

Kalau kita pergi minum kopi di warong sekitar  kampong kita dapati  setengah orang kampung  merungut untuk mendapat sebidang tanah untuk mendiri rumah.  Permohonan tanah ditolak tanpa alasan munasabah oleh Pejabat Tanah Daerah.

Tanah bukan sekadar harta yang mempunyai nilai ekonomi tapi merupakan maruah sesuatu bangsa. Boleh kah kita berbangga sebagai rakyat Malaysia jika kita tidak mempunyai tanah atau sebuah rumah untuk didiami,  berbanggakah kita sampai ‘beranak pinak’ masih lagi menyewa atau menumpang di rumah orang tua.

Apabila British memerintah tanah melayu mereka membawa masuk orang cina memajukan perlombongan bijih India pula untuk membina jalanraya, landasan keretapi serta ladang getah.  Kaum imigran menyeberang lautan untuk mencari kekayaan. Dari awal lagi mereka sudah berfikir jauh kehadapan untuk mencari kekayaan dan menguasai ekonomi.  Salah satu unsur utama kekayaan ialah tanah. 

Seperti kata Tun Mahathir dalam Dilema Melayu 1970 “Apabila pendatang Cina semakin banyak maka perniagaan mereka pun semakin turut berkembang, harga tanah dikawasan bandar turut naik.  Orang Melayu mula tertarik dengan tawaran harga yang tinggi bagi tanah mereka.  Mereka mula menjual tanah mereka berpindah semakin jauh dipinggir Bandar.  Tegas Tun, “Orang cina lebih cekal menghadapi cabaran dan rajin berusaha”.

Selepas tragedi 13 Mei melalui DEB pelbagai perbadanan ditubuhkan oleh kerajaan untuk memajukan orang melayu, tetapi sedikit sekali tercapai matlamatnya.  Orang melayu tertinggal jauh dalam pemiliki tanah dan rumah terutama di bandar hanya FELDA satu Perbadanan yang berjaya membantu rakyat yang tidak bertanah.

Orang melayu masih lagi merasa terjamin dengan adanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Enakmen Tanah Rezab Melayu 1913 dan kuasa politik yang dominan, tetapi sampai bila orang melayu hendak bergantung dengan perkara tersebut. 

Apabila kita melihat harga tanah dan rumah yang ada pada hari ini, memang tidak mampu dibeli oleh penduduk kampong yang kais pagi makan pagi. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalah tersebut yang semakin kritikal. 

Isnin, 25 April 2011

Bau Badan Tanda Penyakit

tidak dapat diatasi dengan deodoran
Bau badan yang luar biasa menandakan anda mungkin menghidap penyakit tertentu. Dalam Kes bau badan yang teruk contohnya masalah ginetik seperti trimethylaminuria, tidak dapat diatasi dengan deodoran.  Ia juga dikenali sebagai sindrom berbau hanyir, penghidap trimethylaminuria lazimnya berbau seperti bangkai ikan. Ia berlaku kerana penghidap kekurang enzim yang dikenali sebagai flavin-containing moooxygenase 3(FMO3), bermaksud, tubuh tidak dapat memproses nitrogen, sufur atau fosforus trimethylaminuria, secara semulajadi terjadi apabila tubuh mencerna kandungan makanan di dalam kolina (kolina adalah khasiat yang terdapat di dalam makanan seperti kuning telur dan hati). Buah pinggang dan hati kita bergantung kepada kolina begitu juga ingatan seseorang. Jika kekurangan kolina, ia boleh menyebabkan tubuh mengalami kerosakan hati atau lemak yang kemudian menyumbang kepada pepeluhan, nafas dan air kencing berbau kuat.

Rujuk:

Majalah Hormoni

Ahad, 10 April 2011

KELEBIHAN BACA AL-QURAN


Percuma: Download Surah Yassin

Hendaklah membaca Al-Quran setiap hari kerana:
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah   baca Al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk mensyafaati di atas pihak pembacanya
Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.
Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa kamu hendaklah mempelajari Al-Quran (dapatkan pengetahuannya), bacalah ia dan ajarkannya kerana contoh Al-Quran, bagi pihak orang yang mempelajarinya, mendapatkan pengetahuannya, membacanya (tertutama dalam solat Tahajud), mengajarkannya dan juga mengamalkannya adalah seperti sebuah beg kulit yang terbuka yang penuh dengan kasturi yang baunya yang sangat wangi sampai ke semua tempat. Bagi seseorang ang mempelajari Al-Quran (mendapatkan pengetahuannya) tetapi (meluangkan masa) pada malam hari (dalam kecuaian), iaitu tidak membaca Quran di dalam tahajud atau ia mengamalkannya, manakala Al-Quran wujud dan dilindungi di dalam hatinya, adalah seperti sebuah beg kulit yang diisi dengan kasturi dengan mulutnya tertutup rapat.
Di dalam hadith yang lain bahawa Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)
Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut perintahNYA.
Di dalam hadith yang lain bahawa pada hari kiamat ia akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran teruskan membaca Al-Quran dan naiklah darjat kamu dalam syurga. Bacalah dengan tartil dan mudah di dalam dunia kerana darjat dan kedudukan kamu akan berada pada ayat terakhir yang kamu akan baca.
Di dalam hadith yang lain bahawa barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar, maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)

KOMEN

Setiap malam jumaat kita selalu ke surau atau masjid membaca surah yassin. Kebanyakan Tok Imam hanya melagukan sahaja tanpa mencerita tafsiran surah tersebut. Bertahun-tahun sudah kita amalkan perkara tersebut dan pada hari ini saya cadangankan anda membaca dan memahami Al Qura’an seperti orang Arab melalui bacaquran2u.

AddToAny