Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 tahun telah pun memasuki Siri 9 Tahun 2012 daan kumpulan 1 telah pun menamatkan latihan mereka dengan jayanya pada 17 Mac 2012.
Mesyuarat
Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Raub ke-36
Tempat : Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub
Tarikh : 7 April 2012
Masa : 8.30 pagi
Penceramah :
Pengarah Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
: Pegawai Hal Ehwal Veteren Negeri
Semua Bekas
Tentera dijemput hadir untuk mendengar penerangan mengenai perkara baru dan dikesempatan ini juga bekas tentera boleh memohon menjadi ahli.
Dalam buku Wira Tak Didendang dua individu yang memain peranan penting berusaha untuk mengadakan perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya(PKM)1989. Individu tersebut adalah Pengarah Cawangan Khas Dato’ Rahim Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khs SAC II Yau Kong Yew.
Rahim Noor telah mengambil alih jawatan Pengarah Cawangan Khas pada Feb 1986 setelah menghadiri kursus Keselamatan dan Pertahanan di Royal College of Defence Studies London selama setahun. Beliau cukup memahami pergerakan dan cita-cita komunis antarabangsa. SAC II Yau Kong Yew pula berpengalaman sebagai Pegawai Soal siasat Komunis sejak zaman British lagi. Mereka inilah yang berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir untuk meminta restu dan meminta pandangan Tunku Abd Rahman yang sebelum ini pernah mengadakan rundingan 1955 dengan Komunis.
Umum tidak mengetahui selain dari usaha pegawai kanan polis tersebut ada sebuah pasukan atau cawangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memain peranan penting melumpuh secara taktikal penganas komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Malaysia. Pasukan tersebut ditubuhkan pada zaman British yang dikenali sebagai `British Special Military Intelligence Service’ yang telah ditukar kepada` Military Staff Special Branch (MSSB).
Anggota ATCK sedang menyiasat seorang lelaki yang disyaki anggota PKM
Pada 1 Oktober 1962, `Military Staff Special Branch (MSSB) telah bertukar nama menjadi Anggota Tentera Cawangan Khas atau ringkasnya ATCK. Cawangan ini masih kekal beroperasi di bawah Cawangan Khas Polis Diraja Persekutuan. Tanggungjawab ATCK bertambah bilamana tertubuhnya Malaysia di mana mereka dikehendaki mengawasi ancaman yang dilancarkan ke atas Sabah dan Sarawak oleh kegiatan pengganas komunis, ancaman luar iaitu dari Filipina dan Indonesia ketika konfrontasi.
Tanggungjawab RKPT membunuh komunis pada masa tu..."
ATCK telah berjaya dalam melaksanakan operasi taktikalnya hingga mendapat pujian dari pihak Kerajaan. Contoh beberapa operasi yang berjaya:
1 Ogos 1972, menyaksikan pertempuran di Gunung Pueh, Sarawak dimana Sjn Hashim telah terkorban dan seorang PGK telah dibunuh.
8 September 1972, satu serang hendap dilakukan dikawasan Lundu, Sarawak dan pasukan ini telah berjaya membunuh seorang PGK.
1 Mac 1973 Perjumpaan tempat simpanan makanan dan senjata PGK di kawasan Hutan Grik, Perak.
30 November 1974 Semasa di dalam kedudukan serang hendap, telah berjaya membunuh seorang PGK di Sungai Pelok, Karak, Pahang.
9 Disember 1974 Pertempuran dan berjaya membunuh 2 PGK dikawasan Hutan Karak, Pahang.
1 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan PGK di kawasan Lasah, Perak.
4 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan senjata PGK dikawasan Grik, Perak.
5 Jun 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK di Sungai Cetang, Raub, Pahang.
19 September 1975 - Kejayaan membunuh 3 PGK setelah melancarkan satu serang hendap dikawasan hutan Kulim, Kedah.
18 Ogos 1976 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Grik, Perak.
6 September 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Teras, Pahang.
18 Oktober 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK dan menawan seorang PGK setelah diaturgerak 1 tim serang hendap dikawasan Sungai Tawar, Perak.
27 Disember 1976 Kejayaan membongkar tempat simpanan makanan di Tanah Hitam, Perak.
5 Jun 1977 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah satu tim serang hendap diaturgerak dikawasan Jelapang, Perak.
8 Sep 1979 Kejayaan membunuh 2 PGK dalam satu serang hendap dikawasan Kalumpang, Selangor.
8 Oktober 1979 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Rasa, Selangor dan Tpr Salleh telah terkorban.
19 Mac 1981 Kejayaan membongkar tempat penyembunyian senjata PGK dikawasan Gua Chandu, Selangor.
26 Januari 1983 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan Lkpl Saimon Tarikat (SP) telah terkorban.
12 Disember 1983 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kerling, Selangor.
16 Jun 1987 Kejayaan membunuh 2 PGK Utara Pekan Serendah
Memusnah 'food dum'
Bukan senang untuk menjayakan operasi tersebut, pada masa rakyat Malaysia sedang tidur lena dibuai mimpi mereka tidur dalam kawasan ‘ambush’ yang belum tentu menjamin mereka akan pulang besoknya. Pada masa rakyat Malaysia sedang masuk kerja pukul 8.00 pagi mereka memasuki kawasan operasi pukul 3.00 pagi. Itulah operasi taktikal yang mengerunkan penganas Komunis pada masa itu.
Setelah berusaha panjang sama ada secara diplomasi atau secara taktikal satu upacara menandatangani perjanjian damai antara PKM, Kerajaan Thai dan Kerajaan Malaysia telah diadakan di Hotel Lee Gardens Haadyai pada 2 Dissember 1989.
Pada sidang akhbar selepas perjanjian damai tersebut Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Hashim Md Ali berkata “Kita sudah menang moral, tentera tidak terjejas kerana perjanjian itu. Ia tidak akan merendah moral tentera tetapi meningkatkan moral kerana kita sudah menang. Kita mahu perdamaian dan kita dapat perdamaian..” kata Hanif.
Rujuk:
Wira tak didendang 2006
Sejarah Kor Risik Diraja
Reunion Ex ATCK pada 21 Okt 2017
Lebih 300 bekas anggota dan keluarga Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) bertemu semula di sini semalam setelah masing-masing menamatkan perkhidmatan beberapa dekad lalu.
Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Mohd Salleh Ismail yang merupakan bekas ketua ATCK berkata majlis perjumpaan semula itu pertama kali diadakan sejak ATCK ditubuhkan pada 1962.
"Ada yang sudah berusia 78 tahun - mereka mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam bidang itu (risikan) semasa berbakti kepada negara," katanya kepada pemberita pada majlis itu di sini, malam tadi. Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
Mohd Salleh yang juga bekas ketua pengarah Perisikan Pertahanan berkata kemudahan media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook menjadi platform bagi semua bekas anggota ATCK berhubung semula sekaligus mengadakan pertemuan itu. - Bernama
Jubli Emas Kor Risik Diraja
Sempena menyambut Jubli Emas Kor Risik Diraja Pesara dijemput hadir ke majlis ‘tautan kasih’ pada 22 Sept 2019(Ahad) jam 1945 bersama-sama Pegawai dan Anggota KRD yang masih berkhidmat. Disamping itu Kor Risik telah melancar Buku Sejarah Kor Risik: Transformasi dan keunggulan.
Pelancaran buku Kor Risik Diraja Pada 22 Sept 2019 di Wisma Perwira ATM Kuala Lumpur
Buku Sejarah Kor Risik: Transformasi dan keunggulan.
Kandung Buku Bab 1 – Pendahuluan `
Bab 2 – Sejarah Awal Perisikan ATM (1948-1968)
Bab 3 – Penubuhan Kor Risik dan Perkembangan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
Jabatan Arah Risik
Anggota Tentera Cawangan Khas
Pasukan Khas Perisikan Tempur
Sekolah Perisikan Angkatan tentera
Bab 4- Transformasi Kor Risik Diraja (1990-2008)
Penganugerahan Gelaran Diraja
Kolonel Yang Dipertua KRD
Jabatan Arah Risik/Cawangan Perisikan.
Jabatan Arah Risik
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
91 Rejmen Khas Periskan Tempur
92 Anggota Tentera Cawangan Khas
Pusat Latihan Perisikan
Batalion 165 Risik Tentera Darat.
12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah.
Bab 5 – Kor Risik Selapas 40 Tahun (2009- 2019)
Jabatan Arah Risk
Cawangan Perisikan
Bahagian Staf Perikan Pertahanan
91 Grup Operasi Perisikan
92 Anggota Tentera Cawangan Khas.
Pusat Latihan Perisikan
Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia
Batalion 165 Tentera Darat
12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah
Bab 6 – Wanita Kor Risik Diraja
Bab 7 – Kecemerlangan Warga Kor Risik Diraja
Bab 8 – Pencapaian Kor Risik Diraja.
Bab 9 – Profil Kepimpinan
Pengerusi Kor Risik Diraja
Jabatan Arah Risik
Cawangan Perisikan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
91 Grup Operasi Perisikan
92 Anggota Cawangan Khas
Pusat Latihan Perisikan
Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia
Batalion 165 Tentera Darat
12 Kompeni Perisikan Divisyen Askar Wataniah
Sarjan Mejar Terkanan Dalam Kor Risik
Bab 10 -Kelab Veteren Risik Malaysia
Bab 11 - Galeri Warisan Kor Risik Diraja.
Ketua Pengarang : Kol Hj. Idros bin Hj. Muhammad
Ketua Editor : Lt Kol Kamaruddin bin Kassim
Pesara-Pesara
Penerimaan Buku
Video Klip dimalam tersebut
Bekas anggota KRD yang kembali Ke Rahmatullah 2021
Lee Kuan Yew mengiringi Tunku ke Kuala Lumpur pada Ogos 1962 setelah Tunku berjaya dalam rundingannya dengan pihak British di London untuk melaksanakan penubuhan Malaysia
Apabila Tunku mengumumkan
keputusannya memisahkan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, Perdana
Menteri Singapura Lee Kuan Yew sebak dan menangis di Singapura dihadapan para
wartawan selama 20 minit.
Lelaki cina tidak boleh menangis
di depan umum, ini menunjukan kelemahan. Lee Kuan Yew meminta supaya pegawai
akhbarnya memberitahu semua media agar tidak menyiarkan gambarnya sedang
menangis di dalam sidang akhbar yang dirakam terlebih dahulu.
Bagaimanapun Lee Kuan Yew menyatakan
dalam buku ‘The Singapore Story’ pegawainya itu bernama Raman telah menentang
arahannya kerana katanya ”semua media tetap akan melaporkan dengan membuat
gambaran sendiri yang lebih memburukkan”.
Babak Lee Kuan Yew yang tidak
dapat mengawal perasaan itu telah disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia
di Kuala Lumpur.
Lee merasa amat kecewa karana
cita-cita Malaysian Malaysianya hancur.
Inilah yang menyebabkannya menitis air mata.
Katanya, “saya merasa saya telah
mengecewakan harapan berjuta rakyat Malaysia, orang cina, india dan Eurasian
malah sebilangan kecil orang melayu.
“Saya telah membangkitkan harapan
mereka dan mereka telah menyertai rakyat Singapura untuk menentang kepimpinan
Melayu”.
Katanya lagi dia malu kerana
terpaksa meninggalkan penyokong-penyokongnya untuk berjuang bersendirian.
Keputusan menyinkirkan Singapura
itu berlaku dengan begitu dramatik, mengemparkan Malaysia dan dunia.
Suatu usul pindahan Pelembagaan
Malaysia (Singapura Amendment), Rang Undang-undang 1965 dikemukakan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak di dewan Rakyat Malaysia pada hari
Isnin jam 10.00 pagi. Tunku membuat
bacaan pertamanya. Perbahasan tamat pada jam 1.30 petang dan kemudian dihantar
ke Dewan Negara yang meluluskannya pada jam 4.30 petang.
Sri Paduka Yang di-Pertuan Agong
memberikan persetujuannya pada hari yang sama dan dengan itu Singapura terkeluar
dari Malaysia.
Bagaimanapun di Malaysia,
terutamanya golongan yang disebutkan oleh Lee Kuan Yew sebagai ‘Ultra Melayu’
tidak senang dengan keputusan penyingkiran Singapura itu.
Mereka mahu Tunku menangkap Lee
Kuan Yew, gantung Perlembagaan Singapura dan Kuala Lumpur mentadbir Singapura
sehingga krisis dapat dipulihkan.
Setiausaha Agung UMNO Malaysia,
Tan Sri Syed Jaafar Albar yang merupakan musuh utama Lee Kuan Yew meletak
jawatan sebagai menunjukan bantahan.
Bagaimanapun kata Tunku dalam
‘Looking Back’ setelah memikirkan
segala-galanya pemisahan dengan Singapura adalah polisi yang lebih baik kerana
pada masa akan datang ketua Negara tetap akan dapat bekerjasama dengan semangat
persahabatan dan muhibah untuk kebaikan Asia Tenggara.
Tunku berkata keputusan yang
dibuatnya di atas katil sakit di hospital di London tetap benar hingga ke hari
ini.
Merancang bajet perkahwinan merupakan perkara paling utama yang perlu disempurnakan bagi memastikan perjalanan majlis, baik sebelum mahupun selepas berjalanan dengan baik. Tanpa perancangan yang rapi, tidak mustahil akan berlaku keciciran dan akhirnya memberi akibat buruk terhadap kewangan anda. Jangan ambil mudah soal perancangan kewangan kerana ia melibatkan masa depan anda berdua.
Dalam soal membina ikatan perkahwinan, ramai pasangan muda terutamanya, kurang mengambil berat soal kewangan selepas berkahwin. Mereka seolah-olah terlalu alpa mengejar majlis yang meriah dan gembilang tanpa menyedari perbuatan tersebut akan menjerat kehidupan mereka kelak. Demi tampak gah di mata orang, golongan ini sanggup berhutang dan berbelanja tanpa kawalan.
Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan berkeluarga. Bagi memastikan ekonomi anda berdua terus kekal, stabil, seeloknyan rancangan bajet perkahwinan anda dengan bijak. Tidak salah untuk melansungkan sebuah perkahwinan berdasarkan impian, namun biarlah ia berpadanan dengan kemampuan anda.
Berapa bajet yang bakal dikeluarkan? Bagaimana untuk merancang kesempurnaan majlis mengikut bajet…? Dimana untuk mendapat perkidmatan perkahwinan yang bersesuaian dengan bajet..? Jawapan ini hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya. Apa yang penting, anda harus berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
Bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan perkahwinan, gunakan jadual di muat turun di bawah dengan menyenaraikan berapakah bajet anda bagi setiap perkara yang disenaraikan. Kemudian, gunakan panduan tersebut ketika berbelanja. Dengan cara ini anda boleh mengenalpasti kos perbelanjaan yang berlebihan, sekali gus meyelamatkan anda daripada terus leka berbelanja.
Belanja Kahwin