Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Sabtu, 8 Oktober 2016
Isnin, 19 September 2016
Masyarakat Cina sumbang 70% ekonomi
![]() |
| Tan Koon Swan |
Bekas taikun Tan Koon Swan berkata sebahagian besar orang
Melayu masih hidup susah jika dibandingkan kepada masyarakat Cina.
Masyarakat Cina warga Malaysia menyumbang sekitar 70%
keluaran dalam negara kasar, menurut bekas Presiden MCA Tan Koon Swan dalam
satu wawancara.
Beliau dilaporkan Sin Chew Daily sebagai berkata walaupun
sesetengah orang Cina warga Malaysia sudah berhijrah, kerana percaya mereka
tidak menerima layanan adil, masyarakat itu masih punyai masa depan yang cerah.
Beliau meramalkan pasaran yang besar untuk direbut pada masa
akan datang hasil daripada dasar ekonomi China dan pelaksanaan rantau ekonomi
Asean.
Koon Swan diberi kemenangan besar-besaran apabila terpilih
menjadi Presiden MCA pada November 1985 dalam satu perebutan kuasa antara tiga
kumpulan, selepas kerjaya korporat yang menyaksikan beliau membina kumpulan
Multi Purpose dan kumpulan pembangunan hartanah Bandaraya untuk MCA, dan
melancarkan Supreme Corporation miliknya.
Kerjaya politiknya bagaimanapun tergendala selepas
pensabitan kontroversi dia Singapura berhubung pemilikannya dalam Pan-Electric
Industries, yang menurut beliau dirinya dipersalahkan.
Dalam satu temubual Sin Chew Daily, Koon Swan berkata
analisis ekonomi menunjukkan masyarakat Cina menyumbang 70% keluaran dalam
negara kasar, walaupun banyak syarikat besar tampak dikuasai oleh orang
daripada kumpulan etnik lain.
Walaupun sesetengah orang Melayu menikmati kuasa dan
pendapatan tinggi melalui syarikat milik kerajaan, kebanyakan orang dalam
masyarakat Melayu masih hidup susah berbanding orang dalam masyarakat Cina,
katanya menurut laporan itu.
Walaupun Felda, Sime Darby dan usahawan Bumiputera lain
menguasai lebih 25% tanah estet, kira-kira 20% masih dalam tangan beberapa
peniaga Cina besar, manakala baki 55% lagi milik pekebun kecil, “kamu tahu
siapa mereka itu.”
Jumaat, 16 September 2016
Dr Haron Din meninggal dunia
![]() |
| 1940 - 1916 |
Sabtu, 27 Ogos 2016
Yakin rakyat Pahang tetap sokong Najib ; Adnan
CAMERON HIGHLANDS - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan
Yaakob yakin rakyat Pahang akan tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun
Razak walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap perdana
menteri.
Beliau berkata penduduk Pahang bijak menilai dan
menghargai sebarang usaha kerajaan dan perdana menteri untuk membantu dan
membangunkan rakyat seperti mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kedai
Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan sebagainya.
"Saya yakin rakyat Pahang akan terus menyokong dan
mempercayai Umno serta Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan pimpinan parti itu
sahajalah yang mampu memberi masa depan lebih berjaya kepada mereka,"
katanya.
Beliau berucap pada majlis perasmian persidangan
perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di sini, hari ini yang disempurnakan
Najib.
Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang yakin
Umno Bahagian Cameron Highlands dibawah pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan
Ismail mampu merampas semula kerusi Dun Tanah Rata daripada pembangkang pada
pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
PM Umum Tiga Projek di Cameron Highlands
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan tiga
projek bernilai RM20.2 juta di Parlimen ini, tahun depan.
Perdana Menteri berkata, projek terbesar membabitkan
pembinaan Jalan Pos Betau-Pos Lenjang bernilai RM15 juta dan baik pulih masjid
di Kampung Tanjung Gahai bernilai RM200,000. Katanya, projek ketiga adalah
pembinaan gerai bernilai RM5 juta dalam DUN Tanah Rata.
Najib mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, sebentar tadi.
Ahad, 17 Julai 2016
Sabtu, 16 Julai 2016
*Terkini Berita Sebenar Rampasan Kuasa di Turki*
16 July 2016
Secara ringkasnya bila presiden Raceep Tayeeb Erdogan
membuat perubahan besar rakyat Turki kepada Islam selama lebih 1 dekad telah
berlaku kesedaran yang bukan sedikit di kalangan rakyat bahkan pihak tentera.
Ketua tentera sendiri menyokong Erdogan.
Tetapi berlaku rampasan kuasa dari segolongan kecil
tentera yang diberi sokongan musuh dari luar tetapi banyak kejadian luar biasa
berlaku.
1. Di masjid-masjid dilaungkan azan dan selawat tanda
menyokong Erdogan.
2. Majoriti rakyat menyokong Erdogan dan semakin benci
dengan penentangnya.
3. Hanya sebilangan kecil tentera terlibat dalam rampasan
kuasa.
4. Erdogan menangis melihat rakyat keluar menyokongnya.
5. Rakyat menyokong dengan keluar bertakbir
beramai-ramai.
6.ini peluang Erdogan menukar pelembagaan secara
mengejut.
7. Semua tentera, jeneral yg terlibat sudah dtangkap.
8. Unit tentera khas turun campur tangan, melawan tentera
yang merampas kuasa.
9. Unit Tentera Khas mengucapkan terima kasih kepada
rakyat yang membantu.
10. Rampasan kuasa ini dalangnya adalah Fathullah Gulen,
tali barut barat dan pembrontak PKK.
11. Stasyen tv yg dirampas tentera pemberontak telah di
ambil semula oleh tentera elit Turki.
12. Rakyat Turki dalam keadaan marah, tetapi dalam masa
yang sama ada rakyat menenangkan keadaan.
13. Kerajaan telah ishtiharkan semua tentera terlibat
balik ke markas tentera.
14. Tentera pembrontak berundur dengn lambaian oleh
rakyat. (dengan aman)
Istanbul, Turki
2.28am (7.28am waktu Malaysia)
Langgan:
Catatan (Atom)














