responsif teks foto

Isnin, 16 Mac 2020

Perubahan Masa melawat Hospital Lipis


Berikut peningkatan kes covid -19 di Malaysia.

Perubahan  waktu melawat Hospital Lipis

Memendek masa lawatan kepada:

1. 1.00 Tengahari hinga 2.00 Petang.
2. 5.00 Petang hingga 7.00 petang setiap hari , termaksud cuti umum.

Pelawat dan waris mengalami gejala Demam/Batuk/Selsema tidak digalak untuk melawat atau menemani pesakit di dalam wad.

Individu di bawah perintah kuarantin di larang datang ke Hospital Lipis.

Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang melawat pesakit diwad Hospital.


Sabtu, 14 Mac 2020

Covid-19 sebagai pandemik

Covid-19

cerita dari lipis Kesihatan


Covid19 diisytihar oleh WHO sebagai pandemik. Ia merupakan wabak yg menular paling bahaya pada abad ini. Difahamkan lebih 126,100 orang telah dijangkiti di seluruh dunia dan lebih 4,600 meninggal dunia, menurut data Reuters berdasarkan pengumuman kerajaan. Kini Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit tersebut dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.

Pandangan saya, selain menggunakan sanitizer dan mask sebagai langkah kawalan dan pencegahan. Ada juga beberapa point penting yang boleh digariskan untuk pertahankan diri dari terkena wabak bahaya ini. Jika berkaitan tanaman yang sering saya ceritakan, pokok memerlukan mikcroorganism baik untuk melawan patogen jahat sebagai ‘kawalan organik’  seperti EM, Trichoderma, Superbacti, Cuka Kayu dan lain-lain. Maka saya kira manusia juga memerlukan makanan yang dapat menjadikan sistem kekebalan atau imuniti tubuh yang terdiri daripada organ, sel, tisu, dan protein yang berfungsi melawan patogen, iaitu virus, bakteria, atau benda asing yang menyebabkan jangkitan atau penyakit. Apabila sistem imun berhadapan dengan patogen, ia akan mencetuskan tindak balas imun. Sistem kekebalan inilah yang akan melepaskan antibodi, yang melekat pada antigen pada patogen untuk membunuhnya.

Jadi, itulah pentingnya peranan antibodi dalam tubuh kita. Dengan mengambil sumber makanan tertentu dalam diet boleh menambah antibodi dan menguatkan tindak balas imun seseorang. Saya berpandangan sayur sangat penting buat masa kini. Walau agak pahit di lidah dan sesetengah orang yg kurang minat tapi  pada masa yang sama makanan hijau seperti ini boleh membantu sistem tubuh badan manusia dengan izin Allah. Banyak jugak makanan yang lain boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh seseorang antaranya:

1.) Yogurt
2.) Oat dan barli
3.) Bawang putih
4.) Kerang
5.) Sup ayam
6.) Teh
7.) Daging lembu
8.) Keledek
9.) Cendawan

Saya ada terbaca beberapa artikel tentang makanan penting yang meningkatkan ketahanan tubuh. Kesemua makanan ini terkumpul banyak nutrien penting kpd tubuh badan kita. Hanya sekadar pandangan dari saya, boleh abaikan jika tak setuju, hehe..

Penutup kata, jangan lupa berdoa kepada Allah agar diminta jauh dari wabak yg menular ini dikalangan ummat. Virus ini salah satu makhluk Allah juga. Dia patuh dan taat kepada tuhannya. Selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang dianjurkan, mintalah perlindungan kepada tuhan seluruh makhluk. Perbanyak zikir dan doa yang diajarkan dalam sunnah.

Ada satu doa yg sahih dari nabi s.a.w agar diri kita dihindarkan daripada wabak yg berbahaya seperti COVID-19 serta penyakit yang kronik dan berjangkit :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa'ie (5493) dan Abu Ya'la (2897)

Wallahua'lam

FB Mohd Fauzan



Selasa, 10 Mac 2020

Tahniah Parlimen Lipis

Sekalung Tahniah 



Sekalung Tahniah buat YB Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, di lantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar,  Warga Lipis serta semua masyarakat di Parlimen Lipis  bersama-sama mendoakan kejayaan pelantikan ini.

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing YB Dato' Sri dalam melaksanakan segala tugasan, Ostiqomah dalam perjuangan dan dipermudahkan perjalanan di Dunia dan Akhirat...Allahumma Aamiin...

Isnin, 9 Mac 2020

Dari Pejabat Perdana Menteri.

Senarai Jamaah Menteri Perikatan Nasional

Cerita Dari Lipis Jamaah Menteri
Menteri Kanan 

Perdana Menteri 

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri I: Datuk Abd Rahim Bin Bakeri

Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan

Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Datuk Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri II: Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)

Datuk Takiyuddin Hassan

Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia

Datuk Seri M Saravanan

Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan




Tan Sri Annuar Musa

Timbalan Menteri: Datuk Seri Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga

Datuk Seri Rina Mohd Harun

Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi

Datuk Noraini Ahmad

Timbalan Menteri: Datuk Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Datuk Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ismail Mohamed Said

Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan

Datuk Seri Sri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Datuk Seri Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah

Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar

Datuk Abd Latiff Ahmad

Cerita dari Lipis  Politik
Datuk Abdul Rahman Mohamad


Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia

Datuk Seri Saifuddin Abdullah

Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali

Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Datuk Seri Nancy Shukri

Timbalan Menteri: Datuk Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara

Datuk Halimah Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)


Sabtu, 7 Mac 2020

Berhati-hati Lipis hujan

Kemalangan berhampiram dengan Bukit Sarang petang tadi, berhati-hati melalui jalan 8 Kuala Lipis- Gua Musang jalan licin.




kredit FB Lipis.

Khamis, 5 Mac 2020

Malaysia Negara Berdaulat

Cerita dari Lipis YDPA

a.  Akhbar "The Guardian" UK telah menyeru dunia agar mengecam YDPA di dlm lantikan PM Ke-8: 
"..A king has overturned a democratic election result...This is wrong and the world ought to call it out" - lihat Artikel Editorial "The Guardian" edisi 3.3.2020.

b.  Pandangan "The Guardian" itu jelasnya adalah suatu kekhilafan ("erroneous").

c.  Pertama:
Artikel tersebut gagal sama sekali menganalisa rentetan peristiwa yg berlaku dari 24.2.2020 hingga 29.2.2020 - melibatkan perubahan sokongan ahli-ahli Parlimen & segala proses yg telah diambil oleh Tuanku YDPA. 

d.  Kedua:
Lebih penting lagi, Artikel tersebut telah gagal sama sekali membincangkan kuasa yang dimiliki oleh YDPA di dlm melantik PM Ke-8 di bawah Perlembagaan Persekutuan.

e.  YDPA mempunyai kuasa budibicara melantik PM - lihat Artikel 40(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

f.  YDPA berhak memilih PM berdasarkan HEMAT ("in the judgment of") Tuanku sendiri bahawa PM tersebut MUNGKIN memiliki sokongan majoriti - lihat Artikel 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. 

g.  Sebenarnya, di dlm melantik PM, adalah pandangan saya bahawa YDPA lebih berkuasa drpd Queen of England - yg mana mungkin tidak difahami oleh "The Guardian" UK:

(i) kuasa YDPA itu diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara ini:

"...A written constitution is the supreme and highest law of the land, the law of the laws, the grundnorm.." - lihat para 14 kes Jais Chee v Superintendent of Lands & Surveys Kuching Division (2014) 3 CLJ 467 (Mahkamah Rayuan)

(ii)  kuasa Queen of England utk melantik PM pula adalah berdasarkan "convention" yg bukanlah mempunyai kuasa ("force") undang-undang di UK:

"..The other set of rules consist of conventions...- though they may regulate the conduct of the several members of the sovereign power..- are not really laws, since they are not enforced by the courts..." - lihat A.V Dicey dlm "Introduction to the Study of the Law of the Constitution" (1883).

h.  Bukan sahaja pendirian "The Guardian" adalah suatu kekhilafan ("erroneous"), jika ianya diikuti oleh dunia, ianya juga bercanggah dgn prinsip "non-intervention" yg merupakan sebahagian drpd undang-undang antarabangsa:

 "..that restricts the ability of outside nations to interfere with the internal affairs of another nation..". - lihat International Judicial Monitor (Spring 2014 Issue) 

i.  "The Guardian" lah sewajarnya dikecam dunia kerana cuba mengajak dunia mencampuri urusan negara kita yg berdaulat ("sovereign"). Inilah inti ("core") kpd prinsip "non-intervention":

 "...At its core, the principle is a corollary to the right of territorial sovereignty possessed by each nation.." - lihat International Judicial Monitor (Spring 2014 Issue). 

j.  YDPA adalah Raja Yang Berdaulat - yg telah menjalankan tugas Tuanku menurut Perlembagaan Negara Yang Berdaulat.

Daulat Tuanku.

Isnin, 2 Mac 2020

Jawatan Timbalan Perdana Menteri





2. Perkara 43 Perlembagaan Malaysia mengenai Jemaah Menteri menyatakan:

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen,

3. Oleh kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri ialah "constitutional convention" maka ia tidak mempunyai kelayakan tertentu seperti pemilihan Perdana Menteri.

4. Jadi sesorang yang layak dilantik menjadi ahli Jemaah Kabinet atau menteri layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

5. Dalam konteks Malaysia mana-mana orang yang menjadi Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) dan Ahli Dewan Negara (Senator) layak dilantik menduduki Jemaah Kabinet seterusnya menjawat Timbalan Perdana Menteri.

6. Justeru jika Perdana Menteri membuat keputusan melantik seseorang yang bukan Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri maka beliau boleh dilantik menjadi Senator terlebih dahulu

2. Perkara 43 Perlembagaan Malaysia mengenai Jemaah Menteri menyatakan:

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen,

3. Oleh kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri ialah "constitutional convention" maka ia tidak mempunyai kelayakan tertentu seperti pemilihan Perdana Menteri.

4. Jadi sesorang yang layak dilantik menjadi ahli Jemaah Kabinet atau menteri layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

5. Dalam konteks Malaysia mana-mana orang yang menjadi Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) dan Ahli Dewan Negara (Senator) layak dilantik menduduki Jemaah Kabinet seterusnya menjawat Timbalan Perdana Menteri.

6. Justeru jika Perdana Menteri membuat keputusan melantik seseorang yang bukan Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri maka beliau boleh dilantik menjadi Senator terlebih dahulu

AddToAny