Covid-19
Covid19 diisytihar oleh WHO sebagai pandemik. Ia merupakan wabak yg menular paling bahaya pada abad ini. Difahamkan lebih 126,100 orang telah dijangkiti di seluruh dunia dan lebih 4,600 meninggal dunia, menurut data Reuters berdasarkan pengumuman kerajaan. Kini Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit tersebut dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.
Pandangan saya, selain menggunakan sanitizer dan mask sebagai langkah kawalan dan pencegahan. Ada juga beberapa point penting yang boleh digariskan untuk pertahankan diri dari terkena wabak bahaya ini. Jika berkaitan tanaman yang sering saya ceritakan, pokok memerlukan mikcroorganism baik untuk melawan patogen jahat sebagai ‘kawalan organik’ seperti EM, Trichoderma, Superbacti, Cuka Kayu dan lain-lain. Maka saya kira manusia juga memerlukan makanan yang dapat menjadikan sistem kekebalan atau imuniti tubuh yang terdiri daripada organ, sel, tisu, dan protein yang berfungsi melawan patogen, iaitu virus, bakteria, atau benda asing yang menyebabkan jangkitan atau penyakit. Apabila sistem imun berhadapan dengan patogen, ia akan mencetuskan tindak balas imun. Sistem kekebalan inilah yang akan melepaskan antibodi, yang melekat pada antigen pada patogen untuk membunuhnya.
Jadi, itulah pentingnya peranan antibodi dalam tubuh kita. Dengan mengambil sumber makanan tertentu dalam diet boleh menambah antibodi dan menguatkan tindak balas imun seseorang. Saya berpandangan sayur sangat penting buat masa kini. Walau agak pahit di lidah dan sesetengah orang yg kurang minat tapi pada masa yang sama makanan hijau seperti ini boleh membantu sistem tubuh badan manusia dengan izin Allah. Banyak jugak makanan yang lain boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh seseorang antaranya:
1.) Yogurt
2.) Oat dan barli
3.) Bawang putih
4.) Kerang
5.) Sup ayam
6.) Teh
7.) Daging lembu
8.) Keledek
9.) Cendawan
Saya ada terbaca beberapa artikel tentang makanan penting yang meningkatkan ketahanan tubuh. Kesemua makanan ini terkumpul banyak nutrien penting kpd tubuh badan kita. Hanya sekadar pandangan dari saya, boleh abaikan jika tak setuju, hehe..
Penutup kata, jangan lupa berdoa kepada Allah agar diminta jauh dari wabak yg menular ini dikalangan ummat. Virus ini salah satu makhluk Allah juga. Dia patuh dan taat kepada tuhannya. Selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang dianjurkan, mintalah perlindungan kepada tuhan seluruh makhluk. Perbanyak zikir dan doa yang diajarkan dalam sunnah.
Ada satu doa yg sahih dari nabi s.a.w agar diri kita dihindarkan daripada wabak yg berbahaya seperti COVID-19 serta penyakit yang kronik dan berjangkit :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa'ie (5493) dan Abu Ya'la (2897)
Wallahua'lam
FB Mohd Fauzan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan