responsif teks foto

Rabu, 10 Februari 2021

Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan.



Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan

Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.

Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.

Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :

1. Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini -


http://www.jpapencen.gov.my


2. Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar - contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;

3. Dokumen asal 'Slip Kehadiran' semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;

4. Salinan Kad Pesara;

5. Salinan Kad Pengenalan Pesara;

6. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma);

7. Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam)

Untuk makluman lanjut boleh rujuk laman web

www.jpapencen.gov.my

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

No. tel: 03-8887 8777

Sekian, terima kasih.

Isnin, 8 Februari 2021

HMI Bersama Siti Nurhaliza 2000



Hiburan Minggu Ini (HMI) bersama Siti Nurhaliza pada tahun 2000.

kredit : ©2000 RTM Unit Radio TV Malaysia.

Komen

Zennerich inda Hauze
Mak saya cakap sesedap mana penyanyi2 lain menyanyi dizaman Siti...
Bila Siti Nurhaliza bernyanyi terus Xnampak dah Org lain...
Yg nmpak dan Terserlah hanyalah siti...
Masa tu mak memberi pandangan nya..
Dia xpandai menilai Vocal tapi telinga dia jujur menyatakan...

ujie zainal
YaAllah... Merdunya suara tok ti... 😍😍😍...siapa yg dgr mesti terhenti kejap kan... Penangan tok ti... Moga terus meminati tanpa ragu... 😍😍

Rumaizi Ahmad
Satu2nya penyanyi yang punya lebih dari 3 lagu yg sedap didengar dalam satu album..

Mustaqim Mustaqim
Wow..keren..suara siti nurhalizah is the best..bisa menyanyikan lagu2 art

Kelebihan Dato' Siti Nurhaliza.




Sabtu, 6 Februari 2021

Berhati-hati melalui jalan Lipis -Benta







MOHON BERHATI-HATI SEMASA MELALUI JALAN UTAMA LIPIS KE BENTA (DEPAN KV SHAS LIPIS)

1.Mangsa pertama-sebiji kereta terjatuh pada bulan lepas

2.Mangsa kedua pula pada malam ini, seorang penunggang motosikal terjatuh kedalam lubang (kesan mendap akibat banjir 2021)...,kami percaya bahawa pihak berwajib sedang dalam proses membaiki kerosakan dalam masa terdekat.

Mungkin dengan membaiki secepat mungkin kerosakan,sementara itu boleh letak lampu amaran

Tambah atau baiki lampu jalan sedia ada,kerana kawasan ini sangat gelap

Kita prihatin,supaya berhati hati kepada semua

Depan Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis Pahang


kredit FB : Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, Kuala Lipis

Jumaat, 5 Februari 2021

Terima Rumah Rakyat Pahang.

 



TERIMA RUMAH RRP, TIDAK PERLU LAGI MENYEWA DAN MENUMPANG

"Saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang khususnya Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Bebar serta semua pihak yang prihatin dengan kehidupan rakyat yang memerlukan. Rezeki (rumah) ini benar-benar kami syukuri," 

Penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Kampung Pulau Keladi, Puan Nurul Suhada Ramli.

Kredit : UKOMP

Khamis, 4 Februari 2021

Bayaran rayuan GKP 2.0 dibuat pada 5 Februari ini



Bayaran bagi permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan dibuat pada 5 Februari 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tempoh permohonan rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember tahun lalu.

"Sukacita dimaklumkan bahawa hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro diluluskan menerima untuk rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan ketika permohonan rayuan dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.





Menurutnya, di bawah pakej rangsangan ekonomi Kita Prihatin, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang juga bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Katanya, GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0 yang diumumkan sebelum ini, lebih 850,000 PKS mikro seluruh negara telah menerima manfaatnya dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM2.55 bilion.

"Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion," katanya.

Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu

SEMAK https://gkp.hasil.gov.my.


Sumber : Metro

Pesara, petugas polis terima bayaran one-off RM500



Bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat mulai Mac hingga November ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata, dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia bersetuju dengan memberi bayaran berkenaan kepada mereka yang layak mengikut statut Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) termasuk mereka yang belum menerima pingat.

Beliau berkata kemas kini maklumat pesara dan bekas polis boleh dibuat

melalui pautan http://epesara@rmp.gov.my.

dan pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti yang disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018, antaranya salinan kad pengenalan awam.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai akan membantu dalam memudahkan urusan kemas kini maklumat dan pengesahan dokumen bagi memudahkan pesara, bekas dan petugas polis di kontinjen dan daerah masing-masing.

"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 'hotline', 03 - 22664011/4012/4013/4014/4015,

manakala Bilik Gerakan e-Pesara PDRM beroperasi pada 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pemberian sekali bayar sebanyak RM500 itu dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Kerajaan bersetuju memberi inisiatif tersebut dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lepas,” katanya. - Bernama

Rabu, 3 Februari 2021

Tokoh yang meninggal dunia bulan Jan 2021- Al Fatihah

 


Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 44

Pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan, di Hospital Yarsi, di sini, pada 8.30 pagi. 14 Jan 2021 (Khamis)

Brig Jen Sharom bin Hashim
Brig Jen Sharom bin Hashim Mantan Asisten Ketua Staf Perisikan telah Kembali Kerahmatullah pada 14 Jan 21 jam 1505. di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Urusan Jenazah akan uruskan oleh pihak Hospital disebab Pandemik Covid.

Tun Dr Mohamed Salleh Abas 92
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia, pada usia 92 tahun, awal pagi tadi jam 3.20, 16 Jan 2021 selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Datuk Jamali Shadat, 78
Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia,di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang pada 8.30 pagi 3 Feb 2021.


Allahyarham Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber 44



AddToAny