responsif teks foto

Rabu, 10 Februari 2021

Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan.



Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan ke Hospital Kerajaan Berpakar bagi Pesara Awam Persekutuan

Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.

Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.

Dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan berkenaan untuk tujuan tuntutan bayaran balik :

1. Borang JPA.BP.UBAT.B04 (boleh didapati di pautan senarai borang laman web Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau klik sahaja di sini -


http://www.jpapencen.gov.my


2. Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar - contohnya surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh utk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara;

3. Dokumen asal 'Slip Kehadiran' semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar;

4. Salinan Kad Pesara;

5. Salinan Kad Pengenalan Pesara;

6. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma);

7. Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam)

Untuk makluman lanjut boleh rujuk laman web

www.jpapencen.gov.my

Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Aras 2, SkyTech Tower 2
MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor

No. tel: 03-8887 8777

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

AddToAny