responsif teks foto

Ahad, 21 Februari 2021

Mohon Rumah Mesra Rakyat



Korang ada tanah sendiri tapi tak tahu nak buat apa boleh mohon skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).RMR ini adalah program bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk golongan berpendapatan rendah (B40) macam nelayan, petani dan keluarga miskin. Cuma, skim ni hanya untuk mereka yang ada tanah tapi tak ada rumah atau tinggal di rumah usang.

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM315 juta (Belanjawan 2021) untuk bina 3,000 unit RMR. Kalau nak tahu, dalam 13 tahun, SPNB berjaya bina 34,709 unit rumah!. Katakan korang layak, admin memang suggest untuk apply. Ni apa patut korang tahu…!
Syarat Permohonan.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tak lebih dari RM5,000
  • Pemohon & pasangan takde rumah sendiri/atau ada rumah usang/tak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan. Kalau pemohon bukan tuan tanah, kena ada kebenaran
  • Keluasan tanah tak kurang daripada 3,600kps (ikut rekabentuk)
  • Depends peruntukan kewangan
NOTA: Kalau korang berumur lebih dari 42 tahun, nak tak nak, kena ada pemohon kedua yang lagi muda. Sama jugak untuk pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau pulak, in case diorang berumur lebih dari 38 tahun, kena ada pemohon kedua.

Apa ciri-ciri program RMR korang kena tahu?

Permohonan online kat laman web SPNB

Permohonan 'On line'

Hanya boleh bina rumah satu tingkat, tiga bilik tidur dan dua bilik air (tak boleh lebih!)

Pihak SPNB akan uruskan & kutip pembayaran pinjaman, korang boleh buat kat kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui sistem JomPay

Dokumen pinjaman dan sekuriti akan diuruskan oleh firma guaman yang berdaftar dengan SPNB

Pelaksanaan projek pulak akan dilakukan oleh Kontraktor G1-G5 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan pembekal utama produk

Caj pengurusan pinjaman sebanyak 2%

Kalau pemohon meninggal dunia dan ada insurans; pinjaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau takde insurans pulak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris akan takeover pembayaran bulanan.

Cuma, pelaksanaan produk ni dijalankan ikut kategori kawasan seperti berikut:

PERKARA

SEMENANJUNG MALAYSIA

PULAU @ SEMENANJUNG MALAYSIA

SABAH/SARAWAK/LABUAN

Kerluasan rumah (tertakhluk pada reka bentuk)

1,000kps

850kps

750kps

Kelulusan tanah

3,600kps

3,400kps

3,200kps

Harga (RM)

75,000

85,000

75,000 - 106,500

Jumlah pinjaman (RM)

55,000

65,000

55,000 - 86,500

Jumlah anggaran ansuran bulanan (RM)

300

352

300 - 471

PERK



Apa cara untuk mohon RMR?

Permohonan RMR boleh dibuat dengan cara-cara berikut: 

Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Laman Web Rumah Mesra Rakyat


Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap
Kata laluan akan dihantar kat pemohon
Guna LoginID (emel) dan kata laluan yang korang dapat untuk buat permohonan RMR
Isi maklumat ke dalam sistem 
Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’
Hantar borang sekali dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Dokumen-dokumen yang perlu  majukan :
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tak milik rumah atau milik rumah usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
  • Surat Pengesahan pendapatan/tak milik rumah/milik rumah usang (kena ada pengesahan dari Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A!)
  • SPNB berhak untuk request dokumen tambahan (ikut keperluan dari semasa ke semasa)


Kena tahu jugak tanggungjawab korang (pemohon) yang tak diuruskan oleh pihak SPNB
INGAT: SPNB hanya bertanggungjawab dalam proses bina rumah je. Hal-hal lain cam sediakan tapak bina, penyambung api & elektrik tu semua pemohon kena uruskan. Kiranya, SPNB hanya tolong hal construction je - bina rumah ikut spesifikasi yang dah ditetapkan.

Senang paham, ni memang tanggungjawab pemohon sendiri - SPNB tak tahu:

  • Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon (yang tak dipersetujui!).
  • Isi & lengkapkan borang permohonan
  • Sediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan (ikut spesifikasi!)
  • Buat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Buat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
  • Kalau korang perlu maklumat ekstra, boleh ke cawangan SPNB terdekat atau contact di:

Hantar ke alamat: Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Call di talian: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)
Hantarkan aduan ke: aduan@spnb.com.my/603-2681 0170


Tiada ulasan:

AddToAny