responsif teks foto

Selasa, 31 Mac 2020

Industri getah dan kelapa sawit bantu penularan Covid-19

cerita dari Lipis Getah

Industri getah dan kelapa sawit di Malaysia kini menjadi tumpuan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia dengan rekod jangkitan virus itu melebihi setengah juta kes.

Ini berikutan Malaysia, merupakan antara pembekal utama untuk barang keperluan perubatan berasaskan dua bahan berkenaan yang menjadi penyelamat kepada dunia. Malah, negara ekonomi terbesar dunia turut memuji produk keluaran Malaysia itu.

Malaysia pengeluar sarung tangan getah dunia

berdasarkan status twitter daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, 65 peratus atau 225 bilion helai sarung tangan yang digunakan oleh barisan saintis, doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan, diimport dari Malaysia.


Meskipun beberapa bulan lepas, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS bertindak menyekat import sarung tangan getah pakai buang keluaran syarikat, WRP Asia Pacific Sdn Bhd (WRP) yang berpusat di Sepang, negara itu kini terpaksa menarik balik sekatan berkenaan pada 23 Mac 2020, berikutan peningkatan permintaan serta kekurangan bekalan susulan penularan wabak COVID-19.
Penghasilan sarung tangan getah oleh WRP hanya mencecah tiga bilion helai manakala keperluan AS terhadap sarung tangan getah adalah sebanyak 170 bilion helai iaitu 32 peratus daripada jumlah permintaan dunia.

Ekoran permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan getah, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) terpaksa memohon kepada pihak kerajaan untuk kelonggaran beroperasi pada kapasiti penuh walaupun di tengah-tengah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Menurut Presiden MARGMA, Dennis Low, pihaknya perlu memastikan bahawa bekalan sarung tangan getah dapat dipenuhi terutama untuk kegunaan kakitangan hospital dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Kebenaran operasi ini dijangka dapat menyumbang kira-kira 225 bilion helai sarung tangan, iaitu kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan keperluan dunia pada tahun ini.

Minyak Sawit berperanan bantu dunia bendung COVID-19

cerita dari lipis Kelapa Sawit

Minyak sawit boleh digunakan sebagai pengganti kepada bahan surfaktan berasaskan petroleum untuk tujuan pembuatan sabun dan pencuci. Hal ini menjadikan bahan itu berperanan dalam membantu dunia membendung wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, minyak sawit bukan sekadar boleh membersihkan tangan dan pakaian tetapi juga membunuh virus COVID-19.

Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit secara putara mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah. Walau bagaimanapun, penganalisis bimbang pengeluaran komoditi itu akan terjejas sekiranya wabak COVID-19 masih berlarutan.

Dalam kita mendepani wabak COVID-19, Malaysia secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam membekalkan barang keperluan perubatan dunia. Kedua-dua industri ini sangat diperlukan dan kita harus menyokong dengan patuh kepada arahan PKP dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19

Sumber: Astro Awani


Sabtu, 28 Mac 2020

Senarai Bantuan Kerajaan untuk Rakyat


Cerita dari Lipis ekonomi

1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3.Bantuan  RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan

5.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada  bulan April 2020

6.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020

7.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.

8.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta #prihatinrakyat

9.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

10.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan

11.TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat. Diskaun 50 peratus kepada penggunaan bawah 200 kilowatt sebulan; 25 peratus antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi 301 hingga 600 kilowatt

12.Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat


Jumaat, 27 Mac 2020

Tempahan barang keperluan di Pasaraya TF



Berikutan Arahan Kawalan Pergerakan ekoran penularan Wabak Covid-19 yang melanda negara

1.Pihak Pasaraya TF Value-Mart Kuala Lipis mengambil inisiatif untuk mengambil pesanan pembelian melalui  aplikasi WhatsApp bagi memudahkan serta mengurangkan risiko pelanggan yang berada terlalu lama di premis bagi mencari barang keperluan.

2.Pesanan boleh dibuat dengan Petugas Online kami sekurang- kurangnya 1 Jam awal sebelum pengambilan barang. Jika barangan telah siap, kami akan maklumkan.

3.Belian minimum adalah Rm100.

4.Anda hanya datang dan membuat pembayaran di kaunter cashier sahaja

5.Tempahan hanya dibuat melalui Aplikasi WhatsApp sahaja

6.Waktu Tempahan adalah seperti bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Hubungi kami di nombor
01133326152

Harap Maklum


Rabu, 25 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan



Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Katanya, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

"Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

"(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang.

“Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.

Isnin, 23 Mac 2020

Sidang Media PM melibatkan Covid-19



Sidang media PM hari ini :

Inisiatif kerajaan terbaru yang telah diputuskan :

1. Kemudahan pengeluaran KWSP , bawah 55 boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM 500 sebulan, selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
.
2. Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta kepada kementerian kesihatan.
Peruntukan 100 juta untuk KKM melantik 2000 Kakitangan baru secara kontrak.
.
3. Menyalurkan peruntukan 130 juta ringgit kepada negeri2 untuk membantu peniaga dan penjaja kecil, bantuan kepada ahli keluarga pesakit Dan petugas2 kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri.
.
4. Menyediakan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan kepada peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman.

Ahad, 22 Mac 2020

Perintah Larangan Untuk Kedai


Memandangkan daerah Lipis terdapat seorang positis COVID 19. Arahan perintah larangan untuk semua kedai,semua kedai 24 jam diarahkan tutup mulai 7 petang sehingga 7 pagi telah dikuatkuasa.Oleh itu semua KPB daerah Lipis hendaklah memberikan nasihat dan makluman kepada semua pemilik kedai utk mematuhi arahan ini.Satu notis akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Lipis untuk pemakluman ini kepada semua pemilik yang terlibat.

Khamis, 19 Mac 2020

Simptom-Simptom awal Covid -19


Garis Masa Jangkitan Convid-19
Tempoh inkubasi (masa yang diambil untuk gejala pertama untuk menunjukkan dirinya selepas seseorang yang dijangkiti virus) untuk Novel Coronavirus ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari. Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut. Berikut adalah simptom 2019 Novel 

Coronavirus:

Demam - Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dengan virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi.

Batuk - Seperti virus pernafasan lain seperti virus influenza, pesakit dengan 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan.

Sesak nafas - Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak boleh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yang perlu diberi perhatian untuk orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019.

Sakit Badan - Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza.

Sakit Tekak - Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019.

Sakit Kepala - Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia boleh berlaku.

Dr Ramzdhan


Tiga Langkah mudah untuk mencegah COVID-19 

 1. Duduk di rumah

2. Kerap basuh tangan & jaga kebersihan diri

3. Kekal jarak 1 meter antara individu



Langkah pencegahan yang dibuat di China

Cara yang telah dibuat di China oleh mereka yang kena kawalan pergerakan/lockdown.

Kalau yang keluar beli makanan di pasaraya tatacara yg betul adalah

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak-rak pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa  tidak sebar virus, virus pun tidak boleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.

Langkah selepas balik dari membeli makanan.

1. Jangan disambut oleh ahli keluarga terutama anak-anak  Elakan dari terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk ke dalam toilet, buka semua pakaian dan masukan dalam beg plastik untuk dicuci terus.

3. Baru buka mask dan sarung tangan,  terus buangkan dalam plastik khas. Jangan buang dalam tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa-sisa  makanan dalam tong sampah

4. Mandi dan cuci dengan sabun, detol.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Barang-barang yang dibeli, jangan terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yang dibeli, boleh mati selepas 8 jam.

Jika beli makanan siap masak.

1. Pastikan kedai yang bersih
2. Pastikan tiada crowd yang ramai menunggu
3. Beli dan terus balik.
4. Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti di atas tadi. Makanan  siap masak yang dibeli boleh terus dihidangkan. Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah.

Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif.




kenapa kita perlu kuarantinkan diri kita selama 14 hari ?

AddToAny