Cerita dari Lipis
Isnin, 6 Mei 2013
Sabtu, 20 April 2013
Hari Penaman Calon Lipis PRU-13
![]() |
| Calon dari Barisan Nasional |
![]() |
| Calon dari Pakatan Rakyat dan Bebas |
Pic Nostalgia : Penamaan Calon Lipis PRU
![]() |
| Dato' Omar Osman, Dato Amiramzah |
Senarai Ahli Parlimen Lipis Sejak PRU Pertama:
PRU1 (1959) Tuan Mohamed Sulong Bin Mohd. Ali (Perikatan)
PRU2 (1964) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU3 (1969) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU4 (1974) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU5 (1978) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU6 (1982) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU7 (1986) Encik Wang Choon Wing (BN)
PRU8 (1990) Dato' Chan Kong Chong (BN)
PRU9 (1995) Dato Haji Abu Dahari Bin Osman (BN)
PRU10 (1999) Tuan Haji Amihamzah Bin Ahmad (BN)
PRU11 (2004) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU12 (2008) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU13 (2013) Anda tentukannya 5 Mei 2013
PRU2 (1964) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU3 (1969) Tuan Abdul Razak Bin Haji Hussin (Perikatan)
PRU4 (1974) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU5 (1978) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU6 (1982) Tan Sri Haji Muhammad Ghazali Bin Shafie (BN)
PRU7 (1986) Encik Wang Choon Wing (BN)
PRU8 (1990) Dato' Chan Kong Chong (BN)
PRU9 (1995) Dato Haji Abu Dahari Bin Osman (BN)
PRU10 (1999) Tuan Haji Amihamzah Bin Ahmad (BN)
PRU11 (2004) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU12 (2008) Dr. Muhamad Shahrum Bin Osman (BN)
PRU13 (2013) Anda tentukannya 5 Mei 2013
Mungkinkah sejarah bakal dicipta pada PRU13 ini nanti, apabila parlimen lipis tidak dapat kepada BN setelah memilikinya sejak PRU1 lagi. Ataupun calon wanita menjadi pilihan pengundi kali ini? Sama-sama kita nantikan jawapannya.
Bandingan keputusan PRU lepas
Keputusan
PRU 2004
(1) UMNO (BN) - 13,870 (67.12%)
(2) PAS - 6,246 (30.25%)
(3) Undi
Rosak - 528 (2.55%)
(4) Jumlah
Keluar Mengundi - 20,644 (73.51%)
(5) Majoriti - 7,624
Keputusan PRU 2008
(1) UMNO (BN) - 12,611(58.3%)
(2) PAS - 8,474(39.2%)
(3) Undi Rosak - 561(2.5%)
(4) Jumlah
Keluar Mengundi - 76.55 %
(5) Majoriti - 4,137
Keputusan PRU 2004 berbanding PRU
2008, BN Kehilangan 1,259 manakala PAS
meningkat 2,228 undi, ini menyebabkan BN merosot majoriti 2008 berbanding 2004.
Bolehkah kita katakan 1,259 telah pergi kepada PAS. Sama-sama kita tunggu 5 Mei
ini sama ada undi PAS meningkat atau sebaliknya. Atau BN berjaya mengekalkan
kemenangan seperti PRU 2004 berkat usaha Dato’ Najib atau usaha akar umbi.
Selasa, 16 April 2013
Calon Wakil Rakyat Lipis PRU-13
P79
LIPIS
Datuk
Abdul Rahman bin Mohamad (UMNO-BN)
Aishato Abu Bakar (BEBAS)
VS
![]() |
| Datuk Abdul Rahman bin Mohamad |
Penyandang Datuk Mohamad Shahrum majoriti 4,137
VSAishato Abu Bakar (BEBAS)
VS
Mohd Mahyuddin bin Ghazali@Razali (PAS)
![]() |
| Ustaz Mahyuddin Lebai Ghazali |
N3 PADANG TENGKU
Penyandang Datuk Abdul Rahman Mohamad(UMNO-BN) majoriti 1,188
VS
N4 CHEKA
VS
N5 BENTA
VS
P 78 CAMERON HIGHLAND
N2 JELAI
VS
Tuan Hj. Abdul Karim bin Noor (PAS)
![]() |
| Hj Abdul Karim bin Noor |
Isnin, 1 April 2013
Berkelah di Pulau Chekas
Terletak lebih kurang 40 km dari Bandar Lipis, 31 km dari Bandar Raub dan hanya beberapa kilometer dari Kampung Tradisional Pamah Kulat, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan kampung berturap hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai atau dikenali sebagai pulau. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu sesuai untuk kanak-kanak bermain. Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah diempangkan.
Selasa, 26 Mac 2013
Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah
![]() |
| Allahyarham Dr.Uthman El-Muhammady |
Seorang lagi tokoh yang kita kagumi yang juga
pakar dalam bidang pemikiran Islam, Dr. Uthman El-Muhammady meninggal dunia
kira-kira pukul 7.30 malam tadi di kediamannya di kediamannya di ISTAC, Taman Duta
Menurut anaknya, Ahmad
El-Muhammady, 35, bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit jantung yang
dihidapi sejak hampir setahun lalu.
Beliau berkata, bapanya sedang
membaca di bilik bacaan sebelum ibunya menyedari Allahyarham tidak menunjukkan
tindak balas ketika sedang berehat.
.
Di antara penulisannya yang telah
dihasilkan beliau ialah:
·
“Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan
huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
·
“Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis
Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
·
“Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu,
edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
·
“Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu,
Kelantan, 1977.
·
“Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam
Kelantan, 1987.
·
“Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun
1989 di Kuala Lumpur.
– AL FATIHAH
Label:
Agama
Sabtu, 23 Mac 2013
Murah !!!!! Baju Karung Serbaguna
![]() |
| NO 1 dan NO 2 |
![]() |
| NO 3, NO 4, NO 5 |
![]() |
| di hantar melalui POS EKSPRES |
Baju karung serbaguna ini boleh digunakan untuk menyimpan barang keperluan harian seperti stokin, seluar dalam, beg plastik yang banyak apabila balik dari supermarket dan lain-lain lagi kegunaan. Harga sangat murah RM 15.00 termasuk belanja Pos Exspres. Siapa yang berminat boleh telefon 012 6030804 SMS ALAMAT anda dan 'bank in' ke Maybank 156114151358 atas nama zulkarnain.
Cara mengunakan
Isnin, 18 Mac 2013
Padang Tengku
![]() |
| Pekan Padang Tengku |
Majlis pelancaran Bas henti-henti
(Sri Jengka) di Dun Padang Tengku akan diadakan pada 19 Mac 2013 jam 11.00 pagi
bertempat di Perhentian Bas Lama Padang Tengku/ jam 1.30 tengah hari dan Majlis
Pemimpin bersama Rakyat pula diadakan di
Tapak Pekan sehari Kampung Pagar Sasak seterusnya
2.30 petang Majlis tersebut diadakan pula
di Kampung Relong, majlis ini di
sempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan b. Hj Yaakob Menteri Besar
Pahang.
Label:
lipis
Langgan:
Catatan (Atom)

















.jpg)







