Jumaat, 16 April 2010

Pengasas Askar Wataniah: Dato' Yeop Mahidin


KOLONEL DATO' YEOP MAHIDIN BIN MOHAMED SHAFIFF
Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff, Pengarah Askar Wataniah yang pertama, telah dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau adalah anak kepada seorang Pegawai Kastam. Mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937. Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan. Beliau pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori `Bantam Weight'. Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran `Batsman of the year'.
Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan. Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima untuk memasuki `Malay College'. Semasa di Malay College, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi majistret di Telok Anson (sekarang Teluk Intan) dan pada tahun 1939, di Kajang. Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh `Whitehall' untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).
Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang. `Force 136' di bawah pimpinan Mejar Richardson telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut. Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato' Yoep yang lebih dikenali sebagai `Singa'. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato' Yoep ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yoep selaku ketua pasukan tersebut.
Pada tahun 1950, pasukan `Home Guard' telah ditubuhkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Tujuan utama penubuhan Home Guard adalah untuk membantu pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman komunis. Pada tahun 1958, pasukan tersebut dibubarkan dan Dato' Yoep telah dilantik sebagai `Chief Food Denial Officer' di Perak. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan menggantikan Home Guard, Dato' Yoep telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama dengan pangkat Kolonel. Disamping itu, beliau juga adalah Pengerusi Tinju dan Bolasepak Angkatan Tentera semasa itu.
Dalam bulan Nov 1963, Dato' Yoep telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.
KOMEN
Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.

Dipetik dari Profil III Tentera Darat Malaysia bertarikh 24 Jul 1995.

9 ulasan:

Perentas masa berkata...

kisah force 136 dan penglibatan orang lipis dan raub ada diceritakan dalam buku pahang meniti zaman
dalam buku itu dicatitkan siapa yang terlibat dan kg asal mereka

zaini berkata...

"saya cuba cari buku tersebut..."

Perentas masa berkata...

kalau x jumpa boleh minta tolong dengan "tuan punya al lanari blogspot" pengembara silam kalau x silap dia ada satu naskah

Tanpa Nama berkata...

There's a great chapter of this man in "War of the Running Dogs" by Noel Barber.
This book can still be found at local bookstores. Great book about how the CT's were outfoxed and defeated. Dato Yeop IS a hero during the terrible years of the Emergency. Will always be remembered for his services to Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

orang lambor mati terpacak kate deme

Zahirul berkata...

Alhamdulillah & Thanks a lot for publishing this article on my late uncle, the legendary fighter who hailed from Kg Lambor Kiri, Parit Perak but made his mark and name in the state of Pahang during the Second World War and during the Insurgency period. May Allah bless his souls and put him in the rank of the pious people.Amin

Zahirul Kamaruzzaman berkata...

Aswb ...Bro..u can always find a book authored by Capt Philip Chapman, " The Jungle is Neutral".

Rizal Aminuddin berkata...

Al-Fatihah utk Tok Yeop...

Rizal Aminuddin berkata...

Al-Fatihah utk Tok Yeop...