responsif teks foto

Ahad, 18 April 2010

Tun Ghazali Shafie



Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922 merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang.

Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk, merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Tun Ghazali juga pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Allahyarham turut bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukun Negara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.

Dari 1993-1995 Allahyarham menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Bekas Menteri Dalam Negeri ini meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira jam 7.45 malam pada 24 Jan 2010.

KOMEN

Beliau merupakan ahli Suruhanjaya Cobbold untuk pembentukan Malaysia 17 Jan 1962
dan seorang yang merangka tapak keselamatan negara, Jasanya kepada negara tidak dapat dilupakan.

4 ulasan:

desa abu hassan berkata...

antara wira bangsa yang berjaya kepada negara..

Nan Zul berkata...

"tak salah saya, saya terbaca sebuah buku. Tun Razak mahu kan beliau menjadi timbalannya tapi di tentang keras oleh KU LI..."

Tanpa Nama berkata...

saya rasa berlaku zaman tun hussein
dimana beliau mahu melantik king ghaz sebagai timbalan
tetapi ditentang oleh tun m,dir,tun ghafar da Ku li dimana ketiga-tiga naib presiden ini meminta tun hussein
memilih salah seorng dari mereka kerana mereka naib presiden sedangkan king ghaz hanya MT..kalu salah perbetulkan info ini

Perentas masa berkata...

antara sejarah politik membabitkan beliau dan orang lipis khasnya ialah pertembungan pemilihan umno bahagian lipis sekitar tahun 1980an beliau akhirnya menjadi mangsa pergolakan politik daerah lipis.
walaupun dia sudah tiada masih ada org menulis dlm akhbar menggelarkannya "ghulam"

AddToAny