Sabtu, 1 Mei 2010

Kes Datuk Mazlan Idris 1993 vs Mona Fandey 2001


Kes - Mona Fandey


Datuk Mazlan (baju biru lengan panjang) bersama warga Felda Tersang Raub.

Masihkah anda ingat Maznah binti Ismail berasal dari Perlis. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang ketika kesnya dibicarakan pada 1994, dia turut memperkenalkan dirinya sebagai Mona Fandey.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa dia seorang artis, ahli perniagaan dan bomoh serta bekas ketua cawangan sebuah parti politik. Gaya dia memberi keterangan memang cukup dramatik - ada kala serius, menangis dan ketawa. Artis ini miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan Thailand. Fuh…!!! kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini. Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada1990.

Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa wagon.

Dalam kes ini beliau bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.

Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jamaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak.
Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.

Berbagai cerita misteri dan aneh telah berlaku semasa kes perbicaraan tersebut. Nak percaya atau tidak itu hakikatnya. Tapi yang lebih penting peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita supaya jauhi unsur-unsur yang merosakan akidah dan perbuatan kejam yang mana akan memusnah diri kita.


Mona dalam rancangan TV3

Rujuk:
Cakap net





4 ulasan:

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum,

Mona Fendy juga terkenal sebagai bomoh orang-orang ternama, yang menerima bayaran yang lumayan diatas perkhidmatannya menaikkan individu-individu terlibat.

Wallahhualam

zaini berkata...

"jangan lah jadi bomoh seperti nya..." sy ada kawan kat tersang yang nyaris menjadi pengikutnya.

Perentas masa berkata...

antara kisah yg mengemparkan malaysia suatu ketika dahulu

baginda® berkata...

mak sedara roswah kate roswah saorang bomoh... haha