Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Ahad, 23 Mei 2010
Perbankan Internet yang selamat
"duit bukan segala-segalanya tapi segala-segalanya memerlukan duit..."
Ramai pengguna bimbang tentang keselamatan maklumat dan transaksi melalui Internet. Bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan Internet, termasuk bank, berbagai-bagai usaha secara berterusan dijalankan untuk memastikan internet adalah saluran yang selamat untuk digunakan. Bagaimanapun risikonya tetap wujud. Pastikan yang anda sentiasa membuat cetakan bagi setiap transaksi di Internet. Ini membolehkan anda membuat penyemakan semula sekiranya berlaku sebarang percanggahan, terutamanya atas baki akaun dan penyata akaun yang dihantar oleh bank. Cetakan tersebut juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi anda dan pegawai bank sekiranya anda ingin mengesan sebarang keraguan atas sesuatu transaksi. Pada keseluruhannya, perbankan Internet boleh menawarkan urus niaga yang selamat sekiranya anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi seperti berikut:
a. Jangan dedahkan ID Daftar Masuk, kata laluan atau nombor PIN anda.
b. Selalu tukar kata laluan atau nombor PIN anda.
c. Elak daripada menyimpan ID Daftar Masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalam komputer.
d. Pastikan anda melayari laman web yang betul.
f. Pastikan anda melayari laman web yang selamat dengan menyemak “Universal Resource Locators” (URL) untuk memastikan URL bermula dengan “https” dan memastikan imej ibukunci tertutup terdapat pada bar status pelayar web.
g. Sering semak butir-butir sejarah transaksi dan penyata yang dihantar oleh bank.
h. Jangan tinggalkan komputer sekiranya anda masih mengakses perbankan Internet.
i Sentiasa melog keluar sebaik sahaja anda selesai melaksanakan transaksi dan
memadamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas melog keluar dari laman web.
j. Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang “firewall” terkini dan program penentang virus yang bereputasi. Pastikan perisian antivirus dan“firewall” anda sentiasa dikemaskinikan agar lebih berkesan.
k. Elak daripada memuat turun perisian atau fail dari laman web yang kurang diketahui atau memasuki hiperpautan yang dihantar oleh mereka yang tidak dikenali.
l. Jangan sekali-kali menghantar maklumat peribadi, terutamanya kata laluan atau nombor PIN anda melalui e-mel biasa.
m. Elakkan daripada menggunakan komputer yang dikongsi atau milik awam untuk
mengendalikan transaksi perbankan Internet anda.
n. Jangan biarkan tetingkap pelayar lain terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian
o. Pastikan agar anda menyahaktifkan ciri-ciri ‘perkongsian fail dan pencetak’ dalam sistempengendalian anda.
p. Adalah perkara biasa sekiranya anda membuat kesilapan semasa menjalankan sesuatu transaksi.Jika ini berlaku, segera hubungi perkhidmatan pelanggan bank tersebut dan berikan butir-butirterperinci berkaitan transaksi atau masalah yang dihadapi. Bank biasanya mempunyai rekod semua transaksi yang anda jalankan dan mereka sedia membantu untuk mengatasi masalah
tersebut.
KOMEN
Saya menyentuh tajuk Perbankan Internet kali ini kerana pada bulan lepas kawan saya ingin mengeluarkan wang gajinya terkejut apabila akaun banknya kosong, dari siasatan bank wang tersebut telah ditransfer ke Indonesia. Kes begini bank tidak akan bertangungjawab disebabkan kecuaian penguna.
Keterangan Lanjut Sila Dapat E-Book ‘Celik Wang’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan