Isnin, 3 Mei 2010

Perjalanan yang tidak direstu



Selepas Parti Komunis Malaya (PKM) kalah perang 1968, Chen Peng telah mengarahkan mereka menyusup masuk dari Selatan Thai menuju ke Perak untuk menghidupkan kembali perjuangan kedua mereka. Mereka percaya masih ramai lagi menyokong di Semenanjung yang masih setia dan menyokong perjuangan komunis.

PKM telah menubuhkan pasukan gelira di Selatan Thai. gerila Komunis ini dikenali sebagai Ekspedisi Selatan dengan kekuatan 37 anggota,18 dari platun ke-5 dan 19 lagi anggota campuran dari beberapa platun lain dalam Rejimen ke-12 yang dipimpin oleh seorang Ahli Jawatankuasa Pusat bernama Cheng Chor. Pasukan ini telah diraikan oleh pemimpin Rejimen ke-12 dan anggota lain sebelum memulakan perjalanan melintasi sempadan.

Tujuan mereka bukan untuk berperang tetapi untuk menyediakan ‘food dump’ untuk menyimpan makanan bagi kegunaan masa hadapan, serta menubuhkan ‘pocket points’ bagi pergerakan gerila komunis dilaksanakan tanpa halangan. Ekspedisi Selatan dianggap sebagai kumpulan hadapan untuk peperangan gerila akan datang .

Pada 16 Mei 1971 ekspedisi ini memulakan perjalanan dari hutan Betung di Selatan Thai merentas Banjaran Titiwangsa dengan lapisan gunung ganang, menyeberangi sungai yang penuh mencabar. Mereka berjalan selama 7 jam sehari dan akhirnya sampai ke di hulu Sungai Perak setelah berehat selama beberapa hari dalam hutan tebal, mereka meneruskan perjalanan ke selatan selama 20 hari lagi dan akhirnya sampai di Ayer Kala.

Destinasi pertama ini mereka mendirikan kem sementara dalam hutan Ayer Kala dan mula mencari bekalan makanan. Mereka mendapat banyak bekalan dari penyokong bawah tanah yang menyokong pergerakan PKM. Selama sebulan berada di Ayer Kala mereka berjaya membuat beberapa ‘food dump’. Selepas itu kumpulan ini berpecah dua 29 anggota diketuai Cheong Chor meneruskan perjalanan ke selatan menuju pekan Sungai Siput, baki lapan orang tinggal di Ayer Kala.

Pekan Sungai Siput pada masa itu diletak di bawah perintah berkurung dan pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi mencari penganas Komunis. Cheong Chor hanya sempat bertemu dengan tiga anggota baru dari kumpulan bawah tanah dan mereka menyertai kumpulan ekspedisi selatan. Mereka seterus membina kem sementara di Tanah Hitam pada bulan Mei 1971 dan mendapat 19 anggota baru mereka juga mula mendapat banyak ‘food dump’ tetapi pada bulan Jun mereka diserang oleh pasukan keselamatan dan telah mula berlaku pertempuran di mana beberapa anggota ekspedisi selatan mula terkorban. Dalam setiap pertempuran mereka digegarkan dengan tembakan meriam yang sungguh mengerunkan mereka khas rekrut baru.

Bulan Jun merupakan bulan malang bagi kumpulan Eksedisi Selatan kerana teruk diserang dan dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka terpaksa berpindah randah dan sentiasa dalam ketakutan kerana sering dihujan oleh tembakan meriam yang tidak diketahui arah datangnya

Bekalan makanan semakin berkurangan mereka terpaksa memakan tumbuhan liar dari hutan dan meminum air yang tidak dimasak. Mereka juga kekurangan air kerana semua sungai yang menjadi sumber air telah dikawal oleh pasukan keselamatan

Akhirnya, kerana kesengsaraan hidup, kebuluran dan ketakutan kerana serangan pasukan keselamatan, ramai rekrut baru hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKM, beberapa rekrut baru melarikan diri dari kem sesetengah berjaya ditangkap oleh Cheong Chong mereka dihukum bunuh ini menyebabkan ramai anggota mereka berada dalam keadaan dilemma dan ketakutan.

Setelah berada di Negeri Perak selama 8 bulan pada mulanya matlamat membina ‘food dump’ telah berjaya tetapi misi keseluruhan mereka gagal beberapa anggota telah terkorban, ramai rekrut telah dibunuh kerana melarikan diri dan moral anggota merudum sesetengahnya hampir kebururan.

Rujuk : BTDM

3 ulasan:

Perentas masa berkata...

saya pernah merasai pengalaman tinggal di kawasan hitam di kampung kelahiran dalam daerah lipis
segala urusan membabitkan pembelian barangan melalui kawasan hutan tebal memerlukan permit khas

zaini berkata...

"Semasa saya kecil dahulu perjalanan dari Raub ke Felda Sungai Koyan menempuh 5 sekatan jalanraya oleh pasukan keselamatan dan pada maktu malam pula jalan tersebut ditutup kerana perintah berkurung...." anak-anak sekarang tidak merasa itu semua.

Perentas masa berkata...

selepas perjanjian hadyai 1989 baru sekatan2 tersebut ditamatkan memang betul generasi sekarang tidak merasainya