Ahad, 25 Mac 2012

Berapa Bajet Perkahwinan Anda...?

Raja Sehari
Merancang bajet perkahwinan merupakan perkara paling utama yang perlu disempurnakan bagi memastikan perjalanan majlis, baik sebelum mahupun selepas berjalanan dengan baik. Tanpa perancangan yang rapi, tidak mustahil akan berlaku keciciran dan akhirnya memberi akibat buruk terhadap kewangan anda. Jangan ambil mudah soal perancangan kewangan kerana ia melibatkan masa depan anda berdua. Dalam soal membina ikatan perkahwinan, ramai pasangan muda terutamanya, kurang mengambil berat soal kewangan selepas berkahwin. Mereka seolah-olah terlalu alpa mengejar majlis yang meriah dan gembilang tanpa menyedari perbuatan tersebut akan menjerat kehidupan mereka kelak. Demi tampak gah di mata orang, golongan ini sanggup berhutang dan berbelanja tanpa kawalan. Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan berkeluarga. Bagi memastikan ekonomi anda berdua terus kekal, stabil, seeloknyan rancangan bajet perkahwinan anda dengan bijak. Tidak salah untuk melansungkan sebuah perkahwinan berdasarkan impian, namun biarlah ia berpadanan dengan kemampuan anda. Berapa bajet yang bakal dikeluarkan? Bagaimana untuk merancang kesempurnaan majlis mengikut bajet…? Dimana untuk mendapat perkidmatan perkahwinan yang bersesuaian dengan bajet..? Jawapan ini hanya anda sahaja yang boleh menjawabnya. Apa yang penting, anda harus berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan perkahwinan, gunakan jadual di muat turun di bawah dengan menyenaraikan berapakah bajet anda bagi setiap perkara yang disenaraikan. Kemudian, gunakan panduan tersebut ketika berbelanja. Dengan cara ini anda boleh mengenalpasti kos perbelanjaan yang berlebihan, sekali gus meyelamatkan anda daripada terus leka berbelanja. Belanja Kahwin

Tiada ulasan: