Ahad, 1 April 2012

Pasukan Yang Tak Didendang


Buku Wira Tak Didendang.

Dalam buku Wira Tak Didendang dua individu yang memain peranan penting berusaha untuk mengadakan perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya(PKM)1989. Individu tersebut adalah Pengarah Cawangan Khas Dato’ Rahim Noor dan Timbalan Pengarah Cawangan Khs SAC II Yau Kong Yew.

Rahim Noor telah mengambil alih jawatan Pengarah Cawangan Khas pada Feb 1986 setelah menghadiri kursus Keselamatan dan Pertahanan di Royal College of Defence Studies London selama setahun. Beliau cukup memahami pergerakan dan cita-cita komunis antarabangsa.  SAC II Yau Kong Yew pula berpengalaman sebagai Pegawai Soal siasat Komunis sejak zaman British lagi. Mereka inilah yang berusaha berjumpa dengan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir untuk meminta restu dan meminta pandangan Tunku Abd Rahman yang sebelum ini pernah mengadakan rundingan 1955 dengan Komunis.

Umum tidak mengetahui selain dari usaha pegawai kanan polis tersebut ada sebuah pasukan atau cawangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memain peranan penting melumpuh secara taktikal penganas komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya  Malaysia.  Pasukan tersebut ditubuhkan pada zaman British yang dikenali sebagai `British Special Military Intelligence Service’ yang telah ditukar kepada` Military Staff Special Branch (MSSB).
Anggota ATCK sedang menyiasat seorang lelaki yang disyaki anggota PKM
Pada  1 Oktober 1962, `Military Staff Special Branch (MSSB) telah bertukar nama menjadi Anggota Tentera Cawangan Khas atau ringkasnya ATCK.  Cawangan ini masih kekal beroperasi di bawah Cawangan Khas Polis Diraja Persekutuan.    Tanggungjawab ATCK bertambah bilamana tertubuhnya Malaysia di mana mereka dikehendaki mengawasi ancaman yang dilancarkan ke atas Sabah dan Sarawak oleh kegiatan pengganas komunis,  ancaman luar iaitu dari Filipina dan Indonesia ketika konfrontasi. 

ATCK telah berjaya dalam melaksanakan operasi taktikalnya hingga mendapat pujian dari pihak Kerajaan. Contoh beberapa operasi yang  berjaya:

1 Ogos 1972, menyaksikan pertempuran di Gunung Pueh, Sarawak dimana Sjn Hashim telah terkorban dan seorang PGK telah dibunuh.
8 September 1972, satu serang hendap dilakukan dikawasan Lundu, Sarawak dan pasukan ini telah berjaya membunuh seorang PGK.
1 Mac 1973   Perjumpaan tempat simpanan makanan dan senjata PGK di kawasan Hutan Grik, Perak.
30 November 1974 Semasa di dalam kedudukan serang hendap, telah berjaya membunuh seorang PGK di Sungai Pelok, Karak, Pahang.
9 Disember 1974 Pertempuran dan berjaya membunuh 2 PGK dikawasan Hutan Karak, Pahang.
1 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan PGK di kawasan Lasah, Perak.
4 Jun 1975 Kejayaan membongkar tempat simpanan senjata PGK dikawasan Grik, Perak.
5 Jun 1976Kejayaan membunuh 2 PGK di Sungai Cetang, Raub, Pahang.
19 September 1975            -           Kejayaan membunuh 3 PGK setelah melancarkan satu serang hendap dikawasan hutan Kulim, Kedah.
18 Ogos 1976 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Grik, Perak.
6 September 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran di kawasan Teras, Pahang.
18 Oktober 1976 Kejayaan membunuh 2 PGK dan menawan seorang PGK setelah diaturgerak 1 tim serang hendap dikawasan Sungai Tawar, Perak.
27 Disember 1976Kejayaan membongkar tempat simpanan makanan di Tanah Hitam, Perak.
5 Jun 1977 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah satu tim serang hendap diaturgerak dikawasan Jelapang, Perak.
8 Sep 1979 Kejayaan membunuh 2 PGK dalam satu serang hendap dikawasan Kalumpang, Selangor.
8 Oktober 1979 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Rasa, Selangor dan Tpr Salleh telah terkorban.
19  Mac 1981Kejayaan membongkar tempat penyembunyian senjata PGK dikawasan Gua Chandu, Selangor.
26 Januari 1983 Kejayaan membunuh 2 PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan Lkpl Saimon Tarikat (SP) telah terkorban.
12 Disember 1983 Kejayaan membunuh seorang PGK setelah berlaku pertempuran dikawasan Kerling, Selangor.
16 Jun 1987 Kejayaan membunuh 2 PGK Utara Pekan Serendah
Memusnah 'food dum'
Bukan senang untuk menjayakan operasi tersebut, pada masa rakyat Malaysia sedang tidur lena dibuai mimpi mereka tidur dalam kawasan ‘ambush’ yang belum tentu menjamin mereka akan pulang besoknya. Pada masa rakyat Malaysia sedang masuk kerja pukul 8.00 pagi mereka memasuki kawasan operasi  pukul 3.00 pagi. Itulah operasi taktikal yang mengerunkan penganas Komunis pada masa itu.

Setelah berusaha panjang sama ada secara diplomasi atau secara taktikal satu upacara menandatangani perjanjian damai antara PKM, Kerajaan Thai dan Kerajaan Malaysia telah diadakan di Hotel Lee Gardens Haadyai pada 2 Dissember 1989.

Pada sidang akhbar selepas perjanjian damai tersebut Ketua Polis Negara Tan Sri Hanif Omar bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Hashim Md Ali berkata “Kita sudah menang moral, tentera tidak terjejas kerana perjanjian itu. Ia tidak akan merendah moral tentera tetapi meningkatkan moral kerana kita sudah menang. Kita mahu perdamaian dan kita dapat perdamaian..” kata Hanif.

Rujuk:
Wira tak didendang 2006
Sejarah Kor Risik Diraja

Reunion Ex ATCK pada 21 Okt 2017
Lebih 300 bekas anggota dan keluarga Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK) bertemu semula di sini semalam setelah masing-masing menamatkan perkhidmatan beberapa dekad lalu.
 Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Mohd Salleh Ismail yang merupakan bekas ketua ATCK berkata majlis perjumpaan semula itu pertama kali diadakan sejak ATCK ditubuhkan pada 1962.
 "Ada yang sudah berusia 78 tahun - mereka mempunyai pengalaman yang begitu lama dalam bidang itu (risikan) semasa berbakti kepada negara," katanya kepada pemberita pada majlis itu di sini, malam tadi. Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
 Mohd Salleh yang juga bekas ketua pengarah Perisikan Pertahanan berkata kemudahan media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook menjadi platform bagi semua bekas anggota ATCK berhubung semula sekaligus mengadakan pertemuan itu. - Bernama

Tiada ulasan: