Sabtu, 2 September 2017

Rohingya


Setakat aku meneliti  jurnal tentang isu Rohingya, aku tidak menjumpai pun sebab Rohingya dihalau dari Myanmar adalah faktor kedegilan mereka menerima dasar asimilasi Kerajaan Myanmar.

Yang ditemui ialah sebab Rohingya diusir dan ditindas kerana berlaku banyak pindaan perlembagaan Myanmar sejak tahun 1864, yang secara jelas tidak memberikan ruang kepada Rohingya hak untuk menjadi rakyat Myanmar (Burma). Tahun penggubalan tersebut merangkumi;

1. Akta Warga Asing  1864
2. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982
3. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948
4. Perlembagaan 1974 merangkumi Akta Imigresen 1974

Kesan kepada penggubalan undang-undang tersebut telah menyebabkan berlaku operasi pembersihan etnik secara besar-besaran. Termasuklah mengusir, membunuh, merogol dan memusnahkan masjid. Antara operasi tersebut seperti berikut:

1. Operasi tentera (Rejimen Burma 5), November 1948.
2. Operation of Burma Territorial Force (BTF), 1949-1950.
3. Operasi Tentera (Rejimen Kecemasan Chin 2), Mac 1951-1952.
4. Operasi Mayu, October 1952-1953.
5. Operasi Mone-Thone, October 1954.
6. Operasi Gabungan Tentera dan Imigresen, Januari 1955.
7. Operasi Kesatuan Polis Tentera (UMP), 1955-1958.
8. Operasi Kapten Htin Kyaw, 1959.
9. Operasi Shwe Kyi, October 1966.
10. Operasi Kyi Gan, October-Disember 1966.
11. Operasi Ngazinka, 1967-1969.
12. Operasi Myat Mon February 1969-1971.
13. Operasi Major Aung Than, 1973
14. Operasi Sabe, 1973.
15. Operasi Naga-Min (King Dragon), 1978-1979.
16. Operasi Shwe Hintha, Ogos 1978-1980.
17. Operasi Galone, 1979.
18. Operasi Pyi Thaya, Julai 1991-1992.
19. Operasi Na-Sa-Ka, 1992.

Kesemua operasi dalam tahun berbeza ini telah membunuh puluhan ribu suku Rohingya terutama wanita dan kanak-kanak. Manakala ratusan ribu menjadi pelarian.

Sejak 1948 iaitu berpuluh tahun mereka dibantai hingga sekarang, di mana rasional dan signifikannya sebab pembantaian didorong oleh faktor Rohingya 'menolak asimilasi'? Jelas ia pembunuhan dan pengusiran terancang. Saya pelik mana sumber menyatakan Rohingya menolak dasar kerajaan Myanmar sebagai faktor pengusiran etnik? Adakah sumber itu diperoleh daripada pihak Junta? Seriously?

Malah bukan Rohingya sahaja menjadi pelarian yang datang ke Malaysia. Menurut rekod UNHCR 2015, antara etnik Myanmar yang menjadi pelarian di Malaysia adalah:

1. Chin (49,800)
2. Rohingya (45,170)
3. Muslim (12,347)
4. Rakhine, Arakan & Lain-lain etnik (7,320)
____________

Saya berharap para pembaca yang suka 'memviral' sesuatu agar menyelidiki fakta terlebih dahulu.

-Halim Abdurrahman

Artikel 2

Mengapa ada usaha 'menjulingkan' sejarah Arakan dan Muslim Rohingya?

Matawang kurun ke 16, dan lukisan-lukisan sejarah kesultanan kerajaan Islam Arakan ini adalah petunjuk bahawa Arakan sejak kurun ke-14 (1345M), telah diperintah oleh kerajaan Islam sehingga kurun ke-18 (1784M). Islam diterima meluas di Arakan sejak kurun ke-9 (877M) sewaktu pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid.

Dikisahkan bumi Arakan pernah disinggahi sahabat Rasulullah yang tersohor iaitu Syaidina Saad Abi Waqas untuk berdakwah, dalam perjalanannya ke China.

Satu-satunya bangsa di dunia yang 100% menganut Islam adalah etnik Rohingya di Arakan. Kekalahan kepada penjajah Burma pada 1784M dan dijajah Inggeris pula pada 1824M membelahkan wilayah Islam Arakan ini kepada Burma pada 1948M, bahagian yang diserahkan kepada India kemudiannya menjadi Pakistan Timur pada 1947M dan menjadi sebahagian Bangladesh pada 1971M. Pelabuhan terbesar Bangladesh di Cittagong dahulu adalah sebahagian daripada Arakan.

Sebuah tugu Field Marshal William Joseph Slim (The Viscount Slim) yang bertugas dalam British Indian Army  didirikan di Kota London, bertentangan dengan kediaman Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street.  Tugu ini dipahat wilayah-wilayah imperial di bawah kendalian beliau antaranya adalah Arakan, terpahat berasingan daripada Burma. Beliau pernah dilantik mengetuai 14th Army Burma (1943-45) dan kemudiannya Gavenor General Australia (1952-60).

Rohingya adalah penduduk asal Arakan, Islam adalah pegangan dan kerajaan yang mereka dirikan. Untuk memadamkan sejarah ini, semua media mutakhir ini di Burma tidak menggunakan Istilah 'Rohingya'  malah kerajaan Burma memanggil mereka kaum Benggal. Nama Arakan di tukar kepada Rakhine State dan ibu negerinya Akyab dinamakan Sittwe.

Masjid-masjid yang berusia ratusan tahun dan premis perniagaan milik orang Islam dibakar,  ditutup dan dirampas.  Orang Islam tidak boleh berada di mana-mana bahagian bandar Akyab (Sittwe).

Siapa kata Muslim kaum bukan Rohingya tidak terancam di Myanmar?

Pada Mac 2013, di Maktila,  Mandalay ( bahagian tengah Burma), 5 buah Masjid, kedai-kedai milik umat Islam dibakar dan lebih 20 muslim dibunuh (bakar hidup-hidup) . Mereka bukan dari bangsa Rohingya tetapi Muslim Burma. Ia disenyapkan.

Sejak 2005, Kerajaan Myanmar melarang membina masjid baru dan masjid sedia ada tidak boleh diperbesar atau dibaikpulih. Ia juga disenyapkan!

Adalah pelik dan buta sejarah apabila ada pihak mendakwa Rohingya adalah pendatang di Myanmar dan hanya mereka dizalimi tentera kerana mereka bukan warga Myanmar dan kerana berkelakuan buruk.

Sahabat saya di Yangon berketurunan Rohingya sebelah neneknya,  dan datuknya berbangsa Rakhine yang memeluk Islam. Datuknya berkhidmat selama 40 tahun sebagai pegawai kerajaan Burma.  Neneknya masih menerima pencen datuknya sebagai pesara kerajaan.

Dia terpaksa membuang semua identiti Rohingya untuk tinggal bebas di Yangon. Semua Rohingya yang berada di luar Arakan menanggalkan identiti Rohingya untuk hidup. Semua Muslim Burma tidak dibenarkan masuk atau keluar ke Arakan,  kecuali dengan permit khas.

Saya dapat memerhatikan seorang muslim Burma yang beratur di hadapan saya, ketika mahu pulang ke Rakhine State, diperiksa seluruh badan, dan diselongkar bagasinya di Lapangan terbang Yangon dan setibanya di Akyab,  walaupun dia memiliki permit khas.

Dia seorang sahaja dibuat begitu,  lebih daripada pemeriksaan terhadap kami, warga asing. Saya bertanya kepada saudara Nasim yang menguruskan keberangkatan kami ke Arakan,  dia memaklumkan kerana maulana itu muslim. Orang Islam sukar sekali mahu pergi atau keluar dari Arakan.

Sejak keluar dari Arakan pada 2007, Nasim tidak pernah pulang lagi ke bumi itu. Dia terpaksa merasuah pegawai Myanmar sekitar RM30,000 untuk membenarkan ibunya keluar dari Arakan untuk merawat sakit diabetis di Yangon tahun lalu.

Ada tiga pihak yang sedang membunuh,  mengusir dan membakar kampung-kampung Muslim Rohingya. Junta tentera kerajaan, Arakan Army -sayap bersenjata parti politik etnik Rakhine dan sami buddha dari Gerakan 969 pimpinan Ashin Wirathu. Jika Rohingya adalah pendatang haram, kenapa urusan pandatang haram menjadi urusan Arakan Army dan Gerakan 969 Ashin Wirathu?

Ada pihak cuba menulis sejarah Rohingya seolah-olah Myanmar tidak pernah dikenali sebagai Burma,  Arakan bukan nama asal Rakhine State. Bagaimana etnik yang mendiami Arakan sejak seribu tahun dikatakan berasal dari sebuah negara lain yang hanya wujud pada 1971?

Tuduhan-tuduhan pelik kepada Muslim Rohingya yang baru muncul di media internet adalah sejenis propaganda politik kerajaan Myanmar untuk menghalalkan kekejaman terhadap Muslim Rohingya. Setelah bertahun-tahun cuba memadamkan sejarah Islam di Arakan dan kaitannya dengan Muslim Rohingya, kini muncul pula usaha mewajarkan mereka diperlakukan persis haiwan perosak, dibunuh dan dihapuskan... Berwaspadalah!

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengarah PAS Relief



Kenyataan Media Presiden PAS

KESABARAN UMAT ISLAM ADA SEMPADANNYA

Apa yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya di luar batas perikemanusiaan. Seluruh dunia sudah mengetahui kekejaman yang mengorbankan manusia di sana sehingga ramai yang sudah terpaksa menjadi pelarian dan mangsa korban di darat dan lautan.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh memejamkan mata dari segi kemanusiaan untuk bertindak terhadap regim yang terkurung dalam negerinya dan melakukan apa sahaja tanpa peduli terhadap kutukan dunia luar terhadapnya.

Masyarakat antarabangsa yang telah mengetahui betapa aspek agama memainkan peranan terhadap kekejaman yang berlaku sehingga melibatkan sokongan para sami yang dikatakan juga menyalahi ajaran agamanya sendiri yang menentang keganasan.

Masyarakat antarabangsa perlu menyedari juga bahawa Islam mengajar erti kemanusiaan dan persaudaraan secara khusus dikalangan umat Islam sesama penganutnya laksana satu jasad. Perlu diketahui bahawa disekeliling negara zalim dan kejam itu sangat dekat dengan jumlah umat Islam yang besar sehingga mencecah setengah bilion.

Tindakan lebih awal hendaklah diambil secara berkesan oleh PBB, bukan sahaja resolusi dan lawatan yang tidak dihormati pun. Mereka hendaklah sedar bahawa kesabaran umat Islam ada batasnya. Walaupun negaranya tidak mampu bertindak, jangan sampai adanya tindakan bersendirian yang tidak boleh dikawal lagi dan jangan Islam pula yang disalahkan.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017

------------------------------------

[ English Version ]

PAS President Media Release

MUSLIMS PATIENCE HAS RUNNING OUT

What happened to the Rohingyan muslims were so intense and devastatingly cruel. The world has witnessed the mass slaughter which resulted in influx of refugees and victims both in the land and sea.

The international community should not remain silent, as they should take action upon the cruel regime, whom concealed their outraged act and shunned the world’s critics over them.

International community knew how the aspects of religion play a crucial part in this brutality that involving the support of the monks which also said to violate its own religious teachings against terrorism.

The international community needs to realize that Islam cultivates humanity and brotherhood especially amongst the believers like they are in a single body. They must also bear in mind that the brutal and hateful country is close to the large Muslim population reaching half a billion in number.

Early action should be taken aggressively by the UN, and not just to come out with resolutions and visits which are not even honoured by them. They must know that the Muslim community will not take this matter lightly and our patience has its limits. Even though the country may not take any action, individual acts could not be fully controlled and if this happen, do not put the blame on Islam.

"Harmonious with Islam"

ABDUL HADI AWANG
PAS President

Date: 17th Zulhijjah 1438H / 8th September 2017
*PERISTIWA di Burma/MYNMAR: Hubungannya dengan Islam*.
 Oleh : Dr. Umar Abdul Kaafiy

_(Profesor Theologi Islam dan Pengurus Lembaga Pendidikan Al Qur'an International di Dubai)_

Tidak mengapa kita memberikan 90 menit dari waktu kita untuk mengetahui apa sebenarnya kes tragedi Burma dan ummat Islam yang ada di dalamnya.

*Ringkasan Kisah :*

(Awalnya) sebuah Negara  merdeka namanya Arakan dengan penduduk Muslim sebanyak 3 juta (tiga juta) jiwa.

Dimulai dari masa tersebarnya Islam di negara tetangga mereka, namanya negara Burma dengan  majoriti penduduk yang beragama Buddha.

Pada tahun 1784 atau sebelum 230 tahun yang lalu, Kaum Buddha sangat benci Kaum Muslimin di Arakan dan memerangi mereka serta mereka membunuh kaum Muslimin yang ada didalamnya dan mereka (Buddha) memperlakukan kaum muslimin seperti Boneka Mainan dan mereka (kaum Buddha) merebut Arakan menggabungkannya dengan Burma dan merubah namanya menjadi Myanmar.

Dan jadilah Arakan bahagian dari Burma, dan jadilah kaum Muslimin yang sebelumnya merdeka didalam negaranya sendiri (sebelum direbut oleh Buddha) akhirnya menjadi Minoriti(jumlah mereka 3 atau 4 juta jiwa),, sedangkan Kaum Buddha jumlah mereka 50 juta jiwa.

Kaum Muslimin menggabungkan desa-desa mereka yang terpisah dan hidup di dalamnya, mereka berniaga di dalamnya, dan di dalamnya ada organisasi-organisasi yang membiayai para da'i dan masjid-masjid mereka.

Kemudian terjadilah.
Mereka orang-orang Burma yang beragama Budha menyerang desa-desa kaum Muslimin untuk mengusir mereka dari rumah-rumah mereka.

Dan belum lama ini terjadilah penindasan yang sangat mengerikan. Sekelompok kaum Budha menyerang sebuah bus yang membawa 10 orang da'i dari para penghafal Al Qur'an yang mana mereka berkeliling ke desa-desa Muslim mengajarkan mereka menghafal Al Quran dan mendakwahkan meraka kepada Alloh Ta'alaa, menikahkan mereka, dan mengajarkan mereka urusan-urusan agama mereka (Islam).

Yang sangat menyedikan, kelompok ini (Budha) yang menyerang bus para Da'i. Mereka menangkap para Da'i dan mengeluarkan mereka dari bus, mereka memukuli para Da'i dengan pukulan yang mengerikan kemudian menjadikan mereka (para da'i) permainan dengan melukai tubuh-tubuh mereka (para da'i) dengan berbagai jenis senjata tajam.

Kemudian mereka (kaum Budha itu) mengikat lidah-lidah para da'i dengan satu ikatan dan memotong lidah mereka sampai terpisah dari leher mereka tanpa ampun dan tanpa belas kasihan.

Semua itu hanya karena untuk menyiksa mereka karena mereka selalu menyeru kepada Robb- nya dan mengajarkan manusia agama islam dan AlQuran.

Kemudian... mereka (Budha) memotong-motong tubuh para da'i dengan senjata tajam mereka, memotong tangan-tangan dan kaki-kaki para da'i sehingga akhirnya mereka gugur syahid satu persatu.

Sehingga kaum Muslimin melakukan pembelaan terhadap para da'i, Imam Masjid, dan para Khotib mereka.

Kaum Budha menyambut pembelaan mereka (mengisyiharkan perang) dan mulailah mereka (Budha) melakukan pembakaran desa, membakar rumah (kaum muslimin) satu demi satu sampai rumah yang dibakar berjumlah 2600 rumah.

Kemudian gugurlah dalam peristiwa itu (kaum Muslimin) dan gugur dalam usaha melarikan diri serta meninggalkan desa tersebut 90,000 muslim  melalui jalan laut dan darat, dan tidak penindasan serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin masih saja terus berlangsung tidak berhenti.

Anak-anak perempuan dan Isteri-isteri mereka diperkosa sampai mati di hadapan orangtua dan di depan mata keluarga mereka, dan mereka di bawah ancaman hunusan senjata tajam!

*Kemudian, kemana hilangnya rasa marah kita..?!*

*Setiap kita hanya bisa bertanya kepada diri sendiri apa yang harus aku lakukan untuk mereka..?!*

Kewajibanmu atas penderitaan mereka sekarang ada dua perkara:

*Pertama, Berdoalah untuk mereka..!*

*Kedua, sebarkanlah berita tentang tragedi mereka sehingga manusia mengetahuinya!*

*dan penyebaran ini adalah selemah-lemahnya iman !*


Jika anda selesai membaca tulisan ini... lakukan perbuatan nyata apa saja yang dapat anda lakukan dengan hati nurani anda... ini pun apabila anda masih memiliki hati nurani yang hidup..!!

Hasbunalloh wa ni'mal wakiil..

Sebarkanlah agar orang-orang Arab dan kaum Muslimin lainnya dapat mengetahui tragedi ini..

Tiada ulasan: