Rabu, 27 Februari 2019

Zailaludin bin Zainol 55


‘Innalillahiwainnahilaihirojiun…’

Dato' Zailaludin bin  Zainol  
1964 - 2019

YH Dato’ Zailaludin bin Zainol dilahirkan pada 13 Jan 1964 di Tasek Gelugor Pulau Pinang, pernah bersekolah rendah di Pulau Pinang dan berpindah ke Sek Men Keb Sungai Koyan mengikut keluarga. Bermula selepas sekolah beliau terus berkecimpung mengikut parti politik UMNO Bahagian Lipis bersama Dato’ Omar bin Osman dengan jawatan AJK Pemuda dan pada Pilihanraya Umum 2004 beliau telah mengikut dan membantu kerjaya politik Dato’ Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana beliau sangat yakin dengan kebolehan dan kemampuan Dato Wan Rosdy. Selepas persempadanan semula Parlimen Lipis dan Cameron Hingland beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands hingga ke hari ini, beliau merupakan ahli UMNO yang tegas, komited dan berdidikasi terhadap tugas. Beliau juga merupakan Pegawai Khas MB Pahang dan Ahli Majlis Cameron Highland.
Pada 26 Feb 2019 semasa mengikut kempen Barisan Nasional di Semenyih beliau dikatakan sakit dada dan telah dibawa masuk ke Hospital Kajang dan telah kembali ke rahmatulah pada tengahari itu kerana serangan Jantung. Jenazah belaiu telah dibawa balik dan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Koyan.

Nukilan dari seorang Anak

Hilang satu keberkatan dari seorang abah...
maaf abah...
terima kasih untuk segalanya...
Allah lebih sayangkan abah
moga syurga buat abah
jasa dan keringat abah tak pernah dilupakan walaupun sekecil zahrah
tak pernah melatah walaupun dihina, dikata...
moga fikah boleh warisi segala kebaikan abah untuk orang lain
inshaAllah fikah ingat pesan abah
abah mungkin penat...abah rehat ye...
fikah tau banyak lagi impian abah tak tercapai

Zaty Afiqah Zailaludin

KEPUTUSAN PDM HULU SEMENYIH PRK DUN N24 SEMENYIH

BN              : 1,327
PH              : 597
PSM           : 22
BEBAS       : 25
MAJORITI : 730

PDM hasil sentuhan Arwah YH Dato' Zaila Zainol.. Hadiah buatmu Dato' Zaila

Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Surah Al-Fatihah kepada roh beliau dan kita doakan agar Allah Subhanahu Wata'ala menempatkan rohnya bersama kalangan orang-orang yang beriman. 'Amin..'
Kenangan bersama Dato' Wan Rosdy


UMNO Bahagian Cameron Highland 


Di bawa dari Hospital Kajang ke Sungai Koyan

Tanah perkuburan Sungai Koyan
Bersekolah di Sek Men Keb Sungai Koyan 1981
duduk no 3 dari Kiri.

Ahad, 24 Februari 2019

Peristiwa Bukit Kepong

ANGGOTA-ANGGOTA polis yang diserang pengganas 
komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.

Hari ini, genap 69 tahun tragedi menyayat hati menjelang waktu Subuh, 23 Februari 1950.

Peristiwa ini tidak pernah luput daripada ingatan dan kenangan setiap rakyat Malaysia apabila segerombolan pengganas komunis melancarkan serangan mengejut ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang terletak kira-kira 59 kilometer dari Muar, Johor.

Peristiwa hitam yang berlaku kira-kira 69 tahun lalu itu terpahat sebagai kemuncak kekejaman pengganas komunis di Tanah Melayu yang bertujuan membalas dendam terhadap pasukan keselamatan yang telah membunuh ramai anggota mereka sejak perintah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Abdullah C. D dalam buku Memoir Abdullah CD Bahagian II: Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 (2007) mengakui, serangan mengejut kira-kira pukul 4.30 pagi, menjelang waktu Subuh itu digerakkan dengan kekuatan satu kompeni pasukan gabungan komunis yang terdiri daripada anggota Cina dan dua platun seksyen Melayu di bawah pimpinan Mat Indera.

“Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri daripada orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tidak putus-putus melaungkan seruan ‘surrender’, ‘buang senapang tak mati’, agar polis-polis itu terselamat dari maut.

“Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan bermati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru” (Abdullah C. D. 2007).

Abdul Samad Idris dalam buku 25 Tahun Merdeka (1982) menyatakan peristiwa menyayat hati itu tetap dikenang sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan lagi jijik pengganas komunis dalam sejarah negara.

“Pengganas komunis bukan sahaja membunuh anggota pasukan polis yang mempertahankan kedaulatan negara bahkan turut membunuh isteri-isteri dan anak-anak pasukan keselamatan yang tidak berdosa.

“Biarlah ge­nerasi akan datang terus mengutuk keganasan komunis yang tidak berperikemanusiaan itu,” tulis Abdul Samad Idris lagi.

Walaupun diserang bertali arus oleh pengganas, namun Sarjan Jamil Mohd. Shah bersama 25 anggota polis terlibat mempertahankan diri dari dalam kubu masing-masing di kawasan balai tersebut.

Pertempuran sengit itu didengari penduduk kampung bersenjatakan senapang patah dari Kampung Jawa tetapi kemaraan mereka disekat anggota komunis yang siap sedia berkawal di situ.

Menurut Abdul Samad, pihak polis tetap memberi tentangan sengit terhadap serangan komunis yang dianggarkan dengan kekuatan 10 kali ganda berbanding pasukan keselamatan yang bertahan di Balai Polis Bukit Kepong itu.

“Kira-kira 250 orang gerila komunis yang diketuai seorang Melayu dikenali sebagai Mat Indera telah menyeru Sarjan Jamil supaya menyerah diri. Namun, Sarjan Jamil dan orang-orangnya tidak me­nyerah kalah walaupun pasukannya hanya mempunyai kekuatan 25 orang sahaja” (Abdul Samad Idris 1982: 439).

Menurut Abdul Samad, pihak pengganas terus menggandakan serangan sehingga berlarutan menghampiri pukul 6.30 pagi pada 23 Februari 1950.

Ketika itulah, ketua pengganas tersebut, Mat Indera meniup trompet kali terakhir meminta semua anggota polis menyerah diri jika mahu selamat tetapi disahut oleh Sarjan Jamil dengan laungan: “Pihak polis tidak akan menyerah diri biar apa pun terjadi!”.

Tembak menembak bergema kembali dan pihak komunis mula melontar bom tangan ke arah balai polis tersebut menyebabkan asap berkepul-kepul menjulang ke udara. Selepas lima jam pertempuran sengit berlaku antara kedua belah pihak, pihak komunis berjaya menawan balai polis itu. Kematian Sarjan Jamil Mohd. Shah dan rakan-rakannya, tiga anggota pegawai rendah, anggota polis biasa (6), anggota polis marin (3), anggota polis tambahan (2) , anggota polis bantuan (5), isteri polis (2), anak anggota polis yang masih kecil (2) dan orang awam (2), begitu menyayat hati.

Hanya empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak mereka terselamat dalam serangan nekad tersebut.

“Kita sendiri tentulah dapat menggambarkan bagaimana perasaan setiap anggota polis dengan jumlah yang kecil terpaksa menghadapi tiga ketumbukan pasukan gerila komunis dengan bilangan 10 kali ganda ramainya.

“Tindakan komunis me­nyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah langkah balas dendamnya setelah anggota keselamatan membunuh 23 orang pengganas komunis dan mencederakan 17 orang lagi rakan mereka di hutan Labis, Segamat Johor pada bulan Januari 1950” (Abdul Samad Idris: 440).

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 24 Februari 2012, bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk J. J. Raj menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira yang tiada tolok bandingnya dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara menentang keganasan komunis.

“Mat Indera telah meminta polis serah diri tetapi Sarjan Jamil tetap tidak mahu men­yerah. Ketika itu mayat berada di sebelah kanan dan kiri Sarjan Jamil. Kalau manusia biasa tentu dia sudah serah diri tetapi semangat Sarjan Jamil begitu kental, beliau pada saya adalah anggota polis paling berani di negara ini,” beritahu J.J Raj yang menyelia 20 buah balai polis termasuk Balai Polis Bukit Kepong di bawah jagaannya ketika itu. - Utusan Malaysia

"Sampai juga saya ke sini masa dalam Tentera dulu
Tahun 2001..."

Rabu, 20 Februari 2019

MUKIM TELANG

TELANG ialah nama sebatang Sungai. Terdapat beberapa kampong diperairan sungai tersebut hingga ianya menjadi sebuah ‘mukim’ yang dikenali sebagai MUKIM TELANG yang lokasinya dalam Daerah Lipis Pahang Darul Makmur. 
Kelas dewasa 1962 guru kelas tersebut
Wan Rahim bin Wan Abdullah 


Gelaran nama TELANG menurut penelitian yang ada sekarang adalah diambil daripada nama salah satu spesies bunga, iaitu BUNGA TELANG. Bunga itu dikatakan tumbuh meliar dengan banyak. Bunga Telang berwarna unggu ddan tumbuh secara merayap. Daripada nama bunga ini dipadankan kepada nama kampung Telang itu. Dikemudian hari ini, bunga ini digunakan sebagai pewarna untuk membuat nasi kerabu. Ada pun terdapat juga kisah daripada orang tua Telang berasal perkataan Telan iaitu pada masa dahulu terdapat seekor ular besar yang selalu memakan dan menelan binatang ternakan seperi anak kerbau, kambing, ayam dan itik. Oleh kerana pihak ‘orang puteh’ (British) tidak boleh menyebut ‘Telan’ mereka lebih senang mengunakan perkataan TELANG.
Peta Mukim Telang


Siapa yang membuka kampung Telang..? Tidak ada dokumen bertulis yang dapat mengesahkan tokoh mana yang bertanggungjawab membuka kampung tersebut. Namun begitu, daripada cerita lisan, kawasan itu sudah mula didiami sekitar penghujung 1570-an lagi. Ada beberapa nama yang disebut terlibat membuka kampung Telang. Antaranya ialah Wan Semaun bin Wan Abdul Latif bin Tun Abdul Samad membuka kampung ini. Ini berlaku apabila abangnya Wan Muhamad bin Tun Abdul Latif menjadi Seri Maharaja Perba Jelai, adik beradiknya seperti Wan Hasan, Wan Husin dan Wan Semaun meminta untuk membuka kampung sendiri. Wan Hasan bernikah dengan Tok Inah binti Tok Kaya Chandak dan tinggal di Terap Budu, Kuala Lipis. Wan Husin juga bergerak ke Budu. Sementara Wan Semaon bergerak ke Telang.

Setelah berlalu waktu yang panjang, Mukim Telang dihuni oleh ramai orang daripada beberapa jalur keluarga. Selain penduduk asal yang turun dari Bukit Kota, penghijrahan awal daripada kalangan panglima Tok Perba dan pedagang menetap di sini.

Nama Kampung dalam Mukim Telang:

Kg. Ulu Teris, Kg.Behrang, Kg.Bapung, Kg.Relong, Kg. Berchang, Kg. Selendang, Kg. Kuala Telang, Kg. Seberang Jelai, Kg. Tanjung Jambu, Kg. Tembeling, Kg. Kuala Lambar, Kg. Kuala Wau, Kg. Lubuk Kulit, Kg. Sungkai, Kg. Berchang Baru, Kg. Pamah Aur, Kg Jambu. Kg. Beletik, Kg. Temperah, Kg. Tengka Jeram, Kg. Timur, Kg. Chematu, Kg. Barus, Kg.Sungai Padi, Kg Tanjung Besar Tenggelan,
Sultan Abu Bakar sampai di Telang
gambar ini rakam di Telang;


Antara keluarga besar penduduk di Mukim Telang itu ialah keluarga:

1. TOK LINGGI@RAJA AHMAD (LEMBAH BAMA@KG RELONG) Tahun 1795

2. TOK UTIH BOMO (BERCANG)

3. MENTERI LEBEH BIN MENTERI SELAMAT (LUBOK KULIT) Tahun 1895

4. TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN Tahun 1888

5. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)

6. WAN PERANG BIN WAN PAHANG (TELANG)

7. ADAM (Sg. TANUM)

8. TOK MUKIM BIDIN (SEBERANG JELAI)

9. TOK MUKIM MAT PIAH

10. TOK PAWANG DAUD (SEBERANG JELAI)

11. YAAKUB (LANGGAR SAIH)

12. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG) tahun 1932

13. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG) tahun 1955

14. MD JOHARI (Pedagang Kampar - TELANG)

15. TOK YUNUS (TG BETONG)

16. TOK GURU HAJI ISMAIL BIN MOHD AKIL (KECAU TUI)

17. TOK MERU (BUKIT BETONG)........

18. TOK MADUN (SELINDANG)

19. TOK SIAK EMBONG (SELINDANG)....
Salasilah Tok Linggi Relong


20. IBRAHIM (SEBERANG JELAI)

21. WAN YAAKUB BIN WAN MAJID (TELANG)

22. MAMAT (TELANG)

23. MOHD AMIN (TELANG

24. AKI PAWANG SELAT (TELANG)

25. AKI SAID (TG BETONG)

26. WAN IDRIS DATO' WAN TANJUNG (TELANG)

27. WAN KAMARIAH - TELANG

28. AWANG AMINULLAH MAT AKHIR (TELANG)

29. KASSIM BIN MAT AKHIR (TELANG)

30. AKI AKOB (TELANG)

31. WAN YUSOF BIN WAN DE (TELANG)
Geran Tanah Menteri Lebeh bin Menteri Selamat
22 Jully 1911


Apabila Sultan Raja Bendahara Wan Ali menyusun pemerintahan sekitar 1856, penghulu-penghulu mukim dipilih di kalangan penduduk yang rapat dengan pembesar tempatan. Maka pada ketika itu dilantik Tok Kopak bin Tok Muda Yusof bin Tok Kassim bin Wan Semaun menjadi Penghulu yang pertama. Sesudah Tok Kopak meninggal dunia, dilantik pula adiknya Awang Chik bin Tok Muda Yusof menjadi Penghulu Kedua. Pemerintahan Awang Chik ini tidak lama. Inggeris masuk memerintah Pahang. Oleh kerana pada waktu itu Hugh Clifford berkehendak seorang pemandu kereta berbangsa Melayu, maka segera Awang Chik memohon jawatan itu dan meletakkan jawatan sebagai penghulu.

Setelah Awang Chik meletakkan jawatan sebagai Penghulu Telang, jawatan Penghulu itu diserahkan kepada kerabat Seri Maharaja Perba Jelai. Maka Wan Lela bin Wan Laut dilantik menggantikan kedudukan Awang Chik. Gaji penghulu pada waktu itu cumalah 240 ringgit setahun. Sesudah itu kedudukan Penghulu Telang dilantik di kalangan keluarga Seri Maharaja Perba.

Senarai Penghulu Telang mengikut urutan seperti berikut:

1. TOK KOPAK BIN TOK MUDA YUSOF TOK MUDA YUSOF BIN TOK KASSIM BIN WAN SEMAUN

(Penghulu Telang 1, TELANG)

2. AWANG CHIK BIN TOK MUDA YUSOF (Pengulu Telang 2 - TELANG) tahun tahun 1895

3. WAN LELA BIN WAN LAUT (Penghulu Telang 3 - TELANG)

4. WAN ALI BIN OKIMPJ DATO' WAN CHIK (Penghulu Telang 4 - TELANG) Tahun 1932

5. WAN ABDULLAH DATO OKIMPJ WAN CHIK (Penghulu Telang 5 - TELANG) Tahun 1955
Wan Abdullah bin Wan Chik


6. WAN MOKHTAR BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 6 - TELANG)

7. WAN ABDUL RAHIM BIN WAN ABDULLAH (Penghulu Telang 7 - KG RELONG)


Selepas Penghulu WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH - sistem penghulu dinegeri Pahang di bawah lantikan JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG.



Selasa, 19 Februari 2019

KABINET DAPUR


ADAM AZFA ENTERPRISE

MEMBUAT KABINET DAPUR DI SEKITAR LIPIS
(SOLID SURFACE, MELAMINE, HARDWOOD)

PILIHANREKA BENTUK TERKINI MATERIAL/AKSESORI TERKINI
MENEPATI BAJET DAN CITARASA ANDA

HUBUNGGI  DAN KLICK DI BAWAH

Merupakan kontraktor Skim Pinjaman Perumahan bukan Kakitangan Kerajaan RM 60.000 kelusan Lantai 700-1000 kaki persegi 3 bilik tidur 2 bilik air ruang tamu dan dapur.


Borang

Bayaran Ansuran Bulanan