responsif teks foto

Sabtu, 6 Disember 2008

18 lembu disembelih Majlis Korban Perdana



KUALA LIPIS Sebanyak 18 ekor lembu akan dikorbankan pada majlis Korban Perdana sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Relong, Padang Tengku dekat sini Isnin ini.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kampung Relong, Suhaimi Mohamad berkata, program penyembelihan itu akan diadakan di pekarangan masjid kampung tersebut selepas sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha.

Menurut beliau, program penyembelihan terbesar yang pernah diadakan di kampung itu membabitkan ternakan bernilai RM45,000 yang disumbangkan oleh jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Relong.

''Program korban yang membabitkan hampir 1,500 ahli kariah Kampung Relong itu telah dirancang lebih awal sebagai pengisian pada Hari Raya Aidiladha tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Suhaimi memberitahu, program tersebut turut melibat persatuan-persatuan belia dan orang perseorangan yang menyumbang ternakan untuk disembelih.

Menurutnya, program itu dapat merapatkan hubungan antara penduduk termasuk sanak-saudara yang kembali dari perantauan sempena hari raya dan cuti persekolahan.

Suhaimi menambah, acara penyembelihan ternakan itu akan dilakukan oleh imam masjid kampung itu manakala agihan daging kepada fakir miskin serta asnaf yang lain akan dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa masjid dan JKKK Relong. Utusan Malaysia

"Cucu cicit Tok Linggi buat korban..."

Tiada ulasan:

AddToAny