responsif teks foto

Ahad, 4 Januari 2009

Buat Ayah



Ramai daripada kita berjaya mendapat A dalam pelajaran, gembira sungguh guru-guru, kawan taulan, saudara mara dan termasuk ayah. Setelah berusaha bersungguh di sekolah berjaya melepasi menara gading kita memperolehi pekerja yang baik mempunyai isteri dan anak-anak yang menyerikan hidup kita, kadang-kadang kita lupa pada Ayah di kampung yang membesar kita, kita lupa getah sekerap yang dipikul oleh ayah yang menyekolah kita. Kita lupa hasil buah sawit yang membayar yuran peperiksaan dulu.. Ayah sudah melepasi tanggungjawabnya di dunia ini. Kita bagaimana…?

Di bandar kadang-kadang masa kita dihabiskan dengan hal-hal politik melebihi ahli politik, Masa kita dihabiskan dengan hobi yang tidak mendatangkan untung untuk diri sendiri ataupun orang lain. Kampung sudah kita lupakan, Ayah jarang kita ingat atau jenguh atas alasan sentiasa sibuk. Itu lah anak-anak kita yang lahir pada abad ini, mementingkan diri sendiri dan tidak mahu rugi untuk kebaikan. Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....

Ditujukan khas untuk Ayah yang sentiasa dalam ingatan, sebagai penghargaan. Jagalah perasaan dan jangan abaikan mereka selagi masih hidup.

AYAH
Kaulah duta hatiku
Melayari tanpa rasa jemu
Melukis warna kehidupanku
Mengajar kebahagiaan
Meneguk manis pahit

Ayah!
Merenung menjelajah ke depan
Kau lontar panah-panah
Memanahi satu kehidupan
Antara suka dan duka
Meneruskan pelayaran
Tanpa minta balasan

Ayah!
Dikala mengejar
Kau terlupa
Wadah buatmu sendiri
Tiada keluhan kehampaan
Kau meniti batas-batas waktu
Tanpa banyak bicara

Ayah!
Jasamu ku simpan rapi
Tak mampu menghitung
Tak setanding mutiara di dasar laut
Juga tiada hiasan yang setanding
Dengan kemuliaanmu.
Sentiasa segar dalam ingatan

Dari anak tersayang
Dec 2008

Tiada ulasan:

AddToAny