responsif teks foto

Jumaat, 19 Mac 2010

Sempena kehadiran PM ke Lipis.



KUALA LIPIS - Sempena kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merasmikan Majlis Sambutan 50 tahun Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

ke daerah ini pada 20 Mac nanti, sebahagian jalan di kawasan bandar Lipis akan ditutup.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan (gambar) berkata, jalan utama dari bulatan di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) hingga ke lampu isyarat

di hadapan Hospital daerah akan ditutup kepada semua kenderaan bermula dari jam 6.30 pagi hingga majlis perasmian selesai iaitu sekitar jam 1 tengah hari.

Menurutnya, bahagian trafik telah menyediakan jalan alternatif sepanjang dua kilometer kepada pengguna bermula dari Jalan Pekeliling untuk pergi ke

Bandar Baru dan Bandar Lama Lipis.

“Antara kawasan tempat letak kereta yang disediakan sepanjang majlis berlangsung adalah di sekitar Dewan Jubli, Masjid Sultan Mahmud, kawasan

berhampiran Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kawasan lapang Kereta Api Tanah Melayu (KTM).

“Bagi pengunjung yang menaiki bas, mereka akan turun berhampiran dengan lampu isyarat berhampiran hospital dan bas akan diletakkan di kawasan Bandar Baru

Lipis,” katanya ketika ditemui di sini.

Abdul Razak berkata, dijangkakan 10,000 pengunjung akan menghadiri majlis perasmian tersebut dan 80 buah bas disediakan untuk penduduk hadir bagi

memeriahkan keadaan.

“Lebih 240 anggota polis akan ditugaskan pada hari berkenaan bagi memastikan majlis perasmian berjalan lancar dan berlangsung dalam keadaan aman.

“Saya juga berharap agar orang ramai mengikut arahan anggota polis yang bertugas dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan masalah,” katanya.

Abdul Razak berkata, orang ramai juga disaran untuk menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, orang ramai diharap dapat bersabar dengan keadaan jalan di daerah ini yang agak sempit dan tidak banyak laluan alternatif. Sinar Harian

Rumah kelahiran Dato Najib

1 ulasan:

zulkifli berkata...

Sayang sekali, dilihat dari foto, bangunan UMNO Lipis bampak kusam dan terbiar. Satu laki projek gajah putih agaknya.Bezanya, gajah putih masih boleh dipamerkan sebagai tarikan, namun bangunan kusam ini mencacatkan pandangan.

AddToAny