Tok Raja Wan Muhamad bersama Wan Chik dan Cucunya Wan Ali |
Pada tahun 1591 Seri Maharaja Perba dari Titi Kabung Pagar Teras Pagar Ruyung bersama adik beradiknya yang bernama Seri Maharaja Indera Putera dan Maharaja Indera Pahlawan serta seorang saudara perempuan yang tidak pasti namanya telah datang dan memerintah daerah Hulu Pahang setelah baginda membeli daerah tersebut dengan harga “segantang ulang aling emas, satu bali isi emas dan sesuku tangan baju besi emas” dari Sultan Abbdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka.
Disebabkan peristiwa itu rakyat Hulu Pahang sangat menghormati baginda. Daerah ini juga dikenali sebagai Jelai(Berpusat di Bukit Betong) yang telah terpisah dari pemerintah keturunan Bendahara Pahang di Pekan yang mana dipengaruhi kerajaan Johor-Riau. Disebabkan Seri Maharaja Perba tidak mempunyai zuriat, pemerintah Hulu Pahang telah diambil oleh Putera adik perempuan yang telah bernikah dengan seorang Ulama bernama Tun Bandan Patani dan dari zuriat ini lahirlah keturunan yang digelar Maharaja Perba Jelai.
Pada zaman pemerintah Maharaja Perba Jelai ke-5 Tok Raja Wan Idris bin Wan Muhamad (1776-1882) sekitar tahun 1830 dijemput satu kelompok keluarga pahlawan berdarah Raja Pagar Ruyung dari Minangkabau untuk menjadi panglima khusus bagi mempertahankan keluarga dan institusi Maharaja Perba Jelai di Bukit Betong setelah Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagar Ruyung Sultan Tunggal Alam Bagagar Shah Johan berdaulat dijatuhkan oleh Belanda pada tahun 1833 di Sumatera Barat.
Maharaja Perba Jelai memain peranan penting dalam perang Saudara Pahang apabila Tok Raja Wan Idris bin Wan Muhamad tidak menyokong Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir 1847-1861 dalam perang tersebut disebabkan pembunuhan puteranya Wan Embong oleh hulubalang Bendahara Tun Mutahir. Apabila perang saudara 1857 -1863 berakhir anak Tok Raja Wan Idris iaitu Wan Muhamad telah melantik Tun Ahmad menjadi Sultan Pahang Pertama atas pengiktirafan tersebut Wan Muhamad mendapat keistimewaan mengunakan chop rasmi yang tertera “Maharaja Perba Jelai al-Wakil Sultan Ahmad Al-Muaszam Shah”
Selepas pada itu Maharaja Perba Jelai Tok Raja Wan Muhamad bin Tok Raja Wan Idris dilantik sebagai orang besar berempat Pahang yang memakai gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai mengikut keturunannya hingga ke hari ini.
Salasilah
Wan Muhamad(1882-1919) Bin Wan Idris(1809-1882) Bin Wan Muhamad(1776-1809) Bin Wan Ismail
Rujuk:
Suzana M.Osman – Institusi Bendahara Permata Melayu Yang Hilang
Zaffuan Haji Manap – Bingkisan Sejarah Raub.
1 ulasan:
6ygrouplSalam Sdr Zaini. Sebahagian daripada penghuraian SEJARAH SERI MAHARAJA PERBA dalam blog ini tidak menyimpang daripada pensejarahan yang ada kecuali di perenggan terawal mengenai (1) Asal usul SMPJ dari Titi Kabung Pagar Teras (Pagarruyung), dan (2) SMPJ mempunyai ikatan saudara dengan Maharaja Indera Putera dan Maharaja Indera Pahlawan.
Saya kurang pasti mana sumber autentik yang memperkatakan kebenaran fakta ini ? Jika ada sumbernya, maka ini amat baik bagi keutuhan sebuah sejarah. Wallahualam.
Catat Ulasan