responsif teks foto

Sabtu, 7 Mei 2011

Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011




Ekspedisi Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang akan dirasmikan  KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Bilah  pada 9 Mei 2011 bermula dari Kuala Lipis dan berakhir pada 14 Mei 2011 di Kg. Kuala Triang mengambil masa 7 hari 6 malam.
Jarak perjalanan ekspedisi ini ialah lebih kurang 243 km merentasi 4 daerah utama negeri Pahang. Sebanyak 6 buah kampung telah dikenal pasti dan dipilih sebagai tempat hentian iaitu Kuala Lipis, Kg. Jeram Landak, Kg. Pulau Tawar, Kuala Krau, Kg. Sanggang dan Kg. Kuala Triang. Para peserta digalakkan mengambil bahagian di dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan kampung di setiap hentian yang akan disinggahi.

Di jangka sebanyak 55 buah rakit melibatkan 700 orang peserta akan menyertai ekspedisi ini.

Tarikh              : 08 Mei  2011(Ahad)

Perasmian        : 09 Mei 20011(Isnin)

Masa               : 0830 pagi

Tempat Mula    : Kawasan Tebing Sungai   Jelai,Jalan Jelai,Bandar Lipis

Anjuran            :Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang

Peserta              :i) Luar Negara / Swasta ii) Jabatan Kerajaan/ NGO/AJK
                        
                         iii) IPTA /IPTS / Pelajar

Pengurus MID Kg. Sanggang
Siti Norazlina binti Sulaiman
017-6644437 / 092846141
Rujukan Maklumat

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengar Khabar ada pertunjukan Tentera mengunakan Armoured Combat Vehicles (ACV)-300S Adnan buatan Turki.

Nizam Awang Brahim berkata...

Padan la rodong koi ngajok menjage de sane...

Tanpa Nama berkata...

mcm mn nak tahu perkembangan ekspedisi nie?tak semua perhentian ada line telefon kan..

Unknown berkata...

rilek la bro...semua tmpt perhentian tu berdekatan dgn sekolah...xde masalah langsung dengan line telefon cuma 3G jer xder di sesetengah tempat...

AddToAny