871 peneroka Felda Sungai Koyan,
Kuala Lipis hari ini menjadi peneroka pertama menerima durian runtuh seperti
mana yang diumumkan Perdana Menteri dua hari lalu.
Pemberian membabitkan peneroka
Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3, dengan peruntukan keseluruhan 4.27 juta ringgit.
Pemberian ini sekaligus
menjadikan Felda Sungai Koyan sebagai Felda pertama di negara ini menerima
durian runtuh.
Terdapat 317 Felda di seluruh negara.
Durian runtuh 15 ribu ringgit untuk setiap keluarga
peneroka disampaikan oleh Exco Pahang yang juga ADUN Jelai Datuk Wan Rosdi Wan
Ismail.
Penerima yang ditemui bersyukur dan terharu atas
bantuan itu.
ABDUL
MUTALIB ABDULLAH / PENEROKA
"Saya memang gembira sebab saya sudah duduk
sini 30 tahun, dan inilah kali kita mau tengok satu kewangan yang besar
kerajaan Barisan Nasional kasikan kepada kita sebagai peneroka".
AZIZAH
ABDUL GHANI / ANAK PENEROKA
"Saya generasi kedua Felda, anak Felda walaupun
ibu dan bapa saya telah tiada sebagai mewakili meraka semua saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang membawa kami ke
sini dan juga anakandanya".
KHOLID
HUSSIN / PENEROKA
"Saya bagi pihak peneroka Felda Sg Koyan 1
mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga terutama sekali pada Perdana
Menteri kita yang telah memberikan sebagai mana yang telah dijanjikan iaitu
durian runtuh yang telah diumumkan pada 8 haribulan baru ni, hari ni adalah
menjadi satu kenyataan bagi kita".
1 ulasan:
Yang kami mahu kawasan/tapak rumah generasi kedua di Felda Sungai Koyan. kalau tak ada tapak/kawasan rumah macam mana kami mahu menetap di Koyan..."
Catat Ulasan