[Foto di atas adalah senario himpunan
BERSIH sebelum Malaya merdeka. Himpunan ini adalah untuk memBERSIHkan Malaya
daripada Malayan Union. Justeru pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia digesa agar
janganlah terlalu JUMUD sangat sehingga sejarah orang Melayu terdahulu buat
perhimpunan di negara ini pun merek tidak ambil tahu. Cuma, bezanya ketika
zaman penjajah pihak Inggeris pada waktu itu tidak menggunakan polis FRU, tidak
guna bom asap dan water canon untuk menyuraikan himpunan berkenaan. Soalnya,
kenapa ia berlaku sekarang malah ia lebih dasyat daripada apa yang disangkakan.
Masalahnya, majoriti anggota polis yang menyerang peserta Bersih 3.0 adalah
terdiri daripada muka-muka Melayu. Tergamak mereka melakukan sedemikian rupa,
sedangkan orang putih (bangsa Inggeris) zaman dahulu pun tidak tergamak
melakukan kezaliman sedemikian. Justeru, ambilla ikhtibar di atas apa yang
telah terjadi. Polis perlu menjaga keselamatan rakyat bukannya menjadi rakyat
sebagai musuh mereka. Himpunan aman termaktub dalam perlembagaan, makanya
kenapa rakyat boleh diperlakukan sesuka hati tanpa belas kasihan dan ehsan
daripada mereka].
copy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan