responsif teks foto

Selasa, 30 Oktober 2012

PEMBERIAN SUMBANGAN RM1,000.00 KEPADA VETERAN TIDAK BERPENCEN

JHEV ATM


PEMBERIAN SUMBANGAN RM1,000.00
SECARA ONE-OFF KEPADA VETERAN ATM TIDAK BERPENCEN (SVTB1M)

PENGENALAN
Melalui Pembentangan Bajet 2013 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM1,000.00 secara sekaligus (one-off) kepada 234,500 orang Veteran ATM yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen yang terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang tidak berpencen. Walaubagaimanapun, sumbangan ini tidak dipanjangkan kepada balu/ duda/ tanggungan Veteran ATM.

Sumbangan yang dikenali sebagai Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) ini akan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM234,500,000.00 akan dikongsi bersama oleh Kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Tujuan pemberian SVBT1M ini adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan di atas pengorbanan dan perkhidmatan Veteran ATM yang tidak berencen mempertahanankan kedaulatan negara.

SYARAT DAN KELAYAKAN PENERIMA
Veteran ATM ialah bekas tentera berwarganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

i. Angkatan Tetap ATM;
ii. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
iii. Force 136;
iv. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/ Malaysia atau Singapura; dan
v. Sarawak Rangers

Bekas tentera yang layak adalah merujuk Veteran ATM yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP yang tiddak berpencen yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP yang tidak berpencen seperti verikut:-

i. Veteran ATM yang telah dibersarakan/ menamatkan perkhidmatan secara terhormat sahaja.
ii. Tanpa mengira tarikh mula berkhidmat.
iii. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) adalah pada atau sebelum 31 Disember 2012.

PELAKSANAAN
Dalam mengawal dan melaksanakan pemberian sumbangan ini ditabir dengan cepat dan tepat, penerima boleh memperolehi borang permohonan SVTB1M ini di semua pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) seluruh negara secara PERCUMA mulai 1 November 2012. Borang ini juga boleh didapati di 78 buah Pusat Sehenti yang terdiri daripada kem/ unit tentera terpilih seluruh negara atau dimuat turun melalui laman sesawang JHEV iaitu www.jhev.gov.my. Di samping itu, borang permohonan ini turut diagihkan kepada semua Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab Bekas Tentera di seluruh negara.

Bagi melaksanakan pembayaran SVTB1M mulai Januari 2013, borang tersebut perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012 untuk diproses. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara bertulis bersama-sama arahan dan tatacara penyerahan bayaran sumbangan tersebut.

 KESIMPULAN
Pemberian sumbangan ini adalah suatu menifestasi komitmen dan keprihatinan Kerajaan yang tidak pernah luntur dan sentiasa berusaha dalam membela nasib terhadap mereka yang pernah menjadi benteng pertahanan negara.

Justeru, adalah diharapkan agar semua Veteran ATM yang tidak berpencen dapat menghubungi tempat-tempat yang dinyatakan di atas mulai 1 November 2012 untuk urusan mendapatkan dan mengembalikan borang permohonan bersama-sama dokumen yang diperlukan.

Kementerian Pertahanan juga memohon kerjasama semua Veteran ATM supaya dapat melengkapkan borang mengikut panduan dan keperluan yang disertakan bersama-sama borang permohonan agar pelaksanaan proses pemberian sumbangan ini dapat berjalan dengan lancar.


Borang : Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M)

Syarat kelayakan akan pendaftaran sumbangan:

1. Veteran ATM yang tidak berpencen dan telah menamatkan perkhidmatan secara terhormat.

2. Tanpa mengira tarikh mula berkhidmat, tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) adalah sebelum atau pada 31 Disember 2012.

Sila kemukakan :

1. Salinan Kad Pengenalan.

2. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat, atau Surat Pengesahan Perkhidmatan, atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).

3. Salinan Kad Bekas Tentera (jika ada).

4. Salinan buku akaun bank (mukasurat yang tercatat no. akaun sahaja).

Sabtu, 27 Oktober 2012

Lori bijih besi ancam keselamatan penguna jalanraya


lori angkut bijih besi.
Oleh : MAT TEMPUA,

Saya  merupakan antara pengguna jalan raya dari bandar Jerantut ke Kuala Lipis berasa kesal dengan pihak berwajib kerana masih membenarkan kenderaan berat muatan bijih besi ke pelabuhan melalui kawasan kampung di dua daerah ini.
Kekesalan saya berasas kerana kami berhadapan dengan risiko keselamatan malah memberi ketidakselesaan penduduk berdekatan laluan itu sejak kenderaan bijih besi menggunakan laluan Kuala Lipis - Jerantut beberapa tahun lepas.
Untuk pengetahuan semua, struktur jajaran jalan yang begitu sempit, berselekoh dan berbukit-bukau tentu mengundang bahaya kepada pemandu kereta dan penunggang motosikal ketika berselisih dengan kenderaan berat.
Saya dan pemandu lain kerap terkandas di laluan berbukit berdekatan Sungai Yap dan Kampung Besul, Jerantut apabila mengekori lori berat berkenaan secara tiba-tiba terhenti di tengah jalan.
Keadaan itu menyebabkan kenderaan bersesak-sesak di belakang kenderaan itu dan ada yang cuba memintas di kawasan berbukit berhadapan dengan risiko kemalangan.
Senario membahayakan pemandu dan penunggang, iaitu ketika berselisih dengan kenderaan itu dari depan atau ketika memintas dengan laju dari arah belakang boleh mengancam nyawa pengguna.
Keduanya, sejak kenderaan bijih besi beroperasi membawa galian itu dari lombong berdekatan Pekan Kerambit menyebabkan jalan raya rosak terutama di laluan berdekatan Kampung Kerambit, Kampung Jeram Landak, Kampung Ganding dan Kampung Mela.
Saya pernah membaca saranan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tersiar di akhbar tempatan pada bulan lepas agar agensi tertentu mengkaji semula laluan kenderaan berat di negeri ini untuk mengurangkan kerosakan jalan selain keselamatan penduduk.
Walaupun cadangan kajian semula dan saranan beberapa alternatif dibuat, tetapi sehingga ini tidak nampak perubahan malah kenderaan itu masih menjalar megah di beberapa jalan raya utama membabitkan kawasan kampung yang ramai penduduk.
Sehubungan itu, saranan Menteri Besar Pahang wajar dikaji oleh pihak berwajib menerusi alternatif tertentu supaya pengguna jalan raya lebih selesa dan terhindar daripada ancaman kemalangan.
Pihak berwajib tidak wajar mengukur sesuatu kemajuan berasaskan banyak hasil dan kepentingan ekonomi serta menguntungkan pengusaha yang rakus tetapi perlu diutamakan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat khususnya di luar bandar dan pedalaman.

Ibadat korban


Ibadah korban di kampungku
 Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah s.a.w  di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan masyarakat.
 
Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranyab di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَرواية ابن ماجه

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

AddToAny