responsif teks foto

Sabtu, 13 Oktober 2012

Risda beli biji getah.



Risda menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membeli biji getah daripada penduduk kampung di seluruh negara bagi mendapatkan biji benih untuk program tanam semula tahun depan.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Mohamat Muda berkata, Risda memerlukan 240 metrik tan atau bersamaan 60 juta biji getah untuk tujuan tersebut.
"Kita hendak beli biji getah daripada orang kampung dengan harga RM3 sekilogram bagi menampung pendapatan sampingan keluarga mereka.
"Mereka boleh jual biji getah di pusat-pusat pembelian di tapak semaian Risda di seluruh negara," katanya kepada Bernama pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Risda peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.
KOMEN
Biji getah merupakan makanan monyet, apabila gugur ke tanah menjadi makanan babi hutan. Kalau kita perhatikan kebun getah yang banyak musuh tanaman tersebut sudah tidak kelihatan biji getah.  

2 ulasan:

Pak Dan JJ berkata...

saya perlukan biji getah segar kira-kira 400 kg dalam tahun ini.Sesiapa boleh membekalkan nya sila hubungi saya dan bagitau harga, diambil sendiri {nyatakan tempat} atau harga siap hantar (saya di Sg. Buloh, Selangor). Saya Pak Dan 012 6270804. Terima kasih.

Nan Zul berkata...

"Di kebun tak dan nak tengok biji getah banyak sangat benda yang memakan..."

AddToAny