Talian Kecemasan Polis 09-3122222/09-3122204, Bomba 09-3124444/09-3121539. Hospital 09-3123333, APM Lipis 09-3122999/09-3101710
responsif teks foto
Selasa, 31 Disember 2013
Ahad, 29 Disember 2013
Pendapatan pekebun getah sepanjang tahun 2013
Pada hari ini saya menutup akaun
pendapatan hasil getah tahun 2013.
Menoreh selama 2 jam sehari dengan 270 pokok getah boleh memperolehi pendapatan RM 8,082.75 setahun(purata bulanan
RM 673.60). Pendapatan ini dipengaruhi oleh harga semasa,musim meluruh dan
hujan.
Berbanding tahun 2012 saya
memperolehi pendapatan RM 10,444.00 setahun(purata bulanan RM 870.00) disebabkan harga pada tahun tersebut lebih
tinggi berbanding dengan tahun 2013. Kemerosotan 23 peratus pendapatan ini berbanding tahun 2012 menyebabkan kerajaan
memberi bantuan RM 500 kepada pekebun kecil getah yang keluasan tanahnya kurang
dari 6 ekar.
Purata Harga getah untuk satu kilogram sepanjang tahun 2013
Bulan Jan RM 4.35
Statistik pendapatan 2013 |
Bulan Feb RM 4.24
Bulan Mac RM 3.77
Bulan April RM
3.40
Bulan Mei RM
Bulan Jun RM 3.30
Bulan Julai RM 3.05
Bulan Ogos RM 3.42
Bulan Sep RM
3.66
Bulan Okt RM 3.38
Bulan Nov RM 3.32
Dengan pendapatan sebanyak ini pekebun kecil perlu meningkatkan produktiviti dengan menoreh lebih dari dua jam sehari atau sekurang-kurangnya empat jam hingga ke enam jam sehari (jangan dipanggil bangla/Mat Indo sudahlah..hiiihiii). Bebanan peningkatan kos sara hidup yang semangkin meningkat pada hari ini pekebun kecil perlu berusaha meningkatkan produktiviti atau mencari sumber pendapatn lain, nak harapkan harga tinggi ianya diluar kemampuan pekebun
Rabu, 25 Disember 2013
BRIM 2014 : Mohon Baru dan Kemaskini
Cara kemaskini BRIM 2014 secara Online
Berikut
disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima
BRIM 2.0 sebelum ini.
1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada mohon baru atau kemaskini
2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan
3. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-
a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada mohon baru atau kemaskini
2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan
3. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-
a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
No telefon
untuk pertanyaan : 03-8000 8000
BR1M
Hotline 1-800-88-2716.
4. Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau
maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog
box" untuk pengesahan
5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar
6. Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini
7. Sedia untuk cetak
8. Selesai
5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar
6. Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini
7. Sedia untuk cetak
8. Selesai
Ahad, 8 Disember 2013
Banjir Besar di Pahang.
Banjir Besar 1924
Pada tahun 1923
satu banjir besar berlaku di Pahang. Banjir tersebut memusnahkan kawasan tanah
yang luas di daerah Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan. Banjir terus berlaku
sehingga tahun 1924 yang telah memutuskan system perhubungan antara Pekan
dengan daearh lain. Malapetaka-malapetaka yang berlaku menyebabkan Pahang mengalami
masalah kekurangan beras. Justeru itu, pihak British mengambil langkah membeli
dan mengirim beras ke Mentakab dan seterusnya dihantar ke Pekan melalui
jalanraya. Banjir yang berlaku pada tahun tersebut adalah yang terburuk pernah
berlaku dan mengorbankan banyak nyawa terutama orang-orang yang tinggal di
sepanjang Sungai Pahang di daerah Pekan. Pada penghujung tahun 1926 satu lagi
banjir besar, dicatatkan berlaku.
Banjir semasa pemerintahan Sultan Abdullah |
Kejadian banjir
besar yang berlaku memusnahkan hampir seluruh daerah di Pahang kecuali Daerah
Raub dan Bentong. Kebanyakan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan-kawasan
yang lebih tinggi. Sistem perhubungan
jalanraya dan keretapi terganggu. Perkhidmatan telegraf dan telefon juga
terputus dan kebanyakan stesen tidak berfungsi sepenuhnya. Begituj juga
kerosakan harta benda awam dan persendirian. Banyak rumah musnah akibat banjir
apabila banjir surut, lumpur dan pasir tertinggal di kawasan-kawasan tertentu
dan menganggu kerja-kerja pertanian. Di Ulu Tembeling, mendapan sungai meliputi
kawasan hampir 20 kaki tebalnya.
Walaupun kerosakan dan kemusnahan yang dialami oleh penduduk tempatan maha hebat
tetapi kebanyakan mereka masih tenang dan berusaha membantu pihak British untuk
mengembalikan keadaan seperti sedia kala.
Kerja-kerja
membaiki kerosakan mula dijalankan pada tahun 1927 berikutan timbulnya
kebimbangan berlaku banjir pada tahun tersebut. Justeru itu, kerajaan British
mengambil langkah-langkah awal, untuk menghadapi banjir tersebut. Bekalan
makanan disimpan dalam jumlah yang banyak. Banjir yang berlaku padatahun-tahun
sebelumnya, turut memusnahkan kawasan tanaman kelapa seluas 500 ekar (200
hektar) di daerah Kuantan.
Banjir Besar 1971
Sejarah banjir paling besar
pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan
terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami
oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu
Kuala Lipis banjir 1971 |
Banjir yang melanda
ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan
kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut
meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat
tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang,
setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.
Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak
diketahui umum:-
Beratus-ratus
kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri
terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
Sultan Abu Bakar
(Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya
untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah
Pekan. Bagaimanapun
Sultan Abu Bakar Pahang |
Hamzah bin Haji
Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul
sebagai ‘hero banjir’ kerana berjaya
menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun
peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam
lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita.
Banjir besar 2013 di Kuantan
Sebelum banjir
Pada 15 November lepas,
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata
kerajaan Pahang sudah bersedia menghadapi banjir, yang dijangka melanda negeri
ini bermula hujung November.
Muhammad Safian berkata
sebanyak 579 pusat pemindahan dikenal pasti dengan 60 peratus merupakan
bangunan sekolah, manakala barang keperluan seperti makanan akan ditempatkan di
73 pangkalan hadapan bermula 18November, membabitkan peruntukan RM 1.2juta.
"Sebanyak 6,000 petugas
dari 14 jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung telah bersiap sedia untuk
menghulurkan bantuan kepada mangsabanjir," katanya.
Semasa Banjir
Pada hari pertama banjir di
Kuantan, semuanya bagaikan kelam kabut, termasuk bilik operasi banjir agensi keselamatan
yang bagaikan 'terpinga-pinga' dengan musibah yang berlaku.
Sultan Ahmad Shah melawat mangsa banjir |
Laman sosial seperti Facebook
dan Twitter pula melimpah ruah dengan gambar dan maklumat yang pastinya
menggusarkan semua pihak yang tidak berada di Kuantan atau Pahang bagi
mendapatkan maklumat sebenar.
Banjir 2013 di Kuantan |
Menteri Besar Pahang Datuk
Seri Adnan Yaakob ketika ditemui pemberita mengakui banyak kekurangan dan
kelemahan pada hari pertama banjir melanda tiga hari lepas. Menjadi masalah
apabila petuga soperasi banjir mendapati kediaman mereka turut ditenggelami air.
Bandar Kuantan lumpuh apabila
berubah menjadi 'Taman Tema Air Kuantan', bekalan elektrik dan air terputus,
manakala pusat-pusat pemindahan mangsa banjir pula dilaporkan kekurangan
bekalan makanan dan keperluan asas.
Peristiwa di Sungai
Isap.
Sungguh menyedihkan, gara-gara kelewatan pihak berkuasa
menghantar bantuan kemansuian menyebabkan beberapa orang penduduk di Perkampungan
Sungai Isap dekat sini dipercayai telah memanjat tangki air yang terletak di
Sungai Isap Perdana untuk menyelamatkan diri masing-masing.
"Sebelum itu mereka duduk di dewan oleh kerana air naik
dengan cepat mereka tidak ada tempat lain untuk duduk maka mereka pun memanjat
tangki sementara tunggu bantuan tiba ada
yang tak tahan tunggu dia orang redah je air untuk keluar dari taman tu masa ni
memang agak membimbangkan pelbagai perasaan ada huuhuuuhhh sedih tol (betul)
tragis".
Penduduk Sungai Isap menaiki tangki air menyelamat dari banjir |
Angka Banjir
7 Dis 2013 -
Hujan lebat sejak sekali lagi sehingga pagi ini menyaksikan jumlah mangsa
banjir di Pahang kembali meningkat kepada 38,210 orang, melibatkan lapan daerah
hari ini. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Pahang, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 32,871 mangsa diikuti
Pekan (3,464), Temerloh (839), Jerantut (519) Maran (183), Bera (117) dan Lipis
(53). Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di 117 pusat pemindahan
berikutan kediaman mereka dinaiki air akibat bencana itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM500 bagi
setiap keluarga mangsa banjir yang sedang melanda Pantai Timur dan Johor.
Ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, beliau juga mahukan kesemua bank
membenarkan mangsa banjir terbabit tangguhkan pembayaran balik pinjaman mereka.
bantuan RM 500 setiap keluarga mangsa banjir |
Sebanyak 30 sukarelawan UMNO Bahagian Lipis menyumbang 50 bungkusan makanan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di Mukim Cheka di sini hari ini. Bantuan makanan harian yang dipunggah menggunakan bot gentian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lipis diketuai Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad bersama-sama skuad sukarelawan berkenaan. Turut hadir Ketua Polis Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan; Ahli Dewan Undangan Benta, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak; Ketua Pemuda UMNO Lipis, Mohd. Farid Mohamad Noor dan Setiausaha Kerja UMNO Lipis, Amir Marwan Abu Kassim. Bantuan itu diserahkan kepada mangsa banjir di Kampung Jeram Buluh, Kampung Jeram Landak, Kampung Ganding, Kampung Tanjung Bungor, Kampung Limau Purut dan Kampung Lentang. Menurut Abdul Rahman, UMNO Lipis berasa terpanggil untuk menzahirkan keprihatinan kepada mangsa banjir di Mukim Cheka menerusi bantuan itu dan berharap mangsa berkenaan bersabar hadapi dugaan bencana banjir tahun ini. "Walaupun mereka (mangsa) sudah dapat bantuan JKM Lipis, tetapi UMNO Lipis tetap mengingati dan berasa simpati dengan menghulurkan sumbangan ini walaupun sukar memunggah dengan bot gentian dari bandar Lipis."Inilah keupayaan kita, tetap bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mangsa bencana sambil berharap mereka sedikit selesa di pusat pemindahan ini sebelum keadaan kembali pulih," katanya lagi
30 Sukarelawan UMNO Bahagian Lipis |
Komen
Banjir merupakan bencana alam yang pernah ditempoh oleh
datuk nenek kita dahulu, ia bukan musibah baru. Cara bagaimana kita
menyelesaikan adalah bergantung kepada individu dan pihak berkuasa tidak payahlah
kita menyalahkan sesiapa, reda kepada
Alllah kerana kerana setiap musibah adalah untuk menguji keimanan kita.
Rujuk :
Rujuk :
Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800-1930
Pahang Daily Online
Jumaat, 6 Disember 2013
Perjalanan yang tidak direstu : 3
Oleh: CarLos Mike Lima
Pada awal tahun 1974 ketika itu saya yang berkhidmat dalam X Skuadron 1 RGKM. Skuadron tersebut telah diaturgerakkan bagi menghapuskan 6th Assault Unit yang diketuai oleh CCM Chong Choo.Aturgerak ini ini dilakukan selepas sahaja pertempuran salah sebuah unit RRD yang berkesudahan dengan kematian Kapt Chandran dan beberapa anggota di bawahnya.
Dalam gerakan ini, RGKM memainkan peranan yang penting, ini ditambah lagi Pegawai Memerintah saya ketika itu telah dilantik Pegawai Staff Operasi. Hasil dari motivasi dan semangat kental pasukan kami berazam untuk menghapuskan anak-anak buah Chong Choo. Bagi meninggikan lagi semangat untuk mencari CCM ini, katanya beliau sentiasa membawa peti hijau yang juga mengandungi $$$$$$$ berjumlah yang banyak.
Skuadron kami telah di ‘AirEvac’ ke kawasan di mana pasukan RRD 'contact'. Oleh kerana kawasan tersebut begitu lunyai dengan ‘track-track’ yang dilalui, agak sukar bagi kami untuk mencari ‘track’ yang ditinggalkan oleh musuh. Setelah beberapa hari melakukan 'search & tracking' hasilnya kami telah berjaya menjumpai 'Fresh Track' yang ditinggalkan oleh PK (pengganas komunis) di bawah pimpinan CCM Chong Choo. Maka bermulalah episod "follow up". Memandangkan PK telah berjaya menembak mati beberapa anggota pasukan keselamatan, sudah pasti mereka berada dalam 'High Morale' ketika itu.
Apa yang diperhatikan keadaan 'track' yang ditinggalkan oleh PK mempunyai kekuatan yang agak ramai. Maka atas nasihat yang diberikan oleh CO kami yang juga sebagai Pegawai Staff Operasi, penjejakan akan dilakukan dan gabungkan kepada lebih sedikit daripada 2 skuadron...
Track’ yang yang ditinggalkan oleh PK agak ketara dan jelas. Walaupun peringkat awalnya mereka banyak memberi kekeliruan kepada kami untuk mengesan mereka. Berkemungkinan juga mereka menganggap kekeliruan yang yang mereka buat sudah cukup untuk mengelirukan pasukan kami. Apa yang diperhatikan juga kesan-kesan yang mereka tinggalkan seolah-olah, tiada orang akan yang akan mengekori gerombolan mereka. Langsung tiada penyamaran dan juga tiada BT ditinggalkan disepanjang ‘track’ yang kami lalui.
Untuk mengelakkankan sebarang syak wasangka pihak musuh, ketika itu tiada pergerakan pesawat dan juga tembakan artileri dilakukan di kawasan berkaitan. Ini bertujuan agar pihak musuh menjangka mereka betul selamat dari ancaman pasukan keselamatan dan menjadikan mereka lebih lalai dan leka.
Di sepanjang ‘track’ mereka juga meninggalkan segala sisa-isa makanan dengan sewenangnya tanpa samaran, ditanam dan disembuyikan. Sisa makanan seperti keladi air yang direbus dan tangan ungka yang mereka tembak ditinggalkan begitu sahaja. Kebanyakan bangkai-bangkai ungka dijumpai masih berdarah dan menitis (belum beku).
Pada hemat saya, memandangkan keadaan hutan yang sejuk dan dingin, berkemungkinan gerombolan mereka paling lama 1 hari perjalanan jarak antara mereka dengan kami. Penjejakan berterusan dari Sungai Tersang melintasi sempadan Pahang memasuki sedikit negeri Selangor dan menghala ke barat iaitu Perak. Sepanjang perjalanan tiada sebarang halangan berlaku.
Di pertengahan jalan, rangsum telah habis pada 2/3 hari sebelum. Sekadar makan apa yang ada, namun oleh kerana keadaan yang agak mendesak maka pembekalan Rangsum (Resupply) terpaksa dilakukan dengan secara seminima yang mungkin.
Penerbangan Nuri yang agak terhad bagi mengelakkan sebarang kesangsian di pihak PK yang ada pasukan keselamatan di belakang mereka. Pembekalan dilakukan dengan secepat mungkin serta rangsum yang tidak diperlukan dimusnahkan seperti Kacang Merah dan kacang hijau tin (baked beans and Green Peas) dan lain-lain yang difikirkan memberatkan. Keadaan tergesa-gesa membuatkan berlakunya sedikit kecuaian di sini. Terdapat sebahagian anggota tidak memusnahkannya sebelum ditimbus...
Akibat dari kecuaian tersebut, bekalan yang tidak dimusnahkan dengan sempurna memang memberi advantage kepada PK. Dalam keadaan 'survival' harga sebiji beras amat berharga berbanding dengan benda-benda yang lain. Hasil dari kesilapan itu setelah dibuat perilaian semula (post mortem) dibukukan bagi ATM agar memusnahkan sepenuhnya apa-apa yang tidak diperlukan ketika melakukan operasi.
Penjejakan dilakukan seterusnya. Manakala aktiviti di malam hari seperti biasa, pengawasan di sebelah malam lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika bulan mengambang penuh.
Memandangkan penjejakan ini memang berisiko tinggi dan mungkin tiada ketentuan masa terjadinya sebarang insiden akan berlaku. Pada suatu hari ketika penjejakan dilaksanakan, suatu bau yang amat busuk menyucuk hidung. Bermacam-macam perasaan bermain di kepala. Adakah mayat PK yang telah mati akibat kelaparan akibat tersalah makan makanan hutan? Setelah dibuat pemeriksaan didapati sisa-sisa binatang liar yang ditinggalkan begitu sahaja. Dipercayai bangkai dan sisa khinzir.
Hari berganti minggu, perjejakan diteruskan dan ketika melintasi banjaran Titiwangsa dan sebelum menghampiri kawasan Hutan Ulu Behrang, pasukan berhenti dan memasak makanan tengahari. Setelah penat melakukan penjejakan semestinya perut amat terasa amat lapar. Ketika sedang memasak, nasi baru sahaja nak kering. Pasukan diarahkan bergerak. Apatah lagi dengan segera segala makan disimpan di dalam ‘pack’ tanpa sempat mengecap 'Lunch'.
Di sinilah konsep 'haversack lunch' patut dipratikkan bagi menjimatkan masa. 'Haversack lunch' adalah konsep SAS yang baik dilaksanakan dalam keadaan untuk menjimatkan masa. Konsep ini saya pelajari kemudiannya setelah mengikuti suatu kursus kerjaya dilaksana oleh pasukan.
Baru sahaja nak bergerak, hujan panas turun dengan tiba-tibanya. Lazimnya ini adalah suatu pertanda sesuatu perkara akan berlaku. Bab kata orang tua, ada suatu perkara buruk akan berlaku....
Dalam keadaan hujan panas itu juga semua anggota diingatkan bahawa adalah sesuatu pertanda yang tak baik yang akan mungkin akan berlaku. Setelah bergerak sehingga sampai ke permatang (ridge) nampak nun sayup bawah sana kawasan yang saya kira kawasan pertanian yang juga sebahagiannya diliputi dengan hutan renek dengan hutan lalang. Maklum setelah sekian hari tidak bertemu dengan keadaan lapang, keadaan masing-masing begitu ghairah untuk cepat sampai ke kawasan tersebut did alam keadaan ini tiba-tiba...
Dam! Dam! Dam! Bunyi tembakan di bawah bukit berhampiran dengan pingir hutan yang mana seksyen hadapan telah bertempur. Dengan semangat juang yang tinggi masing-masing terus menerpa ke hadapan tanpa sebarang rasa takut dan gementar. Untuk mempercepatkan gerakan masing-masing semua meninggalkan beg galas sambil meluru ke hadapan.
Pada suatu ketika, naluri saya tergerak untuk berhenti dan meninjau (memerhati) ke lereng sebelah kiri seketika. Oleh kerana desakan dari anggota di belakang agar saya bergerak terus kehadapan, maka saya pun bergerak ke hadapan. Kalau saya masih lagi di situ saya kira kemungkinan besar saya akan dapat menembak beberapa orang musuh yang kebetulan lari dari arah itu.
Di sini rasa saya ada sedikit kesilapan berlaku. Di samping berlari ke hadapan masing-masing 'relay message' dari hadapan hingga ke anggota yang di belakang dengan menyatakan "musuh kiri, musuh kiri". Oleh kerana kesilapan salah seorang anggota dengan memberi isyarat musuh kiri dengan menghadapkan orang di belakangnya dengan memberi isyarat musuh kiri bererti menjadi arah ke kanan. Maka pesanan itu telah menjadi sebelah kanan. Oleh kerana kesilapan seseorang menyampaikan 'message' maka berterusanlah sehingga orang di belakang.
Seperti saya nyatakan 'follow up' ini melibatkan 2 skuadron, maka skuadron di belakang telah digerakkan sebagai penyekat di sebelah kanan. Maka terlepaslah kumpulan musuh yang jangka berundur semula dengan mengikut arah lereng kiri bukit. Bayangkan sekiranya tidak berlaku kesilapan sedemikian, rasa saya keseluruhan Kumpulan CCM Chong Chor lupus pada hari itu. Nyawa mereka panjang setekat hari itu dan selamat buat seketika...
Hasil dari pertempuran dibahagian Leading Section yang juga digabungkan dengan Team Pengesan dan K9 yang didatangkan kahs dari Pulada Johor ketika diawal Operasi setelah kesan PGK dapat dijumpai. Seorang Pengendali Anjing Perang telah terkena tembakan yang tidak begitu baik dari PGK mengakibatkan luka sedikit dibahagian sisi pipi beliau.
Manakala disebelah pihak PGK didapati seorang Penganas telah dihapuskan dengan beberapa Beg Galas ditinggalkan PGK akibat amat terdesak. Disamping itu ada terdapat kesan-kesan Darah dari kumpulan mereka yang mengalami kecedaraan. Setelah diperiiksa 100% terdapat beberapa dokumen penting telah dijumpai. Mayat PGK (Wanita) juga diperiksa 100% dan dibawa keluar melalui Pesawat (Alloutte).
Begitu juga anggota Pasukan sendiri yang cedera dibawa bersama. Oleh kerana keadaan telah beransur Gelap kami 'baseup' di Lokasi pertempuran. Saya terlupa pulak pasal Beg galas yang ditinggalkan dibahagian belakang. Pada mula nya saya ingatkan beg galas saya terpaksa diambil dimana ianya ditinggalkan. Nasib baik Beg galas tersebut telah diambil oleh Kumpulan Belakang yang membawanya kelokasi ketempat 'Base' kami. Pheew!!!!! kalau tidak jauh juga dimana Beg Galas itu seingat saya hampir juga 1 petak peta.
Malam tu terbayang-bayang dikepala otak saya keadaan Mayat PGK itu ditembak dengan keadaan yang mengerikan. Maklum lah ini kali pertama saya didedahkan keadaan pertempuran dan casualty yang ditembak yang berlaku dihadapan mata sendiri. Ketika berkawal waktu malam pun tahap berjaga-jaga sperti biasa, kerana bila-bila masa keadaan boleh menjadi cemas sekiranya diserang. Manakan tahu, kot-kot dipihak PGK ingin menuntut belak atas kehilangan salah seorang 'Komrad'. Kesyahduaan malam berlalu dengan tenangnya sehingga pagi.
Akibat dari pertempuran itu, PGK dibawah SCM Chong Cho (6th Asslt Unit) berkecamuk dan berpecah beberapa kumpulan kecil (ini diceritakan oleh salah seorang SEP yang telah menyerah diri kemudiannya dan ini ada diceritakan oleh SEP tersebut bertajuk 'Aku mahu Hidup') Akibat dari keadaan itu ada kumpulan yang berpatah balik ke Negeri Pahang dan ada kumpulan yang masih melilau dikawasan perhutanan persekitaran tersebut.
Hasil dari dokumen-dokumen yang dijumpai selepas pertempuran itu diserahkan kepada Pasukan Polis untuk dibuat penilaian dan kajian-kajian dimasa hadapan. Memandangkan kawasan pertempuran juga dikawasan pinggir penempatan maka dipercayai musuh cuba untuk keluar dari hutan melalui hujung-hujung kampung. Kampung persekitaran boleh dikatakan kebanyakan perkampungan Orang Melayu. Hasil dari maklumat mneyatakan musuh telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil, maka kami dipecahkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil juga.
Maka operasi fasa berikutnya agak selisa sedikit berbanding yang telah berlalu di fasa sebelumnya. Rata-rata meronda dikawasan terbuka dan juga pinggir-pinggir kampung. Begitu juga keadaan 'Baseup' agak terbuka sedikit. Namum demikian langkah berjaga-jaga dan kewaspadaan itu bertambah dan lebih dari biasa. Memandang memburu 'harimau-harimau yang sudah luka' pastinya lebih ganas lagi. Disamping itu juga kawalan lalulintas juga dilakukan dengan tanpa sebarang sekatan atau pemantauan oleh oleh Pihak Polis, ianya dilakukan bila-bila masa dan ketika. Setiap keaderaan awam diperiksa dan memastiakn tiada pembolosan berlaku.
Setelah beberapa-beberapa hari melakukan operasi tersebut, tiada hasil atau terdapat pembolosan oleh musuh, maka arahan penarikan keluar diberikan agar pasukan diberi pelaung untuk balik ke Kem SU. Disini terpancar-pancarlah wajah keriangan setiap anggota setelah berbulan-bulan menjalani operasi pulang kerumah. Lebih-lebih yang telah berkelamin @ berkeluarga (Faham-faham sudah le!!!!!). Semasa menunggu penarikan keluar sambil menunggu 3 tonner datang memunggut, sekonyong-konyong keluar dua orang berbangsa Cina dengan memakai pakaian awam yang agak kusut masai........
Dengan keadaan fisikal dan pakaian yang meragukan, pada mulanya kedua-dua mereka ditahan dan disolsiasat ala-kadarnya, memandangkan keadaan yang amat meragukan. Namun demikian mereka tetap bertegas mengatakan mereka adalah Penoreh Getah. Merumitkan dan mengelirukan tanpa sebarang peralatan Getah serta baju yang tanpa kesan-kesan getah. Kedua-duanya dibogelkan serta tengok keadaan kaki-kaki mereka sudah kembang.
Untuk maklum sekiranya seseorang itu telah berhari-hari memakai kasut dengan keadaan yang tidak menentu basah-keringnya keadaan warna kaki amat berbeza. Disini soal siasat 'ala-ala' gitu dilakukan, walaupun dalam keadaan yang teruk, namum mereka tidak juga mengaku dan tetap berkeras. Memang sah doktrin yang mereka terima amat kental. Dipendik cerita kedua-duanya diserahkan kepada pihak SB untuk tujuan siasatan selanjutnya. Mereka ini dibawa oleh Pihak SB ke suatu tempat bagi tujuan soal siasat. Biarkan Pihak Polis menguruskan nya seterusnya........
Pergerakan balik ke 'Main Base di SU dilakukan secara convoy dan convoy ini pula dibahagikan beberapa phase(peringkat) pergerakannya. Masa itu mana ada Lebuhraya kan? Ialah tahun 1974, maka pergerakan semuanya mengikut istilah sekarang ini 'Jalan Lama'. Pergerakan balik ke 'Main Base ini juga ada perkara melucukan terjadi.
Oleh Kerana pergerakan konvoi tersebut dibahagikan kepada beberapa peringkat,. Maka ada Konvoi yang baru saja sampai Di Main Base (SU), ada dipertengahan Jalan dsbnya. Bagi Konvoi saya ketika sampai di Pekan Kajang. Sampai sahaja di pekan Kajang, Konvoi saya melalui suatu Roadblock (RCP) Polis diadakan dihadapan Balai Polis Kajang. Saya kira sememangnya RCP itu khusus untuk kami. Ketika diarahkan berhenti oleh Peg di RCP menyatakan beliau mendapat arahan supaya Konvoi kami berpatah balik.
Yaa Allah, bayangkan situasi ketika itu lebih-lebih lagi yang sudah berkelamin (Faham-faham sahaja sudah lah). Berperasaan Marah, geram dan sebagai tergambar dimuka masing-masing dengan luahan perkataan yang tersepatutnya terkeluar dari mulut masing. Bagi saya dan seangkatan ( Bujang trang-tang-tang) macam saya tidak lah sangat. Kasihan member yang sudah berkelamin ketika itu. Dalam kepala masing-masing terbayang Wajah 'Mak Andeh' dirumah.
Begitu juga dengan Konvoi yang sudah sampai ke Main Base (SU). Sudah terlempias atau tidak. Waallahuwam. Macam taktik digunakan (opps X rated sikit). Berbalik kepada kumpulan Konvoi saya, apa-apahal perkena dulu Sate Kajang. Seingat saya dulu Sate Kajang berhampiran dengan Pump Station yang ada sekarang. Bayangkan lah satu Skuadron serbu dalam satu atau dua buah kedai dengan hiruk-pikuk, ragamnya dan bau-bauannya hilang bau aroma sate ketika itu.
Dalam karenah melayan seramai itu. Harapan saya agar semua nya melunaskan apa yang telah dimakan kerana itu akan menjadi darah daging. Tak tahu lah saya mungkin dalam seramai itu ada yang berfikiran sontot. Minta-minta janganlah. Maka setelah makan dan melunaskan apa yang patut Konvoi berpatah balik dengan jalan yang sama menuju semula ke Slim River dan bermula lah pulak phase yang lain dengan nama Operasi yang berbeza kerana Operasi tersebut diterajuii oleh 2 BDE (Ipoh Perak) yang sebelum ini diterajui oleh 4 Bde (Pahang).
Setelah diarahkan berpatah balik ke Slim River, sementara arahan selanjutnya saya dan anggota Skn berkampung semula di persekitaran Balai Polis Slim River. Khemah Skn Tek dibangun semula di Tanah lapang didalam kawasan Balai. Disitu saya bermalam buat sementara waktu.
Apa yang saya perhatikan dikemah yang sama terdapat Tempat Rehat (tidor) Jen Tan Sri (TUN) Ibrahim Ismail PAT ketika itu. Tan Sri begitu simple, tidur di kemah yang sama dengan kami, malah cuma diatas sebidang Ponco sahaja . Saya betul-betul respect Tan Sri (Tun). Tan Sri (Tun) begitu humble dan tak mengikut protokol walhal beliau ketika itu berpangkat Jen. Silap-silap orang tak jangka, ada Jen di Khemah tersebut.
Setelah menerima taklimat, memang sah yang dua orang itu adalah Penganas, seoarang agak berumur 40 dan seorang Remaja lelaki dalam belasan atau awal 20an. Lelaki yang berumur agak 'Hardcore' sedikit, manakala yang muda itu sudah nampak reaksi memberi kerjasama. Beberapa hari kemudian Sek saya telah diarahkan membawa anggota CEP tsb ke suatu kawasan hutan dimana mereka telah 'Dump' Senjata api mereka. CEP tsb dipakaikan loreng dan untuk memberi kepercayaan dan keyakinan kepada nya, maka dia juga diberi senjata, tetapi sudah pasti dalam keadaan yang tidak sempurna, walaupun nampak sempurna.
Oleh kerana Keadaan hutan agak jauh dihujung perkampungan masa pergi dan balik memakan hampir satu hari juga. Setelah menyelongkar kwsn dengan diberi sedikit pertanda dimana senjata ditanam, dengan agak lama maka senjata tersebut ditemui dan dibawa balik Ke Markas Tektikal.
Disamping itu kumpulan kami juga diarahkan mencari maklumat yang terdapat dihelaian kertas dimana apabila mereka kedua ini ditawan tempohari. Dengan Maklumat tersebut maka peringkat kedua dijalankan.
Komen
Jika kita bercerita kepada anak kita bahawa dahulunya kawasan Pahang Barat yang meliputi daerah Raub dan Bentong merupakan kawasan gerak tindak 6th Assault Unit yang merupakan satu Unit khas PKM menyusuk masuk untuk meluaskan pengaruh komunis pasti mereka tidak mempercayainya. Kehadiran musuh negara ini pada masa itu menjadikan kawasan tersebut kawasan hitam. Perjalanan dari Raub ke Felda Sungai Koyan pada masa itu kita terpaksa menempoh 5 road block oleh tentera, perjalanan waktu malam pula perlu mendapat permit Polis.
Selasa, 3 Disember 2013
Majun Dua Istimewa: "Mujarap tapi diharamkan...."
Majun Dua Istimewa |
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan PRODUK TIDAK BERDAFTAR yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama ‘MAJUN DUA ISTIMEWA’.
PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima sebanyak dua puluh empat (24) laporan kesan advers yang melibatkan produk Majun Dua Istimewa. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah peningkatan berat badan, peningkatan enzim hati yang mengakibatkan beberapa penyakit berkaitan hati, kegagalan fungsi buah pinggang secara akut, ‘Cushing’s Syndrome’, muka membengkak, kegatalan dan kesan alergi, peningkatan kadar kolesterol dalam darah, sakit kepala, sakit perut, najis berdarah, muntah, sakit dada, tulang rapuh, sesak nafas, jangkitan kuman dan gangguan perjalanan darah pesakit.
Laporan kesan advers terkini yang diterima daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun iaitu pesakit meninggal dunia akibat daripada komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal apabila beliau mengambil produk Majun Dua Istimewa selam 2 bulan sebagai ubat tahan sakit.
Hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit sendi tulang, sakit lutut, sakit urat, penat, sakit bahu, lumpuh kaki, tangan bengkak, sakit pinggang, lenguh seluruh badan, lemah tenaga dan angina sembelik.
Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM juga telah mengambil tindakan susulan dengan melakukan serbuan dan rampasan terhadap produk tidak berdaftar ini. Sehingga Jun 2013, sebanyak 401 botol produk ini telah dirampas dengan anggaran nilai sebanyak RM146,779. Walaupun tindakan telah diambil produk tidak berdaftar ini masih berada di pasaran kerana terdapatnya permintaan daripada orang ramai.
PERIHAL BAHAN RACUN
Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid dengan fungsi antiradang dan biasa digunakan dalam rawatan alergi. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana ia perlu diambil dengan dos yang sesuai mengikut keadaan pesakit. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaucoma. Pesakit juga boleh mengalami Cushing’s Syndrome yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI
Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk Majun Dua Istimewa adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual pada harga tidak munasabah dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Pesakit yang mengidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran.
Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.
DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Selasa, 26 November 2013
Majlis Kesyukuran
Majlis Ramah Mesra Dan Kenduri Kesyukuran Azamuddin Mohd Akil(Alex)
"dah sampai Kampung Relong Piala ni ..." |
Tarikh : 30.11.2013(Sabtu)
Masa :8.30 pm
- kenduri kesyukuran di Rumah Azamuddin Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.
- kenduri kesyukuran di Rumah Azamuddin Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.
Masa :9.00 am - 2.00 pm
- sesi ramah mesra di Dewan Orang Ramai Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.
Dijemput semua peminat Pahang hadir je majlis ini.
- sesi ramah mesra di Dewan Orang Ramai Kampung Relong Kuala Lipis Pahang.
Dijemput semua peminat Pahang hadir je majlis ini.
Ahad, 24 November 2013
"Kami dah tak larat..."
Penduduk Kuarters guru beratur untuk mendapatkan air |
KUALA
LIPIS - “Penduduk di sini terutama yang tinggal di tingkat empat dan lima dah
tak larat nak mengangkat tong berisi air. Kami harap gangguan bekalan air ini
pulih dengan segera supaya aktiviti harian kami berjalan seperti biasa.”
Begitulah keluhan seorang penghuni Kuarters Guru Terenggun, Wan Mohd Azril Wan Amiruddin, 38, yang berdepan dilema apabila bekalan air diterima mereka sering kali terputus malah semakin kritikal sejak lima bulan lalu.
Wan Mohd Azril berkata, kuarters yang mempunyai tujuh blok dan dihuni oleh kira-kira 300 penduduk itu jarang menerima bekalan air secara terus dalam tempoh 24 jam dan ini menyebabkan mereka terpaksa mengangkut air yang dibekalkan lori tangki ke rumah masing-masing.
“Masalah itu bukanlah isu baru tetapi sudah berlarutan sekian lama. Minggu lalu bekalan air terputus sehingga lima hari dan menganggu rutin harian penghuni.
“Walaupun hujan, penduduk beratur panjang untuk mendapatkan air yang dihantar ke sini dengan menggunakan tangki. Lebih menyedihkan apabila penghuni di tingkat empat dan lima terpaksa mengangkat tong air yang berat menaiki tangga kerana kuarters ini tidak mempunyai lif,” katanya semalam.
Wan Mohd Azril berkata, masalah itu perlu diselesaikan walaupun pihak berkaitan telah menghantar lori tangki untuk menyalurkan bekalan air.
"Sampai bila tangki akan berada dalam kawasan kuarters ini. Cukuplah, bantulah kami. Lagipun tidak semua yang mendapat bekalan ini,” katanya.
Wan Mohd Azril berkata, penduduk sudah mula rimas dengan isu bekalan air dan sudah sampai masanya kerajaan melihat alternatif yang lebih tersusun pada waktu ini supaya penduduk tidak terputus air pada saat mereka memerlukannya.
Menurutnya, mereka sedar kerajaan mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk meningkatkan kawasan loji mahupun empangan, tetapi keperluan segera itu perlulah difikirkan dengan lebih efisien.
“Penduduk di sini amat berharap masalah air itu mendapat perhatian daripada kerajaan. Bantulah kami selesaikan segera masalah bekalan air yang tidak menentu ini,” katanya. - Sinar Harian
Komen
Itulah lumrah alam, penduduk tradisioal yang menduduki rumah berhampiran dengan sungai terutamanya sungai-sungai besar menghadapi masalah banjir dan bah. Penduduk yang berada di tanah tinggi dan berbukit menghadapi masalah gangguan bekalan air.
Khamis, 17 Oktober 2013
Karnival Lipis 2013
23 Okt 2013 (Rabu)
9.00 pagi - 11.30 Malam:
Pameran Jualan/Ekspo Jualan
- Pertandingan Bayi Comel
- Sepetang bersama Artis Empire Rock Kapak Malaysia & Lagenda Drummer Yazid Search.
9.00 Malam - 11.00 Malam
Ceramah Agama Uztaz Kazim Elias
24 Okt 2013 (Khamis)
9.00 pagi - 11.30 Malam:
Pameran Jualan/Ekspo Jualan
9.00 pagi - 11.30 Malam:
Pameran Jualan/Ekspo Jualan
- Pertandingan Bayi Comel
- Sepetang bersama Artis Empire Rock Kapak Malaysia & Lagenda Drummer Yazid Search.
9.00 Malam - 11.00 Malam
Ceramah Agama Uztaz Kazim Elias
24 Okt 2013 (Khamis)
9.00 pagi - 11.30 Malam:
Pameran Jualan/Ekspo Jualan
9.00 pagi - 12 tengahari
- Pertanding Memasak
berasaskan Tempoyak
- Pertandingan Gubahan Telekong
- Pertandingan Kraftangan Barangan Terbuang
- Pertandingan Gubahan Pulut Kuning
- Sukan Rakyat bersama JKP
3.00 petang - 6.00 petang
- Pertandingan Sukan Rakyat WI
- Aksi Akrobatik
- Jet Mini Tempur
- Persembahan Dikir Moden
9.00 Malam - 11.30 Malam
Pertandingan Nasyid
25 Okt 2013 (Jumaat)
9.00 Pagi
– 11.30:
Pameran
Jabatan/Ekspo Jualan
11.00
pagi -1200 Tengahari
Bengkel
Deejay Audition
3.00
petang – 6.00 petang
Persembahan
Tarian Perang – Pancaragam
9.00
malam – 11 malam
Program
bersama insititut
Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
Drumline
Sketsa, Nasyid,
Koir, Dikir Barat, Speech Choir , Kompang Formasi, Tarian India, Cina, India, Melayu, Tarian Sewang, Gamelan, Anas ebel Kibod,
Ansembel Perkursi, Muzik Rakyat, Bamd.
26 Oktober 2013 (Sabtu)
9.00 Pagi
– 11.30:
Pameran
Jabatan/Ekspo Jualan
7.30
pagi – 9.00 pagi
Senamrobik
Perdana
9.00
pagi – 12.00 tengah hari
Pertandinagn
Sepak Penalti
Putsal
dan Pertandingan Bola Jaring 3 lawan 3
3.00
petang – 5.00 petang
Pertandingan
Karaoke
Persembahn
Silat Tari
Sepetang
Bersama Artis Seniman
9.00
malam – 11.30 malam
Pertandinagn
Kugiran
Artis
Jemputan :
Kumpulan
Def Gab C
27 Oktober 2013 (Ahad)
9.00 Pagi
– 11.30:
Pameran
Jabatan/Ekspo Jualan
9.00
pagi – 12 tengahari
Pameran
Kereta Antik, Vespa dan Superbike
Uji
Bakat Lakonan & Nyanyian
9.00
pagi – 12.00 tengahari
Pertandingan
Mewarna kanak-kanak tadika & Pra Sekolah
Tajaan
: Bank Rakyat
4.30
petang – 5.30 petang
Persembahan
Tambor
Dari
8 RAMD
5.30
Petang – 6.30 petang
Persembahan
Pancaragam dan Tarian Perang dari PDRM
9.00
malam – 11.30 malam
MAJLIS
PENUTUPAN KARNIVAL LIPIS 2013
Cabutan
bertuah
Artas
Jemputan : Azian & Typewriter, Elly Mazlein, Ali Kilauan Emas &
kumpulan Roadblock
Urusetia
Ekspo 0133220978/1029900773
Langgan:
Catatan (Atom)