responsif teks foto

Sabtu, 5 Januari 2013

Amaran Banjir



Jabatan Meteorologi pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang dijangka berterusan sehingga lewat petang Sabtu.
Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Sabah ialah di bahagian pedalaman Tambunan serta di bahagian pantai barat, daerah Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan,dan Tawau.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Negeri Sembilan (daerah Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah), Melaka (daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Pahang (daerah Bentong, Temerloh dan Bera) Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah daerah Mukah dan Dalat.
Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - BERNAMA

Sejarah Banjir Di Pahang

Tiada ulasan:

AddToAny