Veteran terima RM 1000 |
Bantuan RM 1000 pada
bekas tentera tak berpencen
Seramai 3,000 pesara tentera
tidak berpencen menerima bayaran bantuan
kewangan RM1,000 hari ini. Pembayaran One-off itu dilancarkan di Bagan
Datoh, Hutan Melintang, Perak yang akan disempurnakan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas ini, pemberian bagi fasa
seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari
ini. Pemberian hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak
berpencen itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam
pembentangan Bajet 2013 pada Oktober lalu. Sehingga kini ada
kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara.
Dianggarkan 180,000 daripadanya
masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit. Inisiatif kerajaan ini
perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya
membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang
tidak mempunyai pendapatan.
Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan
ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat
Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau
06-6015980 atau 019-3187898.
Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV
seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran
yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force
136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.
Ini adalah cadangan
Pakatan Rakyat bila menang PRU-13
"jawatankuasa
manifesto Pakatan Rakyat sedang mengira berapa imbuhan bulanan yang kita boleh berikan..." |
"Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan
berikan keutamaan kepada bekas-bekas angkatan tentera," kata Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli sewaktu ceramah malam tadi di Taman Rekreasi AU3,
Wangsa Maju..
"Kepada mereka yang tamat dan tak ada pencen, jawatankuasa manifesto Pakatan Rakyat sedang mengira berapa imbuhan bulanan yang kita boleh berikan (kepada mereka) daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). "Kita dah kira, kita yakin boleh bagi imbuhan setiap bulan walaupun tak sebanyak pencen," tambah Rafizi.
Menurutnya, jumlah imbuhan itu belum ditetapkan lagi namun cadangan itu telah diketahui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, Pakatan Rakyat turut bercadang untuk meningkatkan caruman kerajaan ke dalam LTAT bagi memastikan kebajikan anggota tentera lebih terpelihara.
"Kalau sebelum ini carumannya adalah 15 peratus, kalau kita menang, kita boleh naikkan caruman kepada 20 peratus," katanya. Tanpa memberikan sebarang perincian, Rafizi turut menjanjikan isu perumahan anggota tentera akan diberikan keutamaan oleh Pakatan Rakyat.

Komen
Sekarang mana yang lebih baik RM 1000 sudah tentu dapat ,cadangan
dari Pakatan Rakyat hanya berjanji apabila
menang PRU 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan