Wisma Koperasi Tentera |
Kepada Anggota Tentera atau Pesara yang masih
menjadi Ahli Koperasi yang aktif boleh memohon borang pengeluaran dividen 2012 di
bawah.
Permohonan
pengeluaran dividen ini mestilah sampai ke pejabat Koperasi Tentera pada atau
sebelum 30 Jun 2013(tarikh Mesyuarat Agung Tahunan KT ke 48).
Permohonan yang tidak lengkap tidak diterima dan dividen
akan hanya dikreditkan ke akaun Simpanan Khas anggota pada bulan Ogos 2013.
Permohonan yang
sampai ke Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Koperasi Tentera selepas 30 Jun
2013 tidak akan diproses dan hanya akan dikreditkan ke akaun Simpanan Khas
anggota dalam bulan Ogos 2013.
Dividen yang
kurang RM 25.00 tidak akan dikeluarkan dan akan dikreditkan ke dalam akaun
Simpanan Khas anggota secara automatik dalam bulan Ogos 2013.
Anggota tidak layak
menerima dividen sekiranya:
- Menarik diri sebelum 1 Januari 2013.
- Mempunyai yuran tertunggak.
- Mempunyai pembiayaan tertunggak atau
terbengkalai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan