responsif teks foto

Isnin, 3 Jun 2013

Pahang sasar bina rumah mampu milik setiap daerah

Kerajaan Pahang menyasarkan pembinaan projek perumahan mampu milik di setiap daerah di negeri
Dato' Wan Rosdy b. Wan Ismail
itu, bagi memastikan lebih ramai golongan sasar memiliki rumah sendiri.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata pejabat daerah dan tanah telah diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai, sama ada di dalam atau di pinggir bandar, bagi tujuan berkenaan.

"Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah mampu milik akan dapat dibina dalam tempoh lima tahun mulai tahun ini bagi memenuhi keperluan tersebut.

"Sebagai permulaan, sasaran sebanyak 3,000 unit rumah mampu milik akan mula dibina tahun ini dan pembinaan berikutnya akan dibina sebagaimana jadual ditetapkan," katanya kepada Bernama di Kuala Lipis, semalam.

Katanya kerajaan negeri akan menentukan kadar harga rumah berkenaan pada satu mesyuarat yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Jelai itu juga berkata sehingga kini kerajaan negeri menerima lebih 50,000 permohonan rakyat untuk mendapatkan rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Rosdy meminta mereka yang menyewa atau membeli perumahan rakyat daripada kerajaan agar menjelaskan bayaran tunggakan yang kini berjumlah lebih RM13 juta.

"Bayaran tunggakan itu perlu dilangsaikan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pembinaan projek perumahan seterusnya," katanya.

-Bernama

Tiada ulasan:

AddToAny