Firdaus, 12, dan adik bongsunya, Syafiqah, 3 tahun tinggal
bersama adik beradiknya (7 orang adik beradik) yang lain di rumah peninggalan
arwah ayah mereka di Kampung Tembeling, Berchang.
Dikala waktu ini, ibunya berada di Hospital Tengku Ampuan
Afzan, Kuantan difahamkan atas sebab masalah kencing manis dan jantung. Dikala
waktu ini juga kakak sulung mereka berada di Hospital Kuala Lipis difahamkan
juga atas sebab kencing manis.
Mereka hanya bergantung kepada bantuan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan pendapatan kakak mereka (anak
ke-2) yang bekerja di ladang timun Kampung Berchang. Kakak mereka ini (anak
ke-2) telahpun berkahwin dan tinggal bersama mereka.
Adik beradik mereka yang lain (anak ke-3, 4 & 5)
masing-masing masih bersekolah di tingkatan 3, 4 dan 6 di sekolah menengah
dalam daerah Lipis dan hal ini menyebabkan Firdaus terpaksa berkorban untuk
tidak ke sekolah (bermula selepas peperiksaan UPSR) demi menjaga adiknya di
rumah.
Lawatan YB Dato' Mustapa Long, ADUN Padang Tengku dan
rombongan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lipis lewat tengah
hari tadi sedikit sebanyak membantu memberi penyelesaian kepada mereka.
Mari kita sama-sama doakan agar keluarga ini dipermudahkan
segala kesulitan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aamiin.
Sumber : Facebook Lipis Kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan