responsif teks foto

Ahad, 30 September 2018

Pak Belang di Kuala Tahan

Live jumpa Pak Belang...
Menurut pemilik fb Shahrul Azwan, kejadian berlaku jam 3.45 petang tadi di Kuala Tahan jalan menuju ke Kg Pagi...
Semoga khazanah rimba ini terus dijaga tanpa ada gangguan dari pemburu-buru haram... ingat senang ke nak jumpa rimau gajah secara live ni?
Kredit video : Shahrul Azwan

Harimau ini spesies 'Panthera Tigris' yang sukar ditemui.
Panthera tigris (Tiger)

Lagi Pak Belang ditemui..
Lokasi di Sg Kejar Royal Belum..
Kredit: Bukhary gerik guide Tasik Temenggor Banding Perak

Rabu, 19 September 2018

'Sutan Puasa yang buka KL, bukan Yap Ah Loy'

Sutan Puasa merupakan orang yang layak dianggap sebagai pembuka Kuala Lumpur, dan bukannya Yap Ah Loy mahu pun Raja Abdullah, demikian menurut pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

“Ramai yang tidak mengetahui tentang peranan Sutan Puasa dalam membuka Kuala Lumpur kerana tidak banyak cerita mengenai beliau diketahui umum.
Sekitar 1960 – Jalan Tun Tan Cheng Lock, 
di depan Plaza Kota Raya


“Dahulu orang Melayu tidak suka menyimpan rekod dan ia juga antara faktor menyebabkan pedagang dari Sumatera, Indonesia itu kedengaran asing dalam sejarah Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Menurut Jurnal Seni Bina Asia Tenggara 2013 oleh Universiti Kebangsaan Singapura yang disiarkan oleh laman academia.edu, Sutan Puasa atau Sutan Naposo berasal dari Mandailing di Sumatera dan menganut agama Islam.

Mengikut catatan Mandailing pula, di akhir hayat Sutan Puasa telah menetap di Kampung Rawa (Jalan Melayu sekarang) sebelum berpindah ke sebuah perkampungan Mandailing di Jalan Chow Kit.

Sutan Puasa yang terkenal sebagai pedagang timah meninggal dunia pada 1905 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jalan Ampang.

Mengulas lanjut, Khoo berkata, adalah mustahil Yap yang membuka Kuala Lumpur kerana beliau sendiri hanya merupakan kapitan ketiga orang Cina di Kuala Lumpur.

Sebelum aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan di Kuala Lumpur, orang-orang Mandailing telah membina penempatan di sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang, jelas Khoo.

Pada masa sama, katanya, aktiviti pertanian dan perdagangan turut dijalankan di sekitar kawasan penempatan tersebut.
Sutan Puasa


Nama Kuala Lumpur diambil dari sebatang sungai bernama Sungai Lumpur, namun nama sungai tersebut ditukar kepada Sungai Gombak pada tahun 1875, tambahnya.

“Pentadbiran secara tidak langsung yang diamalkan oleh raja dan pembesar pada masa tersebut telah meluaskan pengaruh Sutan Puasa di kalangan orang Mandailing.

“Sebagai ketua, beliau bertanggungjawab mentadbir dan memastikan tiada kekacauan yang timbul di kalangan orang Mandailing serta akur kepada perintah raja,” katanya.

Hiu Siew kemudiannya menjadi kapitan Cina Kuala Lumpur pertama dengan sokongan Sutan Puasa yang merupakan orang kaya Mandailing pada ketika itu, ujarnya lagi.


Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Ahad, 16 September 2018

HARI MALAYSIA


Hari ni cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia iaitu bersempena dengan Hari Malaysia. Apa itu hari Malaysia??? Mari kita selusuri sejarah Hari Malaysia.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara

TARIKH 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara khususnya dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang.

Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah disuarakan pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu kesatuan atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia.Kata Tunku dalam ucapannya, “Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.”

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Rentetan Peristiwa

27 Mei 1961

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962

Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962

Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962

Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962

Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963

Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.

Selasa, 11 September 2018

Restoran House of Patin Lipis

Gulai Tempoyak Patin 

Tahniah...!!!!  orang Lipis berjaya meluaskan empayar Gulai Tempoyak Patin di dalam bandaraya Kuala Lumpur...."siap ada tetamu istimewa lagi, orang-orang  Lipis di Kuala Lumpur...."

“Rindu juadah kampung , hari ini saya makan tengah hari di Restoran House of Patin Lipis di KL . Ada ikan patin tempoyak, ikan kelah goreng, ayam goreng, sambal petai tempoyak, dan sambal hitam . Hidangan di sini sedap, hasil air tangan orang Kuala Medang…”Dato’ Najib

Perasmian 'House of Patin Lipis'



Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah yang sudi datang santap dan merasmikan House Of Patin. Restoran Lipis di KL pada 10 Sept 2018.

Ahad, 9 September 2018

MELAYU COCOS ISLAND




 MELAYU COCOS ISLAND ... sebuah pulau yang begitu terasing jauh dari negara jajahannya. Bagaikan anak yang terpisah jauh dari ibunya. Cocos Island yang terletak di Indian Ocean dan lebih tepat lagi berada jauh ke barat di antara pulau Sumatera dan pulau Jawa, dihuni hampir keseluruhannya orang Melayu yang asalnya dari Malaysia dan Indonesia beragama Islam berhijrah atau di bawa oleh British ke pulau tersebut bagi melakukan kerja-kerja penanaman, menjaga, memetik serta memperoses kelapa pada tahun 1880an dahulu. Lebih 150 tahun yang lepas dan akhirnya menetap di kepulauan tersebut. Mereka kini sedang memperjuangkan hak mereka dari kerajaan Australia dan mahu diiktiraf sebagai penduduk asal atau " Indigenous people" Kepulauan yang menyerupai Maldives dan mempunyai perairan yang cukup bersih dan terjaga.

Cocos Island memiliki 27 kepulauan dan penghuninya rata-rata berketurunan melayu Malaysia dan Indonesia dan generasinya masih mengekalkan budaya melayu yang kuat, berpakaian seperti orang melayu dan masih mengekalkan adat istiadat serta cara hidup yang lazimnya d huni oleh org melayu. Cuma ada sedikit pertembungan budaya Scottish yang diterapkan dalam kebudayaan seni mereka yang berkemungkinan hasil penjajahan British di kepulauan tersebut. Pada pengamatan admin jika melihat dari video dokumentari di bawah.. admin tidak nampak sesuatu yang pelik dan terasa mereka seolah-olah berada di bumi Malaysia.

KINI Cocos Island berada di bawah jajahan Australia setelah British menjual kepulauan tersebut kepada kerajaan Australia. Namun rata-rata rakyat Australia tidak mengetahui akan kewujudan pulau Cocos yang begitu cantik lagi menakjubkan itu. Andaikata ada penerbangan terus ke pulau itu, mahu sahaja admin terbang ke sana sambil menikmati pemandangan yang indah sambil bertemu saudara seketurunan serta menikmati keindahan Cocos Island. InsyaAllah, jika ada kesempatan pasti admin akan cuba menjejaki pulau ini..

MUNGKIN ADA PEMBACA YANG PERNAH KE COCOS ISLAND ATAU PENDUDUK COCOS ISLAND yg terbaca artikal ini dapat berkongsi bagaimana untuk ke Cocos Island melalui jalan laut atau udara bagi kita melihat Cocos dengan lebih dekat lagi.

* Kecik jek pulau ni dalam peta dunia dan kena zoom baru nampak. Nak kena sini, RM kena lebat sbb flight ke sini amat mahal dari Perth. Keja kuat lagi semoga RM setanding dgn AUD..kehkehkehkeh

GENG KAKIREMPIT

Kepulauan Cocos


Rabu, 5 September 2018

5 jenis motosikal jimat minyak


Mimaland Gombak

Tinggal kenangan ;  Perjalanan Lipis - Raub - Bentong - Kuala Lumpur 170 km


Rakaman penuh video yang mempromosikan teman tema Mimaland, Gombak pada tahun 1989. Di dalam rakaman video yang berdurasi 17 minit ini dipaparkan hampir keseluruhan gambaran lokasi tumpuan pengunjung yang terdapat di Mimaland antaranya Tasik, Kolam Renang dan Gelungsur Air, Taman Haiwan Pra-Sejarah, Safari Golf, Tapak Aktiviti Perkemahan, Tapak Aktiviti Sukaneka, Lokasi Persembahan Pentas Nyanyian, Taman Bunga, Restoran-Restoran dan Beberapa Kemudahan Tempat Penginapan.

Melalui dokumentari ringkas dan padat seperti ini ianya sedikit sebanyak dapat mengembalikan nostalgia di zaman kegemilangan Mimaland yang pernah menjadi lokasi popular tumpuan pengunjung pada suatu ketika dahulu (1971 - 1994).

AddToAny