Kesedaran dikalangan Orang Asli semakin terasa sejak
berlakunya insiden blockade' di Gua Musang. Semangat mempertahankan tanah adat
mereka mula merebak diseluruh negara dan dengan bantuan media sosial,
suara-suara mereka sudah mula didengari.
Di Adun Jelai, Batin Ramli dari Pos Lenjang adalah salah
seorang yang lantang bersuara tanpa rasa takut lagi kerana menyedari bahawa
sebahagian besar daripada masyarakat Orang Asli sudah mula berani.
Permasalahan di Jelai semakin hari semakin
kronik.Penduduk di Pos Lanai sudah dipindahkan ke Pantos untuk projek Empangan
Telom. Pos Lenjang juga terkesan kerana air Sungai Jelai akan disalurkan ke
Empangan Telom dan ini akan mengubah persekitaran kampung-kampung Orang Asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan