responsif teks foto

Rabu, 22 April 2020

Kenyataan Media MB Pahang

KENYATAAN MEDIA 
YAB MENTERI BESAR PAHANG 

Sukacita saya umumkan enam (6) lagi inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

Keenam-enam inisiatif ini ialah – 

1) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 2,400 veteran tentera berpencen tanpa gaji dan menjadi ahli Persatuan Veteran Tentera Negeri Pahang. 

Nilai peruntukan ialah RM360,000. 

2) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 600 bekas polis yang menjadi ahli Persatuan Bekas Polis Pahang. 

Nilai peruntukan ialah RM90,000. 

3) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 anggota sukarela Rejimen 505 Askar Wataniah. 

Nilai peruntukan ialah RM45,000. 

4) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 565 nelayan tidak berlesen. 

Nilai peruntukan ialah RM84,750. 

5) Barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 penerima sepertimana dipohon oleh beberapa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). 

NIlai peruntukan ialah RM15,000. 

6) Sumbangan kepada pengurusan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kerana menanggung perbelanjaan makan-minum 60 pelajar anak Pahang yang kekal tinggal di rumah-rumah sewa. 

Nilai peruntukan ialah RM20,000. 

NIlai peruntukan bagi keenam-enam inisiatif terbaharu di bawah Fasa Keempat ini ialah RM614,750. 

Dengan ini menjadikan keseluruhan 28 inisiatif Kerajaan Negeri perkenalkan dan laksanakan iaitu lapan (8) inisiatif diumumkan pada 23 Mac di bawah Fasa 1; lima (5) inisiatif diumumkan pada 30 Mac di bawah Fasa 2; sembilan (9) inisiatif diumumkan pada 8 April di bawah Fasa 3; dan enam (6) lagi inisiatif diumumkan hari ini di bawah Fasa 4. 

Nilai peruntukan serta implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk kesemua 28 inisiatif ini ialah RM24.962 juta atau kira-kira 3.37 peratus daripada Bajet Negeri Pahang 2020 sebanyak RM739.89 juta. 

Jumlah penerima keseluruhannya melibatkan kira-kira 101,894 Ketua Isi Rumah atau kira-kira 27.86 peratus daripada kesemua 365,800 Ketua Isi Rumah di negeri ini. 

Adalah diharapkan, kesemua 28 inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya membantu rakyat yang terkesan teruk dengan PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemikCOVID-19 ini, In Sya Allah.    

YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang 
22 April 2020

Tiada ulasan:

AddToAny