responsif teks foto

Selasa, 5 Julai 2022

Kasihan Veteran Tentera, Ramai Hidup Miskin.

 


Dianggarkan 60 peratus veteran tentera di negara ini yang menerima pencen bulanan masih hidup miskin di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Kapten (Bersara) Datuk Sharuddin Omar berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan 95 peratus adalah dalam kalangan veteran lain-lain pangkat yang menerima gaji rendah.

"Jadi apabila mereka pencen, mereka masuk dalam kategori kemiskinan. Pencen diterima mereka yang berpencen sebelum 2004 adalah di bawah RM1,000.

"Contohnya seorang pegawai waran yang berpencen pada 1990 hanya menerima pencen antara RM500 ke RM600 sahaja. Macam mana pula yang berpangkat prebet?," katanya pada Majlis Makan Malam Amal 100 tahun Veteran dan Perasmian Penutupan Persidangan Perwakilan PVATM Negeri Sembilan Kali Ke-68, di si

Justeru, beliau berkata, PVATM tidak pernah berhenti berjuang untuk mendapatkan penyelarasan pencen dan dilaksanakan mengikut kaedah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan sejak 2014, tetapi sehingga kini belum ada sebarang keputusan.

Tambah beliau, seramai 170,000 ahli veteran berusia lebih 60 tahun dan kebanyakannya mengalami masalah kesihatan berpunca daripada aktiviti atau tugas mereka ketika bertugas di dalam ATM

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, PVATM mempergiatkan usaha menjejaki pusara pejuang yang terkorban dalam pertempuran bagi memulihara tempat bersemadi veteran terbabit.

"Kita mula menjejak pusara terbabit untuk dipelihara dan kemudian diletakkan lambang PVATM bagi mengenang jasa ditaburkan," katanya.



Tiada ulasan:

AddToAny