responsif teks foto

Isnin, 18 Julai 2022

Permohonan Rumah PPRT 2022

 


Sekiranya anda ingin membaik pulih atau membina rumah baru untuk diduduki dan memerlukan bantuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar  telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan PPRT secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU PPRT

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan  bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

KEUTAMAAN BANTUAN PPRT

Permohonan ini diberikan keutamaan kepada:
  • Warga emas
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
  • Mangsa bencana yang berskala kecil
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT

Berikut adalah merupakan syarat asas  permohonan yang perlu diikuti:
  • Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
  • Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
  • Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
  • Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
  • Kawasan luar bandar.
 
KATAGORI PPRT

Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT disediakan iaitu:

Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
Syarat bantuan bina Baru:
Tidak mempunyai rumah
Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
Tidak ekonomik untuk dibaiki
Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan

Baik Pulih

Bagi pulih rumah melibatkan 3 element seperti berikut:
Penyelenggaraan
Penambahbaikkan
Requisition
Syarat bantuan baik pulih rumah:
Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan borang kebenaran menggunakan tanah
 
DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan:
  • Dokumen berkaitan pemilikan harta/tanah
  • Dokumen pendapatan
  • Gambar kad pengenalan (depan & belakang)
  • Gamabr rumah semasa (sekiranya ada)
CARA PERMOHONAN PPRT

Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

Layari pautan system eSPKR: https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
Papa paparan utama klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin
Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
Semak kembali sekiranya betul klik pada Hantar Permohonan
 
MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh merujuk:

Talian Helpline: 03-8000 8000
Emai: info@ruralink.gov.my



Tiada ulasan:

AddToAny