Kemaskini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga
15 September 2023
Pengenalan
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan* semasa musim tengkujuh
Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200)
Kelayakan
1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
Warganegara Malaysia
Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
Warganegara Malaysia
Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Cara Memohon
Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada
Dokumen yang Diperlukan
Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi
Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
Geran asal tanah dan salinan; dan
Salinan buku akaun bank yang aktif.
Penoreh Bukan Pemilik
Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
Salinan geran lot yang ditoreh; dan
Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
Pekebun Kecil di bawah Agensi
Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
Surat pengesahan daripada Agensi
Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).
Seperti tahun lalu, suka saya ingatkan selalu kepada semua Pekebun Kecil RISDA agar tidak bertangguh untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini.
Jangan ada lagi yang tercicir...
Tarikh kemaskini 15 Jun 2023 – 15 Sept 2023
https://pekebunkecil.risda.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan