responsif teks foto

Rabu, 24 Januari 2024

FGV Melancarkan Bahan Penanaman Kelapa Sawit Toleran Ganoderma Pertama di Malaysia

 


Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya, Felda Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB) hari ini melancarkan dua produk inovatif baharu, YangambiGT1 dan PalmaShield yang mampu mencegah serangan ganoderma yang merupakan antara ancaman utama dalam industri kelapa sawit.

YangambiGT1 ialah benih minyak sawit pertama di Malaysia dengan keupayaan bertolak ansur terhadap serangan ganoderma manakala PalmaShield adalah agen kawalan bio daripada spesies Trichoderma asperellum.

Ganoderma adalah kulat yang menyebabkan penyakit reput batang basal pada pokok kelapa sawit. Pada masa ini, 4% atau 60,000 hektar daripada keseluruhan ladang kelapa sawit di Malaysia telah diserang ganoderma dengan anggaran kerugian industri kira-kira RM1.5 bilion.

Jumlah kawasan yang dijangka terjejas oleh ganoderma akan meningkat kepada kira-kira 450,000 hektar, bersamaan dengan kira-kira RM11.25 bilion menjelang tahun 2020.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Zakaria Arshad berkata, Kluster Perkhidmatan R&D dan Agri mengambil masa hampir 10 tahun untuk membangunkan bahan tanaman baharu, YangambiGT1 yang merupakan pendekatan jangka panjang terbaik untuk menyelesaikan serangan ganoderma.

“PalmaShield mempunyai keunikan tersendiri kerana ia merupakan agen kawalan biologi yang perlu diaplikasikan sekali ketika anak benih ditanam berbanding produk lain di pasaran yang berasaskan bahan kimia dan perlu digunakan semula pada selang masa tertentu.
Inovasi baharu itu tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan alam sekitar dan selaras dengan komitmen Kumpulan untuk melaksanakan amalan mampan dalam setiap operasi perniagaan,” katanya.

FGV menjangkakan jualan 30,000 anak pokok YangambiGT1 pada 2016 dan meningkat kepada 100,000 anak pokok menjelang 2017. Pada masa ini, FGV memiliki 43% bahagian pasaran tempatan menerusi produk bintangnya, jenama Yangambi ML161. Bagi PalmaShield, FGV menjangkakan jualan sebanyak 300 tan setahun dengan anggaran nilai RM5 juta.

Pada masa ini, FGV adalah satu-satunya pengeluar benih toleran ganoderma di Malaysia iaitu YangambiGT1. Penemuan tanaman tahan penyakit ini secara tidak langsung akan mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap jenama Felda Yangambi.

PalmaShield ialah biokawalan kuat berasaskan kulat yang mengandungi bahan aktif (Trichoderma Asperellum M103) untuk mengawal ganoderma. Uniknya, strain Trichoderma berasal dari tanah subur yang terletak di ladang kelapa sawit di Sungai Tekam, Pahang dan telah diuji keberkesanannya di tapak semaian pada tahun 2014 dan 2015.

Tiada ulasan:

AddToAny