responsif teks foto

Jumaat, 22 Mei 2020

Sempena Hari Hol

Merafak Sembah Takziah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Keluarga DiRaja, sempena Hari Hol memperingati kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda tahun lepas – 22 Mei 2019 atau 17 Ramadan 1440 Hijrah, ialah tarikh penting dalam kalendar Islam yang bersamaan sambutan Nuzul Al-Quran.

Patik serta pacal-pacal sekalian mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda sentiasa dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan dalam kalangan para syuhada’ dan solehin, In Sya Allah.

Ampun Tuanku.



Isnin, 18 Mei 2020

Sidang Parlimen 18 Mei 2020

Hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menjawab dua soalan yang penting, iaitu

(1) Tun Dr Mahathir Mohamad confirm telah letak jawatan.

(2) Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri (PM8) yang sah.

Hari ini juga, di dalam sidang media selepas persidangan parlimen, Mahathir confirm yang Parti Pribumi Bersatu (PPBM) masih duduk di dalam Pakatan Harapan dan bukan duduk di dalam Perikatan Nasional.







Tun Mahathir Kantoi

Keputusan Parti Pribumi Bersatu ialah untuk keluar dari Pakatan Harapan




Betul betul kantoi......tak mengaku pulak tu dia bersama sama setuju Bersatu keluar PH. Ini Tun Mahathir banyak putar belit.


Ahad, 17 Mei 2020

Semakan e- BMT RISDA

Bantuan Khas Hari Raya Adilfiri 2020
Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikut penularan wabak convid19(BKC 2020)

Tidak perlu isi borang.
Tidak perlu Hadir Ke Pejabat RISDA.
Sila duduk di rumah.

Penerima yang layak menerima bantuan Musim Tengkujuh tahun 2019(BMT 2019) 
layak menerima (BKC 2020) secara automatik dan bayaran akan dibuat 
ke akaun penerima yang didaftarkan 

Boleh Check melalui telefon Bimbit pautan berikut






Telah dikredit kedalam akaun Bank pada 21 Mei 2020


Khamis, 14 Mei 2020

TF Kuala Lipis ditutup




Sehubungan dengan kes COVID-19 yang melibatkan seorang pekerja Pasaraya TF Kuala Lipis, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis berharap semoga masyarakat sekitar daerah Lipis yang pernah hadir ke pasaraya tersebut *BERTENANG* & *TIDAK PANIK*. Untuk masa ini, hanya mereka yang benar-benar dikategorikan sebagai kontak rapat sahaja yang disaring oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis.

Sekiranya anda *TIDAK* mengunjungi bahagian Buah- buahan TF serta *TIDAK* mengalami sebarang gejala, anda diharapkan supaya kekal tenang. Anda juga *TIDAK PERLU* ke fasiliti kesihatan berikutan hal ini. Anda sangat digalakkan untuk:

  •  Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu: 
  •  kerap cuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer
  •  memakai topeng muka
  •  mengamalkan etika batuk atau bersin yang baik
  •  Menjaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter
Tempat yang paling selamat buat masa ini adalah di rumah masing-masing.

Kepada golongan pekerja, anda *MESTI* mengamalkan norma baru dan SOP yang telah ditetapkan di tempat kerja masing-masing.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Lipis di talian 09-3101085. Kerjasama dari pihak Tuan/ Puan amat kami hargai. 
Sekian, terima kasih.

#PKD Lipis
#kitajagakita
#stayathome

TF Telah Di Buka 


28 Mei 2020


TF Value - Mart di Buka 8.00 Pagi - 7.00 Malam

Rabu, 13 Mei 2020

TF Raub ditutup

*Pemakluman Terkini*
Dimaklumkan bahawa semua premis perniagaan di daerah Raub yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPB adalah dibenarkan meneruskan perniagaan *KECUALI* Pasaraya TF Value Mart Jalan Lipis dan semua kedai di Pekan Dong. 

Pasaraya TF Value Mart Jalan Lipis dan semua kedai di Pekan Dong kekal ditutup sehingga satu arahan baru dikeluarkan kelak.

Yang DiPertua 
Majlis Daerah Raub
11 Mei 2020

Melayu takut DAP

MENGAPA TUN BEGITU TAKUT KEPADA NAJIB?

Kehadapan Tun Mahathir,

Tadi saya terbaca karangan panjang Tun mengatakan bahawa orang-orang Melayu begitu takut kepada DAP.

Di samping mempertahankan DAP, Tun juga kata bahawa DAP tidak akan menghancurkan Melayu tetapi Melayu akan hancur jika memilih Najib sebagai pemimpin.

Tun juga memanggil pelbagai nama makian dan kejian kepada Najib seperti penyangak, penyamun, kleptokrat dan sebagainya dan menggelar orang-orang Melayu yang menyokong Najib (dan tidak menyokong DAP) sebagai bacul.

Sebenarnya, apabila seseorang mengkeji orang dengan ayat-ayat makian seperti di atas, ia menggambarkan sahsiah orang yang mengkeji tersebut dan bukannya orang yang dikeji.

Dan walaupun pemimpin-pemimpin DAP ada yang terpalit dengan skandal rasuah yang besar namun Tun tidak endahkan hal itu malah melepaskan mereka begitu sahaja.

Bercanggah dengan apa yang Tun katakan, orang-orang Melayu tidak takut kepada DAP, sebab itu mereka berani tinggalkan DAP dan buang mereka (DAP) dari kerajaan.

Ini adalah walaupun orang-orang Melayu tahu bahawa DAP mempunyai jaringan taikun-taikun perniagaan dan ekonomi yang besar yang boleh menjaga tembolok segelintir orang-orang Melayu yang berkepentingan ataupun menjatuhkan mereka.

Nasib baik masih ramai pejuang-pejuang orang Melayu yang ikhlas yang bukan berjuang untuk tembolok sendiri.

Tun mungkin lupa apabila DAP berkuasa dalam kerajaan selama 22 bulan, pemimpin-pemimpin mereka secara lebih berani dan terang-terangan menyemarakkan prejudis dan api perkauman dan telah menghina orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu dan Agama Islam, mempersoalkan hak-hak orang-orang Melayu dan status Agama Islam dalam Perlembagaan, menerukkan Islamofobia, menakut-nakutkan bukan Melayu kepada tulisan jawi, mengagung-agungkan Chin Peng dan menggelar pengganas komunis sebagai pejuang, dan banyak lagi perkara yang memburukkan kebencian di antara rakyat. 

Orang-orang Melayu yang menentang perbuatan dan hasutan-hasutan di atas tersebut tidak bacul, malah sebaliknya orang-orang yang membiarkan sahaja perkara-perkara di atas berlaku di bawah hidung mereka itulah sebenarnya yang bacul.

Dan amat mengecewakan orang-orang Melayu apabila orang yang tidak berani tinggalkan DAP adalah Tun. 

Mungkin sebab kroni-kroni yang menjaga kepentingan Tun adalah taikun-taikun yang sama yang menyokong DAP.

........

Tun juga kata British tidak pernah menawan Tanah Melayu malah orang-orang Melayu kononnya yang telah menjemput British untuk menjadi penasihat mereka.

Kenyataan Tun ini bukanlah fakta kerana orang-orang Melayu tidak pernah menjemput British untuk menjajah mereka mahupun menjadi sebagai penasihat.

British telah datang dengan kapal perang dan meriam dan berunding dengan Belanda untuk menyerahkan Tanah Melayu kepada mereka (British) tanpa dijemput oleh orang-orang Melayu.

Tun juga kata bahawa kita telah memboikot barangan British dengan kempen "Buy British Last" pada tahun 1981 apabila Tun menjadi Perdana Menteri kerana British telah terbangkan pesawat Concorde di ruang udara tanpa izin Malaysia.

Namun ini bukanlah sebab dan fakta sebenar kerana apa yang Tun tidak beritahu ialah pada masa yang sama ketika itu Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun telah mengalami kerugian sebanyak beratus-ratus juta ringgit akibat kegagalan "perjudian" spekulasi harga bijih timah oleh Tun di London Metal Exchange kerana tindakan kerajaan British yang menganggap Tun cuba menipu mereka dengan spekulasi harga hadapan bijih timah.

Walaupun ianya salah Tun, Tun marah kepada mereka dan memboikot barangan mereka.

Dan apabila Malaysia mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah pada tahun 1997-1999, Tun cepat menyalahkan penyangak matawang yang telah menyerang sistem kewangan negara.

Namun apa yang Tun tidak beritahu ialah mereka telah menyerang kerana sistem kewangan negara yang lemah di bawah pentadbiran Tun pada ketika itu di mana pentadbiran Tun juga terlibat dalam spekulasi matawang dan menipiskan rizab Bank Negara.

........

Saya tidak faham mengapa Tun begitu takut dengan Najib.

Tun tidak perlu salahkan Najib atau mengkeji Najib lagi. 

Tun tentunya sedang marah kerana anak Tun iaitu Mukhriz baru ditendang sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua.

Namun Tun mungkin lupa bahawa Najib bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan tidak ada kena mengena dengan penyingkiran Mukhriz oleh ADUN-ADUN Kedah semalam.

Setelah sekian lama Mukhriz bergantung kepada Tun dalam kerjaya politiknya, kini tiba masanya dia perlu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bertongkat lagi.

........

Saya cadangkan dalam bulan Ramadan yang berkat ini supaya Tun banyakkan amal dan jauhkan dari mengkeji orang lain.

Saya lihat Tun dan DAP kini saling suka menyukai, oleh itu mungkin DAP akan menjemput Tun dan Mukhriz untuk masuk ke parti mereka jika Tun dua beranak ditolak oleh Bersatu.

Namun saya harap Tun tidak tunduk atau akur kepada DAP.

Cukuplah selama ini mereka menggunakan segelintir orang-orang Melayu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Negara tidak akan stabil dan tidak akan maju dengan prejudis perkauman yang disemarakkan oleh DAP.

Dahulu kita pernah ditipu oleh penjajah British. Kini pada pengakhirannya janganlah kita ditipu oleh DAP pula.

Ikhlas,
ISHAM JALIL
13 Mei 2020Tun Mahathir 

Selasa, 12 Mei 2020

Loghat Hulu Tembeling

Bahasa Ulu Tembeling
Ong - Awak, You
Gon - Kamu (ramai), You All
Auk - Ya, Yess
Pek - Tiada, No
Lunor - Denai, Rentis, Path
Sapan - Habis, End
Kelasah - Tikar Besar (mengkuang)
Masek - Benda, Apa dia, What's That
Lenyum - Licin, Rata(Permukaan), Smooth
Sebat - Kasar, Kesat(permukaan), Rough
Beliwak - Terlampau, Extrem
Tibam - Memukul dengan tangan, Beat by hand
Lambor - Beranda, Balcony
Tapok - Sorok, Hide
Leca - Tilam, Mattress
Mengkalan - Pengkalan (Tempat singgah bot), Port, Bay
Sumber: Petikan dari Kamus Ulu Tembeling. Gambar Jeram Perahu

AddToAny