Sehubungan dengan kes COVID-19 yang melibatkan seorang pekerja Pasaraya TF Kuala Lipis, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis berharap semoga masyarakat sekitar daerah Lipis yang pernah hadir ke pasaraya tersebut *BERTENANG* & *TIDAK PANIK*. Untuk masa ini, hanya mereka yang benar-benar dikategorikan sebagai kontak rapat sahaja yang disaring oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lipis.
Sekiranya anda *TIDAK* mengunjungi bahagian Buah- buahan TF serta *TIDAK* mengalami sebarang gejala, anda diharapkan supaya kekal tenang. Anda juga *TIDAK PERLU* ke fasiliti kesihatan berikutan hal ini. Anda sangat digalakkan untuk:
- Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu:
- kerap cuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer
- memakai topeng muka
- mengamalkan etika batuk atau bersin yang baik
- Menjaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter
Tempat yang paling selamat buat masa ini adalah di rumah masing-masing.
Kepada golongan pekerja, anda *MESTI* mengamalkan norma baru dan SOP yang telah ditetapkan di tempat kerja masing-masing.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Lipis di talian 09-3101085. Kerjasama dari pihak Tuan/ Puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
#PKD Lipis
#kitajagakita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan