responsif teks foto

Sabtu, 30 Mei 2020

Rantaian Covid-19 hampir putus

Rantaian jangkitan COVID-19 hampir putus di Malaysia

Dato' Noor Hisham Abdullah - DG Kesihatan
Perkembangan semasa kes COVID-19, menyaksikan Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan wabak itu yang dikesan menyusup masuk ke negara ini pada Januari lalu.
berdasarkan jumlah kes positif yang semakin menyusut, selain tiada kematian direkodkan untuk hari kelapan berturut-turut.

Menaruh keyakinan sedemikian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia “Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu.

“Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

30 Mei 2020

Kes Baru import di laporkan = 30

  • 3 Kes Import 
  • 27 Kes Penularan Tempatan


Jumlah keseluruhan kes dilaporkandi Malaysia : 7,762

Jumlah Kes Aktif : 1,317

Kes sembuh : 95

Jumlah keseluruhan kes sembuh : 6,330 (85.42%)

Jumlah keseluruhan di ICU : 9

Kematian : 0

Jumlah keseluruhan Kematian : 115 (1.48%)

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Mudah2an kita boleh mencapai kemenangan

AddToAny