SISTEM PEWARISAN TANAH FELDA (GSA) DAN KESANNYA
KEATAS HUBUNGAN SOSIAL MERENTASI GENERASI :
PENDEKATAN TEORI DASAR SOSIAL (TDS)
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan GSA ke atas hubungan sosial generasi FELDA. Peraturan GSA secara eksplisit telah menyekat pembahagian harta pusaka dikalangan waris yang mana hanya seorang penama sahaja akan dinamakan sebagai pemegang amanah. Walaupun kaedah ini baik untuk memastikan kelestarian FELDA dalam program pembasmian kemiskinan tetapi menimbulkan permasalahan dalam isu agihan warisan dan hubungan sosial. Apa yang berlaku adalah penama akan bertindak sebagai pemilik dan menafikan hak yang lain. Adakah ini telah menyebabkan perbalahan di kalangan generasi FELDA yang seterusnya? Persoalan ini perlu diteliti bagi menilai sejauh manakah GSA membawa kesan positif dan negatif keatas hubungan sosial antara generasi FELDA? Penilaian akan dilakukan berdasarkan Teori Dasar Sosial beserta pembuktian kaji selidik. Dapatan kajian merumuskan bahawa walaupun peraturan ini boleh mengekal dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan tetapi boleh juga berlaku ketidak harmonian dalam generasi FELDA. Kebanyakan generasi kedua tidak mendambakan harta FELDA sebaliknya lebih mengutamakan dan mempertahankan hubungan kekeluargaan. Tetapi pandangan mungkin berbeza bagi generasi ketiga dan seterusnya yang mempersoalkan hak pusaka ibu bapa mereka.
Kata Kunci: Teori Dasar Sosial, Agihan Pusaka Islam (Faraid), GSA, Generasi Kedua FELDA.
1. PENGENALAN
Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah penubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di bawah Akta KemajuanTanah 1956 (Land Ordinance 1956) pada 1 Julai 1956. Penubuhan FELDA ini mempunyai beberapa matlamat, antaranya ialah menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri, mengambil alih projek kerajaan negeri, membuka tanah-tanah baru dengan terancang dan memberi tanah kepada kepada mereka yang tidak bertanah (Shamsul Bahrin, 1992) Selaras dengan itu akta Tanah 1960 ( Land (Group Settlement Areas) Act 1960) telah digubal parlimen. Melalui Akta ini, pembangunan tanah-tanah untuk pertanian berskala besar, khususnya bagi tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit dan koko diberi milik secara terancang dan tidak secara ad-hoc sebagaimana yang diamalkan melalui Kanun Tanah Negara (KTN).

Generasi Kedua bersama Peneroka memajukan tanah FELDA |

Setelah 50 tahun penubuhan FELDA, kini rata-rata peneroka generasi pertama semakin berusia dan kadar kematian pula semakin meningkat. Menjadi persoalan di mana akhir-akhir ini isu pembahagian tanah pusaka FELDA semakin mendapat perhatian masyarakat disebabkan kegagalan menyelesaikan pusaka tersebut. Bagi kes-kes pusaka tanah dibawah Akta ini ia mempunyai faktor-faktor tersendiri. Pembahagian harta pusaka yang sememangnya telah bermasalah kini menjadi lebih rumit, apabila berlaku salah faham di kalangan waris yang melibatkan hak milik berkelompok yang terikat dengan akta ini. Sekatan-sekatan yang diperuntukkan dalam Akta ini tidak memungkinkan semua ahli waris mendaftarkan nama mereka dalam geran tersebut. Dalam masa yang sama tanah tersebut tidak boleh dipecah sempadan dan sebagainya. Keadaan ini tanpa pemahaman yang jelas telah menimbulkan kesangsian para waris yang merasakan seolah-olahnya hak mereka dinafikan oleh undang-undang.
Dalam konteks sedemikian, timbul juga isu dimana pemegang amanah atau pentadbir tidak berlaku adil mengenai pembahagian hasil kepada waris yang lain malah bertindak seperti pemilik sepenuhnya tanah pusaka tersebut. Persoalan yang ingin dikaji adalah berkait rapat dengan isu masalah pewarisan tanah ini dari segi implikasi sosial yang wujud yang memberi impak kepada hubungan kekeluargaan masyarakat generasi Felda yang seterusnya. Disamping itu, pembangunan dasar sosial yang dijalankan adalah usaha FELDA untuk memelihara hubungan masyarakat Felda merentasi generasi.
1.1 Pembangunan Dasar Sosial Di Felda
Bacaan Seterusnya daftar www.scribd.com
1.1 Pembangunan Dasar Sosial Di Felda
Bacaan Seterusnya daftar www.scribd.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan